Sunday 20 December 2015

Analisis : Piala Ke-5 Buat Luis Enrique [Barcelona Juara]


Piala Dunia Antara Kelab sudah pun melabuhkan tirainya di mana Barcelona muncul juara menewaskan Juara Copa Libertadories [River Plate] dengan jaringan 3-0. Gol-gol dijaringkan oleh Leonal Messi dan 2 gol lagi oleh Luis Suarez. Ini merupakan piala ke-5 buat Luis Enrique sejak beliau menerajui Barcelona berikutan Pep Guardiola berhijrah ke Bayern Munich. Bukannya mudah untuk mencipta sejarah dan mengendali kelab gergasi Sepanyol seperti Barcelona. Namun, Luis Enrique telah membuktikan bahawa beliau juga mampu mengendalikan Barcelona sehingga berjaya merangkul trophy yang ke-5 buat Barcelona. Berikut adalah kejayaan Luis Enrique di Barcelona :

  1. Juara Copa Del Rey - 2014/2015
  2. Juara La Liga - 2014/2015
  3. Juara Champions League - 2015
  4. Juara UEFA Super Cup - 2015
  5. Juara FIFA Club World Cup - 2015
  6. Naib Juara Super Cup - 2014/2015

Barcelona Fan's Club ....



Saturday 19 December 2015

Analisis : Juara Dunia Antara Kelab


Piala Dunia antara Kelab menemukan Juara Champions League, Juara AFC Champions League, Juara Copa Libertadories, Juara Kelab Zon Afrika, Juara Kelab Zon Oceana, Juara Kelab Zon Concacaf dan Juara Pilihan Kelab Yang menjadi tuan rumah. Berikut adalah juara Dunia antara kelab :

2000 - Corinthians [Brazil]
2005 - Sao Paulo [Brazil]
2006 - Internacional [Brazil]
2007 - AC Milan [Itali]
2008 - Manchester United [England]
2009 - Barcelona [Sepanyol]
2010 - Intermilan [Itali]
2011 - Barcelona [Sepanyol]
2012 - Corinthians [Brazil]
2013 - Bayern Munich [Jerman]
2014 - Real Madrid [Sepanyol]
2015 - Barcelona [Sepanyol]
2016 - Real Madrid [Sepanyol]



Sunday 6 December 2015

Analisis : Apa itu Drama ?


Berdasarkan etimologi, perkataan drama berasal dari Bahasa Yunani iaitu dram yang membawa maksud gerak-geri. Drama juga membawa maksud sandiwara. Perkataan sandiwara berasal dari Bahasa Jawa iaitu sandi yang bermaksud rahsia dan warah pula bermaksud ajaran. Sandiwara bererti ajaran yang disampaikan secara rahsia. Mengapa ? Kerana dalam drama mengandungi unsur-unsur pengajaran (Asul Wiyanto, 2002).

Menurut Zakaria Mohd Yassin (2007),  drama digunakan untuk menguja sebuah cerita agar lebih menarik. Dengan demikian, drama tersebut akan meningkatkan minat penonton supaya mengikuti cerita yang disampaikan. Pengisah boleh bercerita tentang pertarungan antara dua pendekar, tentang sukan, tentang keganasan, pasangan bercinta, peperangan dan sebagainya. Namun begitu kalau peperangan itu disampaikan melalui drama, ia akan meningkatkan lagi minat penonton pada drama tersebut. Begitulah juga dengan kisah-kisah yang lain. Tegasnya, drama perlu didukung oleh rentetan konflik dan krisis yang kian meningkat sehingga mencapai kemuncak (klimaks). 

Di samping itu, drama perlu ada cerita. Misalnya cerita tentang kisah manusia, keganasan, peperangan, sukan dan lain-lain. Kadangkala ada cerita yang disebut simbolik yang bukan kisah manusia seperti kisah-kisah binatang, batu, kayu, besi dan seumpama dengannya. Namun begitu, simbolik tersebut sebenarnya adalah cerita-cerita kiasan. Ia sebenarnya ditujukan kepada manusia. Jadi, simbolik tersebut juga dianggap sebagai kisah manusia.

Tegas beliau lagi, dalam cerita pula perlu ada watak dan beberapa peristiwa. Watak ini adalah gambaran manusia. Oleh itu, watak akan berinteraksi dengan cerita. Dalam proses interaksi itu, watak mungkin akan berkonflik, bersatu, marah, benci dan sebagainya. Mengenai peristiwa, kadangkala peristiwa yang berlaku amat ajaib dan sukar untuk dipercayai jika dipersembahkan dalam bentuk drama. Manusia biasa akan bertindak di luar dugaan. Tindakannya itu mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan beliau bertindak diluar dugaan. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa peristiwa dalam pengalaman seseorang boleh menjadi idea kepada drama. Namun, ada juga yang berunsurkan sejarah, sukan, agama, sains dan imaginasi atau khayalan semata-mata.

Kehidupan alam yang kita lalui ini adalah pancaran daripada alam hakiki. Selaras dengan pandangan itu, alam drama adalah pancaran daripada alam yang kita lalui ini. [Plato]


Rujukan :

Asul Wiyanto 2002.  Terampil Bermain Drama. Jakarta : Gramedia Indonesia.

Zakaria Mohd Yassin 2007. Panduan Menulis Skrip Drama : Filem, Radio dan Televisyen. Kuala Lumpur : Creative Enterprise Sdn. Bhd.



Saturday 5 December 2015

Analisis : Kelab Pencabar Dalam BPL

Setiap musim BPL dilangsungkan, sudah pastinya ada kelab favaourite yang dijangka akan menjuarai BPL liga Inggeris. Namun, kita sering lupa bahawa setiap musim rupa-rupanya ada kelab pencabar dalam BPL. Berikut adalah kelab pencabar lapan musim yang lalu dan cuba lihat pattern jadual pertemuan kelab tersebut :

Musim 2008-2009
Aston Villa adalah pencabar. Perhatikan jadual Aston Villa di bawah.
22/3/2009 : Liverpool vs Aston Villa [5-0]
05/4/2009 : M.United vs Aston Villa [3-2]
12/4/2009 : Aston Villa vs Everton [3-3]

Musim 2009-2010
Manchester City adalah pencabar. Perhatikan jadual M. City di bawah.
01/5/2010 : M.City vs Aston Villa [3-1]
24/4/2010 : Arsenal vs M.City [0-0]
17/4/2010 : M.City vs M.United [0-1]

Musim 2010-2011
Fulham adalah pencabarr. Perhatikan jadual Fulham di bawah.
09/5/2011 : Fulham vs Liverpool [2-5]
15/5/2011 : Birmingham City vs Fulham [0-2]
22/5/2011 : Fulham vs Arsenal [2-2]

Musim 2011-2012
Newcastle United adalah pencabar. Perhatikan jadual Newcastle di bawah.
13/5/2012 : Everton vs Newcastle United [3-1]
06/5/2012 : Newcastle vs Manchester City [0-2]
02/5/2012 : Chelsea vs Newcastle [0-2]

Musim 2012-2013 
Tottenham Hotspur adalah pencabar. Perhatikan jadual Spurs di bawah.
25/2/2013 : West Ham United vs Spurs [2-3]
03/3/2013 : Spurs vs Arsenal [2-1]
10/3/2013 : Liverpool vs Spurs [3-2]

Musim 2013-2014
Everton adalah pencabar. Perhatikan jadual Everton di bawah.
20/4/2014 : Everton vs Manchester United [2-0]
26/4/2014 : Southampton vs Everton [2-0]
03/5/2014 : Everton vs Manchester City [2-3]

Musim 2014-2015
Southampton adalah pencabar. Perhatikan jadual di bawah.
02/01/2015 : Southampton vs Arsenal [2-0]
28/12/2014 : Southampton vs Chelsea [1-1]
20/12/2014 : Southampton vs Everton [3-0]

Musim 2015-2016
Leicester City adalah pencabar. Perhatikan jadual di bawah.
15/12/2015 : Leicester City vs Chelsea
19/12/2015 : Everton vs Leicester City
26/12/2015 : Liverpool vs Leicester City
30/12/2015 : Leicester City vs Manchester City

Kelab pencabar tersebut akan mengharungi 2-3 perlawanan sukar di mana mereka akan bertemu kelab gergasi England.

Adakah ini satu Drama ?


Rujukan :

Jadual BPL Musim-Musim Lepas.



Friday 4 December 2015

Analisis : Disebalik Rahsia 1 Mei [Hari Buruh]


Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk menganjurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia tersebut menganjurkannya hanya pada tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga para pekerjanya. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Seramai 200 000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di Amerika Syarikat kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan bahawa hari Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh.

Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah mula berkembang sekitar pada tahun 1888. Luahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komradnya untuk mengadakan mogok pada 1hb Mei 1890 dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh tersebut

Menurut Sabaruddin Hussien 2014 pula, Illuminati adalah gerakan Yahudi yang bermatlamat menundukkan seluruh dunia di bawah pemerintahan mereka. Pertubuhan Illuminati ini diasaskan pada 1 Mei 1776 oleh Adam Weishaupt. Perlu diingat, Cuti Hari Buruh atau Hari Pekerja pada 1 Mei pada setiap tahun sebenarnya adalah memperingati penubuhan Illuminati. Bagi mengaburi mata dunia, mereka [Yahudi-Zionis] menggunakan alasan kononnya mahu menghargai para pekerja. Sehingga kini, sebahagian besar usaha mereka membuahkan hasil kerana mereka sentiasa mengkaji kelemahan kumpulan sasaran mereka bagi membolehkan mereka menguasai musuh sepenuhnya.


Rujukan :

Sabaruddin Hussien 2012. Konspirasi Yahudi : Perang dan Penaklukan. PTS Islamika Sdn. Bhd Batu Caves : Selangor.

Ditulis pada tahun 1894. Diterbitkan buat kali pertama dalam Bahasa Poland, dalam Sprawa Robotnicza. Diterjemahkan mengikut petikan dari Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard (New York: Terbitan Monthly Review, 1971), muka surat 315-316.


Thursday 3 December 2015

Analisis : Tiga Sejarah Mothers Day



Berikut adalah tiga sejarah mengenai Mothers Day :

Pertama

Di Eropah, Hari Ibu atau Mothers Day ditujukan kepada Dewi Rhea sebagai tanda penghormatan kepada isteri Dewa Kronus. Dewi Rhea merupakan ibu segala para dewa dalam sejarah atau mitologi Yunani Kuno. Peringatan itu terus diadaptasi dalam pelbagai konteks termasuk dalam ritual gereja di Inggeris pada tahun 1600-an yang mereka namakannya sebagai Mothering Sunday (Afred Suci, 2014).

Kedua

Di Amerika Syarikat, Mothers Day dipanggil Mothers Church yang bertujuan untuk memperingati Ibu Tuhan Yesus iaitu Maria. Selepas peristiwa yang berlaku di Amerika tersebut, maka penghormatan terhadap Maria ini dikembangkan ke seluruh dunia sehingga ke hari ini (Afred Suci, 2014).

Ketiga

Sebahagian penduduk di Amerika Syarikat, Mothers Day disambut untuk menghormati semangat perjuangan kaum perempuan (ibu) yang diperkenalkan oleh Julia Ward Howe pada tahun 1870. Peringatan tersebut diadakan bagi memperingati kaum ibu yang ditindas dan disia-siakan oleh suami mereka. Perjuangan tersebut diteruskan oleh Anna Jarvis pada tahun 1907 yang akhirnya berjaya mempengaruhi Presiden Woodrow Wilson untuk membuat peringatan kepada semangat perjuangan kaum ibu pada bulan Mei setiap tahun dan pada hari itu diumumkan adalah cuti umum. Kejayaan Anna ini berlaku pada tahun 1914 (Afred Suci, 2014).


Rujukan :

Afred Suci 2014. 121 Skandal Indonesia. Cahaya Insan Suci Jakarta : Indonesia.




Friday 20 November 2015

Filem : Keris Sempena Riau


Sinopsis.

Filem Melayu Klasik 'Keris Sempena Riau' arahan L. Krishnan pada tahun 1961 yang dibintangi oleh Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof merupakan kisah sejarah yang berlaku pada masa silam. Dalam filem tersebut, Salmah Ahmad memegang watak sebagai Tun Zaleha dan Mustapha Maarof sebagai Engku Muda. Ayah Tun Zaleha yang memegang watak sebagai Laksmana Ali telah memfitnah ayah Engku Muda yang menyebabkan Laksmana Perwira Jiwa telah dipenjara oleh Sultan Riau kerana telah mencuri Keris Riau yang dimiliki oleh Laksmana Ali padahal Laksamana Ali telah merancangnya dengan tersusun iaitu Keris itu telah diletakkannya di tempat tinggal Laksamana Perwira Jiwa agar dituduh. Rancangannya itu telah berhasil.

Selepas pemenjaraan Laksmana Perwira Jiwa, Laksmana Ali membuat rancangan seterusnya iaitu ingin membunuh pula isteri Laksmana Perwira Jiwa dan rumah ibu Engku Muda telah dibakar. Akhirnya anak Laksmana Perwira Jiwa iaitu Engku Muda telah berjaya menangkap orang suruhan Laksmana Ali yang ingin membunuh ibunya. 

Selepas kejadian itu, Laksmana Ali telah membawa Engku Muda mengadap Sultan Riau yang akhirnya dibuat pertandingan pertikaman di antara Laksmana Ali dan Engku Muda. Pertikaman itu terhenti kerana ibu Engku Muda tiba di arena dengan membawa orang suruhan Laksmana Ali yang ditangkap oleh Engku Muda. Akhirnya Sultan murka dengan tindakan Laksmana Ali yang menyebabkan beliau dipenjara seumur hidup manakala Engku Muda dilantik oleh Sultan Riau sebagai Laksmana Engku Muda menggantikan ayahnya yang sudah uzur sejurus dilepaskan dari penjara. Manakala Tun Zaleha pula anak Laksmana Ali akhirnya berkahwin dengan Laksmana Engku Muda.

Pengajaran dari filem tersebut :
  1. Jangan membuat fitnah atau menganiaya orang lain.
  2. Jauhi sifat dengki dan tamak. Contoh Laksmana Ali inginkan jawatan Laksmana sanggup menabur fitnah.
  3. Bersifat sabar dan memohonlah pertolongan dari Allah s.w.t. Contoh ibu Engku Muda bersifat sabar walaupun rumahnya dibakar dan suaminya dipenjara namun imannya tetap teguh iaitu memohon doa agar beliau terselamat dari ancaman rancangan Laksmana Ali.
  4. Perbuatan jahat pasti ada balasannya dan sifat sabar juga pasti ada balasannya dari Allah s.w.t.



Sunday 15 November 2015

Analisis : Kelab Gergasi England Yang Pernah Tersingkir Dari BPL


Kelab gergasi England seperti Manchester City, Chelsea, Manchester United, Liverpool dan Arsenal tak perlu diperkenalkan lagi kerana kelab tersebut mempunyai pemain-pemain professional yang berkualiti tinggi. Selain pengurusan yang sistematik, kelab tersebut juga mempunyai kewangan yang kukuh. Namun demikian, kelab gergasi England itu pernah tersingkir dari BPL. Kelab gergasi England yang pernah tersingkir dari BPL ialah :
  1. Manchester United : pernah tersingkir pada tahun 1895, 1922, 1932 dan 1972.
  2. Chelsea : pernah tersingkir pada tahun 1908, 1912, 1951, 1982 dan 1988.
  3. Liverpool : pernah tersingkir pada tahun 1954.
  4. Manchester City : pernah tersingkir pada tahun 1963, 1983, 1987, 1996 dan 2001.
Menurut Andy Kelly, one of the many myths of Arsenal’s history is that the club has never been relegated. Unfortunately, this is not so. Even worse is that when they were relegated it was with one of the worst records ever.


Rujukan :

Andy Kelly. The History of Arsenal ....



Saturday 17 October 2015

Analisis : Asal Usul Hang Tuah II


Seperti yang dijelaskan oleh pengkaji sebelum ini, nama asal Hang Tuah menurut A. Samad Ahmad ialah Daeng Mempawah. Menurut A. Samad Ahmad lagi, ketika beliau membuat penyelidikan mengenai Sejarah Melayu, beliau telah membuat 3 rujukan iaitu Naskah A, Naskah B dan Naskah C. 

Naskah A mengandungi 418 halaman dan dikarang oleh Munshi S. Md. Ally.
Naskah B  mengandungi 321 halaman [Tiada nama pengarang].
Naskah C tiada dapat dikesan daripada siapakah diperolehi, kerana tiada didapati sebarang catatan.

Ketika A. Samad Ahmad merujuk Naskah C mengenai asal usul Hang Tuah, terdapat beberapa helai, khususnya mengenai dari mana Hang Tuah berasal, telah hilang mungkin telah dicabut orang - A.S.A. Tetapi pada Naskah A dan pada naskah B, ayatnya tetap sama iaitu nama asal Hang Tuah ialah Daeng Mempawah.

Di sini timbul beberapa persoalan, mungkin ada di antara sejarawan dan sasterawan berhujah bahawa riwayat mengenai asal Hang Tuah dan hubungan Melaka-Goa itu hanya sisipan atau tokok tambah yang berbaur sentimen penulis; tetapi bagaimana pula jika dikemukakan hujah bahawa perbuatan penulis yang membuang atau mengenepikan riwayat tersebut dari Sulalatus Salatin itu, sebagai mengikut kehendak atau mengikut selera pihak yang tidak sukakan adanya hubungan demikian di antara ke dua buah negeri itu ?

Bagaimanakah helaian itu boleh hilang atau tercabut ?

Rujukan :

A. Samad Ahmad 2008. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.



Thursday 17 September 2015

Analisis : Apa itu IS [Islamic State] ?


Menurut Zaini Hassan (2015), selepas Taliban di Afghanistan lenyap muncul pula al-Qaeda yang semua orang tahu diwujudkan oleh CIA melalui Osama Bin Laden untuk berlawan dengan komunis Soviet yang menjajah Afghanistan. Setelah itu, al-Qaeda pula kononnya dituduh melawan tuan [Amerika Syarikat] sehingga digelar pengganas yang perlu dihapuskan. Amerika Syarikat mewar-warkan kepada dunia bahawa al-Qaeda yang melakukan serangan ke atas WTC di New York. Akhirnya bumi Afghanistan diserang bertubi-tubi oleh Amerika dan sekutunya iaitu Yahudi-Zionis.

Selepas Afghanistan berjaya diranapkan, kini muncul pula IS [Islamic State]. Sedarkah kita siapa yang mewujudkan IS ini ? Mengapa media barat sudah tidak menyebut al-Qaeda lagi ? Adakah kerana al-Qaeda gagal memberi impak untuk merosakkan Islam lalu ia ditiadakan ? Osama Bin Laden pula dilenyapkan kononnya mayat Osama Laden telah dibuang ke laut. Lalu tiba-tiba muncul pula IS [Islamic State] yang tindakannya terlalu kejam bagi memberi impak maksimum mengenai teruknya orang Islam. Di beri lagi impak namanya pula Islam, lalu disebut hari-hari oleh media dunia dengan panggilan IS. Bukankah ini satu taktik bagi menghancurkan sesebuah bangsa, negara, agama dan tanah air ? (Zaini Hassan, 2015).

Media barat kini memperlihatkan kepada dunia satu exodus orang Islam dari negara-negara orang Islam kerana lari daripada pemerintahan kuku besi dan mahu mendapatkan perlindungan di negara Kristian barat. Setakat ini tiada negara Islam yang menyahut keadaan itu. Seperti biasa OIC, Liga Arab dan lain-lain pertubuhan Islam membisu. Hanya CNN dan BBC serta Perdana Menteri Britain, Jerman, Hungray dan anggota EC membuat liputan mengenainya. Masing-masing membuat kenyataan bagi memberi pengertian kepada pelarian beramai-ramai dari Syria, Yemen, Iraq dan Iran yang diperlihatkan kepada dunia berjalan kaki secara beramai-ramai setelah mengharungi lautan. Apabila mereka tiba di Hungray, mereka tidak diterima oleh Presidennya kerana terkenangkan zaman Uthmaniah yang menyerang dan menawan negara itu selama 250 tahun. Akibat daripada itu, ada yang ditonjolkan secara sukarela murtad dan menukar ke agama Kristian di Jerman. Manakala di Britain pula, telah mengumumkan bersetuju mengambil beribu warga Syria keutamaan kepada mereka yang menjadi anak yatim. Gambar bayi rakyat Syria yang terdampar di pantai sememangnya merentap perasaan kemanusiaan kita. Tapi adakah kita orang Islam peduli ? Adakah kita sendiri peduli ? Jika kita peduli mengapa ada segelintir kita yang pula menyokong IS ?

Tegas beliau lagi, adakah IS juga adalah ciptaan agensi kuasa besar ekoran perkembangan Islam mutakhir ini ? IS adalah satu ciptaan seperti mana al-Qaeda. Jika itulah hakikatnya, dunia yang kita tinggal ini hanyalah satu pentas sandiwara yang diarahkan oleh orang-orang politik dan kuasa besar semata-mata kerana geopolitik dan ketamakan. Manusia pula adalah pelakon-pelakon tanpa skrip yang kebingungan  untuk hidup ala filem Hollywood, The Hunger games.


Rujukan :

Zaini Hassan 2015. Dunia Ini Hanyalah Sebuah Pentas, Siapa Peduli ? Utusan Malaysia 9 September.




Tuesday 15 September 2015

Analisis : Apa Itu Taliban ?


Menurut Professor Carter 20th century yang bertajuk 'Kurun Yang Penuh Dengan Tumpahan Darah' dan dalam terbitan Zbigniew Brzezinki dijelaskan bahawa hampir 87 500 000 mangsa terkorban berpunca dari kepentingan politik.

Tegasnya lagi, ramai juga pihak yang dikaburkan dengan angka kematian di WTC [World Trade Centre] iaitu hanya 3000 orang. Tetapi sedarkah bahawa hampir 1 200 000 mangsa terkorban dalam serangan ke atas Iraq dan berpuluh-puluh ribu di Afghanistan ? Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap puak pengganas Taliban. Tahukah anda apa itu Taliban ?

'Taliban adalah kumpulan yang ditubuh dan ditaja dari segi segala kemudahan ketenteraan oleh Amerika Syarikat sendiri untuk menentang Russia suatu ketika dahulu.'

Amerika Syarikat dan sekutunya Yahudi-Zionis seolah-olah melabelkan umat Islam sebagai pengganas dengan menuduh dan melakukan pelbagai konspirasi. Usaha demi usaha dijalankan oleh mereka demi menjatuhkan imej dan kesucian umat Islam. Menurut Mohd Daniel 2014 pula, negara-negara yang majoritinya Syiah seperti Iran dan Syria pula walaupun nampak seperti banyak konflik tetapi ia hanya satu drama, sandiwara dan lakonan semata-mata. Iran yang mengaku ada menjalani projek penguraian uranium dan penghasilan senjata nuklear sehingga hari ini tidak pernah diserang. Tetapi, Iraq yang sudah nyata tiada apa-apa senjata nuklear telah ditakluki dan dimusnahkan sama sekali. Bukankah ia satu konspirasi yang nyata ? Umat Islam di seluruh dunia sentiasa dijadikan sasaran. Pelbagai propaganda dibuat terutamanya dalam percubaan menyekat penyebaran Islam.

Tambahnya lagi, sesetengah pihak memainkan peranan dan menjadi perancang kepada semua peperangan ini semata-mata untuk mengaut keuntungan dari segi penjualan senjata dan yang pastinya kerakusan terhadap sumber alam yang paling berharga iaitu minyak. Hampir semua pengeluar minyak adalah negara-negara Islam dan negara-negara inilah yang menjadi sasaran oleh mereka. Kebenaran pasti akan menang. Bukti ini jelas menunjukkan bahawa dunia semakin sedar siapakah pengganas yang sebenarnya. Malah dunia semakin ingin mendalami dan memahami Islam. Ajaran Islam semakin jelas manakala konspirasi yang berlaku pula semakin terdedah dan didedahkan.


Rujukan :

Mohd Daniel 2014. Cetusan Ilmiah Mukmin : At-Taqwa. Selangor : Wholesale Mart Business Point Sdn. Bhd.



Friday 4 September 2015

Analisis : Tindakan Dollah Salleh Adalah Professional


Beliau membuat keputusan untuk melepaskan jawatan yang disandangnya itu sejak 28 Jun, 2014 kerana berasa bertanggungjawab di atas kekalahan mengaibkan skuad negara tumpas 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Mohammed Bin Zayed, UAE, semalam.

Dollah berkata beliau sudah memaklumkan keputusannya itu kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin melalui perbualan telefon pagi tadi.

"(Keputusan meletak jawatan itu) muktamad. Saya sudah berbincang perkara ini dengan Datuk Hamidin dan semuanya berjalan lancar," kata Dollah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, malam ini.

Dollah mengakui beliau terkilan kerana menamatkan karier selaku pengendali skuad kebangsaan dengan keputusan perlawanan yang teruk.

Kekalahan 10-0 skuad negara itu adalah yang terbesar dalam mana-mana perlawanan antarabangsa.

Sambil itu, Dollah tidak menyangka UAE mampu melakar jaringan besar ke atas skuad Harimau Malaya pada perlawanan berkenaan walaupun pemain negara berusaha menyerap asakan bertali arus pasukan kendalian Mahdi Ali itu.

"Saya tidak boleh salahkan pemain dan saya kena terima keputusan perlawanan.

"(Ketua pasukan Pahang), Mohd Razman Roslan meminta saya tunggu sehingga perlawanan seterusnya menentang Arab Saudi tetapi saya cakap tak boleh teruskan lagi," kata Dollah.

Malaysia dijadualkan menentang Arab Saudi pada aksi keempat Kumpulan A pada 8 September ini di Stadium Shah Alam.

"Mengenai pengganti saya untuk perlawanan menentang Arab Saudi, saya serahkan perkara itu kepada FAM," kata Dollah.

Jurulatih berusia 51 tahun itu bukanlah nama asing dalam bola sepak tanah air kerana membantu beberapa pasukan tempatan menjulang pelbagai kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia, sehingga digelar jurulatih yang mempunyai sentuhan ajaib.

Pencapaian terbaik Dollah sebagai jurulatih adalah pada 2005 ketika membawa pasukan Selangor bergelar juara treble - Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau membimbing 4 pasukan dalam Liga Perdana untuk berada di kedudukan teratas iaitu MPPJ FC (2004), Selangor (2005), Pahang (2012) dan PDRM (2014) mara ke saingan Liga Super.

Untuk rekod, Dollah dilantik oleh FAM pada Jun 2014 setelah badan induk itu memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang tamat pada 31 Disember, 2013 (Bernama, 4 September, 2015).

Pada pandangan pengkaji pula, ini bukan perkara yang mengejutkan. Jika kita lihat jurulatih diluar negara, apabila mereka gagal melaksanakan sesuatu misi mereka akan meletak jawatan misalnya Fillipe Scholari jurulatih Brazil yang kalah dengan pasukan Jerman 0-7 dalam kempen Piala Dunia 2014 telah meletak jawatan. Tindakan tersebut adalah professional dan dihormati. Begitu juga dengan David Moyes yang mengambil tindakan professional meletak jawatan berikutan kegagalannya mengemudi pasukan kelab gergasi England iaitu Manchester United. Tindakan mereka tersebut adalah professional dan sangat dihormati.

"Dollah Salleh hari ini meletak jawatan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya berikutan kekalahan memalukan pasukan negara pada perlawanan ketiga Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019." [Bernama, 2015].


Rujukan :

Bernama 4 September 2015. Dollah Salleh Letak Jawatan Susulan Kekalahan 0-10 Ke atas UAE.


Analisis : Barack Obama


Barack Obama dilahirkan di Pusat Perubatan Kapi'olani Wanita dan Kanak-kanak di Honolulu, Hawaii, oleh ibunya Ann Dunham, seorang wanita kulit putih dari Wichita, Kansas yang berdarah Inggeris dan Irish pada 4 Ogos 1961. Ayahnya pula berketurunan Luo dari Kenya.

Setelah beliau berkecimpung dalam dunia politik, pada 5 November 2008 Barack Obama berjaya mengalahkan John Mc Cain untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-44, sekaligus sebagai Presiden kulit hitam pertama di negara tersebut. George W. Bush dan pemerintah dari Parti Republik juga berjaya dikalahkan. Namun bagaimanakah Barack Obama melakukannya ? (Jamie King, 2010).

Menurut Jamie King 2010, para ahli teori mengatakan bahawa berjayanya Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 merupakan konspirasi dari sosialis yang dirancang oleh sekelompok pemodal Yahudi yang mempunyai hubungan dengan dinasti Rohtschild yang berpengaruh dan berkuasa. Mastermind dalam strategi ini ialah George Soros yang berfahaman liberal yang disokong dan ditaja oleh keluarga Rohtschild. George Soros telah membantu Barack Obama dalam kempen pilihanraya menentang John Mc Cain dari Parti Republik. Selain George Soros, ada sesetengah berpendapat bahawa keluarga John F. Kennedy juga telah memberi dana dan sokongan kepada Barack Obama.

Selepas Mc Cain dicalonkan sebagai calon presiden dari Republikan, tiga debat presiden dibuat di antara pesaing sepanjang bulan September dan Oktober 2008. Pada bulan November, Obama menang jawatan presiden dengan 52.9% undi popular berbanding 45.7% bagi Mc Cain; dan 365 undi pemilih berbanding 173 yang diperoleh Mc Cain. Barack Obama menjadi rakyat Afrika Amerika pertama dipilih sebagai presiden; beliau menyampaikan ucapan kemenangan di hadapan ratusan ribu penyokong di Taman Grant di Chicago.


Rujukan :

Jamie King 2010. 111 Konspirasi Menghebohkan Dunia. Jakarta : Penebar Swadaya Grup.



Saturday 29 August 2015

Analisis : Adolf Hitler


Menurut fakta yang sedia ada, Adolf Hitler telah membunuh dirinya sendiri bersama kekasihnya, Eva Braun selepas Perang Dunia Ke-2. Namun, ada beberapa pakar telah membuat ujian dan kajian terhadap tengkorak yang didakwa tengkorak Adolf Hitler. Hasil daripada ujian tersebut, tengkorak yang didakwa tengkorak  Adolf Hitler ternyata adalah tengkorak seorang wanita. Beberapa persoalan telah timbul di sini, adakah Adolf Hitler pada masa itu masih hidup ? Apabila kes itu tersebar ke seluruh dunia, maka terciptalah beberapa teori yang menjelaskan ke mana Adolf Hitler menghilang.

Teori Pertama : Adolf Hitler Lari Ke Argentina.
Ada sesetengah berpendapat bahawa Adolf Hitler lari ke Argentina bersama para pejabat Nazi yang bertanggungjawab ke atas peristiwa Holocaust dengan membawa emas dengan menggunakan Kapal U-Boat kemudian belayar ke Lautan Atlantik dan Kapal U-Boat tersebut telah diserahkan kepada Argentina.

Teori Kedua : Adolf Hitler Lari Ke Antartika.
Ada sesetengah pendapat menyatakan Adolf Hitler lari ke Antartika dengan menggunakan Kapal U-Boat. Mereka berpandukan dengan fakta sejarah. Pada awal tahun 1939, tentera Jerman pernah belayar ke Antartika dengan tujuan membangunkan Pangkalan Ketenteraan di sana. Beberapa tahun kemudian, pangkalan tersebut telah dimusnahkan oleh tentera Amerika dan British dengan menggunakan senjata atom. Dengan berpandukan fakta sejarah, mereka berhujah menyatakan bahawa Adolf Hitler lari ke Antartika.

Teori Ketiga : Adolf Hitler Lari Ke bulan.
Ada segelintir menyatakan bahawa Adolf Hitler lari ke bulan. Teori ini memang tidak masuk akal tetapi mereka berhujah menggunakan fakta sejarah juga. Mereka mengatakan bahawa sebelum Perang Dunia Ke-2 berakhir, Nazi-Jerman telah mengembangkan teknologinya seperti pembuatan roket, senjata canggih dan alat peperangan. Dengan adanya roket, mereka berhujah tidak mustahil Adolf Hitler lari ke bulan menggunakan roket tersebut dan meninggal dunia di sana.

Pada pandangan pengkaji pula, ketiga-tiga teori tersebut hanyalah andaian dan jangkaan. Teori tersebut hanya muncul selepas hasil kajian tentang tengkorak yang didakwa tengkorak Adolf Hitler dan keputusannya tengkorak tersebut adalah tengkorak wanita bukan tengkorak Adolf Hitler. Namun benarkah tengkorak tersebut adalah tengkorak Adolf Hitler yang sebenarnya ? Mungkin tengkorak tersebut adalah tengkorak kekasihnya atau hanya sekadar ingin mencetuskan Konspirasi.


Rujukan :

Jamie King 2010. 111 Konspirasi Menghebohkan Dunia. Jakarta : Penebar Swadaya Grup.



Saturday 22 August 2015

Sekilas Pandang VI : Fitnah atau Mereka-reka Cerita & Kambing Hitam Adalah Mainan Yahudi


Fitnah atau mereka-reka cerita dan 'kambing hitam' adalah permainan Yahudi. Dalam 24 Protokol agenda Yahudi, Protokol 7 dan Protokol 11 ada menyatakan bahawa :

Protokol 7 : Orang-orang Yahudi wajib menaburkan fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang-orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

Protokol 11 : Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bercerai-berai di atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Cerai-berai yang nampak sebagai satu kelemahan, tetapi mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuasaan di seluruh dunia.

Manakala daripada Abu Sai'd Al-Khudri, beliau berkata ; Bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda, "Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka,"

Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan ?"
Jawab baginda, "Siapa lagi kalau bukan mereka."


Rujukan :

24 Protokol Agenda Yahudi.

Noorazam Yaakob 2012. Peringatan Rasulullah : Peristiwa Akhir Zaman. Johor : Pustaka Azhar.



Friday 21 August 2015

Irama Padang Pasir II : Semua Allah Punya


Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Lihatlah burung yang terbang
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah bunga yang mekar
Subhanallah itu Allah yang punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya

Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya (2X)

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya ...


Nyanyian Oleh : Iwan Syahman
Lagu & Lirik : Iwan Syahman


Irama Padang Pasir : Selimut Putih


Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak-saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman


Nyanyian Oleh : Orkes Sinar Murni
Lagu & Lirik: Ahmad Baki Makham & Rast



Saturday 15 August 2015

Sir Stamfford Raffles Tiba Di Singapura Pada Tahun 1819


Pada tahun 1816, British telah memulangkan Kepulauan Jawa kepada Belanda dan Melaka pula diserahkan oleh Belanda kepada British pada tahun 1818. Ketika itu tiada kuasa yang dapat menghalang Belanda memonopoli perdagangan di Nusantara. Bekas Leftenan Gabenor Kepulauan Jawa, Sir Stamfford Raffles telah memujuk Gabenor Jeneral di India supaya memberi kuasa untuk membolehkan British mencari petempatan baru dipintu masuk bahagian selatan Selat Melaka. Beliau tiba di Singapura pada tahun 28 Januari 1819. Penduduk Singapura pada ketika itu hanya terdiri daripada keluarga Temenggong Johor dan 150 orang nelayan (Nik Hasnaa Nik Mahmood, 1997).

Pada tahun 1823, Temenggong Johor bersetuju menyerahkan Singapura kepada British. Melalui perjanjian ini, Sultan menerima wang sebanyak $5000 setahun. Pada tahun 1824 melalui [Perjanjian Inggeris-Belanda], Singapura akhirnya menjadi milik British (Nik Hasnaa Nik Mahmood, 1997).

Jatuhnya Singapura ke tangan British, maka dengan itu banyak ahli-ahli Freemason dan Yahudi-Zionis datang ke Singapura. Menurut Ibnu Yaacob 2010, 

'Kehadiran pengaruh Freemason di Singapura dipercayai dimulakan oleh seorang Residen Inggeris di Negeri-Negeri Selat iaitu Sir Stamfford Raffles.'

Tegas beliau lagi, Singapura cuba mengubah sejarah dengan meletakkan nama Stamford Raffles sebagai pengasas Singapura bukannya Parameswara. Patung Stamford Raffles juga sekarang berdiri tegak di Pulau singa itu.

Pertubuhan Freemason mula bertapak di Tanah Melayu pada tahun 1845 di Singapura. Bangunan kelab Freemason Singapura terletak di Coleman Street dan masih beroperasi sehingga sekarang. Restoran Freemason tersebut dibuka setiap hari bermula 11:30 pagi hingga 10:30 malam manakala pejabat kelab dibuka pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah malam (Ibnu Yaacob, 2010).

Di bahagian atas bangunan tersebut adalah lodge, iaitu tempat aktiviti kelab manakala tingkat bawah adalah ruang restoran, bar, perpustakaan dan bilik casino. Semua kemudahan yang terdapat dibangunan tersebut boleh digunakan oleh orang ramai. Selain itu, ruang restoran ini juga boleh ditempah untuk mengadakan sebarang sambutan keramaian (Ibnu Yaacob, 2010).

Menurut Neoh Thean Hup, pertubuhan Freemason mula bertapak di Singapura pada tahun 1845. Di awal penubuhannya, kelab ini dinamakan dengan Lodge of Zetland dan menumpang sementara di Jalan Armenian. Kelab ini hanya mula berpindah ke Coleman setelah bangunan pejabat utama siap dibina pada tahun 1879.

Bangunan Freemason tersebut direka bentuk oleh jurutera Inggeris yang bernama Thomas Cargill dan dirasmikan oleh William Henry Macleod Read yang berpangkat Grand Master. Kemudiannya pada tahun 31 Disember 1879, jurutera bangunan itu sendiri telah dianugerahkan darjah Master of Lodge Zetland in-the-East (Ibnu Yaacob, 2010). Tegasnya, pada tahun 1889 sebuah Lodge Freemason telah dibuka di Kuala Lumpur dengan nama Lodge Read. Selepas itu banyak lodge-lodge dibuka di Tanah Melayu oleh Pegawai-Pegawai Inggeris yang berkhidmat di Tanah Melayu.


Rujukan :

Ibnu Yaacob 2010. Rahsia Simbol Yahudi. Kedah : Moon Media Enterprise.

Nik Hasnaa Nik Mahmood 1997. Orang-Orang Cina Di Tanah Melayu. Johor : Universiti Teknologi Malaysia.



Teori Konspirasi & Tokoh-Tokoh Membongkar Konspirasi


Menurut Ibnu Yaacob 2010, konspirasi adalah suatu pernyataan umum bagi mewakili tindakan merancang secara rahsia bagi tujuan-tujuan yang boleh memudaratkan orang lain dengan cara halus dan tersembunyi. Istilah konspirasi biasanya dikaitkan dengan golongan politik.

Menurut Kamus dewan edisi ke-4, konspirasi bermaksud perancangan rahsia untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang terutamanya yang berbaur politik. 

Perlu diingat bahawa buku konspirasi tidak boleh dikategorikan sebagai buku politik, sejarah, geografi dan buku agama. Buku konspirasi berdiri di atas satu analisis 'jangkaan' dan 'teori' terhadap fakta-fakta yang terdapat dalam politik, ekonomi, sejarah, sastera dan agama. Buku konspirasi lebih ke arah menghasilkan teori untuk menyokong sesuatu pandangan. Manakala di dalam kerja-kerja menghasilkan teori ini pula, beberapa fakta sahih dari isu-isu politik, ekonomi, sosial dan agama dibuat penggabungjalinan agar satu kesimpulan dapat dicapai bagi tujuan perbahasan bersama (Ibnu Yaacob, 2010).

Dalam 24 Protokol Agenda Yahudi, Protokol 17 ada menyatakan bahawa :
'Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Perguaman akan melahirkan orang-orang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ia mempunyai tabiat untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.'

Dalam hal ini, demi mencapai kemenangan bangsa Yahudi-Zionis sanggup berbuat apa sahaja. Konspirasi adalah mainan Yahudi-Zionis. 

Berikut adalah senarai tokoh-tokoh yang berjaya membongkar sesuatu konspirasi :
  1. Professor Sergei A. Nilus dari Russia - Beliau berjaya mendedahkan perancangan sulit kelompok elit Yahudi-Zionis yang bermesyuarat di Bassel, Hungray. Pendedahan berani beliau tersebut mengakibatkan semua hasil kerjanya dirampas dan dibakar oleh pemimpin Trostky ketika Revolusi Russia. Bukan itu sahaja, beliau telah ditangkap dan diseksa oleh polis-polis revolusi ketika itu.
  2. Alex Jones seorang penyelidik konspirasi terkenal di Amerika telah menerima nasib yang sama seperti Sergei A. Nilus apabila cuba mendedahkan beberapa nama orang politik Amerika yang berbangsa Yahudi yang telah merancang meruntuhkan bangunan WTC [World Trade Centre] pada 9 September 2011. Beliau berjaya ditangkap dan disumbat ke dalam penjara.
  3. Michael Collins Pepper dengan beraninya telah mendedahkan buku yang bertajuk The Judgement Day 2006 adalah berkaitan dengan kes pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu John F. Kennedy. Namun beliau lebih bernasib baik kerana beliau mendapat perlindungan politik dari negara Qatar dan kini giat menyertai ceramah-ceramah serta forum berkaitan permasalahan politik dunia di negera-negara Timur Tengah.

Rujukan :

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4.

Ibnu Yaacob 2010, Rahsia Simbol Yahudi. Kedah : Moon Media Enterprise.




Wednesday 12 August 2015

UEFA Super Cup 2015 : Barcelona Juara


UEFA Super Cup 2015 - Luis Enrique akhirnya menarik nafas lega setelah anak-anak buahnya berjaya menewaskan Sevilla FC dengan jaringan 5-4 menerusi masa tambahan setelah terikat 4-4. Kemenangan ini telah menambahkan koleksi kejuaraan Luis Enrique setelah mengemudi Barcelona pada musim lalu. Rekod ini hampir menyamai rekod yang dibuat oleh jurulatih Pep Guardiola yang kini mengemudi Bayern Munich. Apa yang pasti, Barcelona adalah juara dan kemenangan semalam adalah piala ke-4 buat Barcelona dalam kendalian Luis Enrique.

Barcelona Fan's Club.


Wednesday 5 August 2015

Hiburan Lagi : Amuk - Kipas


Kipas mengipas
Pulas memulas
Dasar pemalas
Asal ke atas

Biar terbungkam
Tak bisa terjunam
Asalkan dendam
Nakkan tayangan

Mimpi keagungan
Suci pula dicemarkan
Muda menghitung lama
Tua pula Menghitung dosa

Biar tergadai tanah seinci
Asal tercapai dihadapi dikejari
Berilusi disanjungi

Kipas kipas kayu arang
Tukang kipas batu arang

Lantas makan cili padi
Demi bertemu gula
Kalau ada yang begini
Sulami tujuh kuala

Tak sama rasa
Tukang kipas
[Mahu senang]
Pijak orang

Kipas mengipas
Orang malas
Pijak memijak
Dasar haprak


Lagu: Hassan
Lirik: Siso
Nyanyian : Bandi, Amuk

Tuesday 4 August 2015

Iklan


Mail : "Ha! Mari-mari saya belanja. Janji awak semua pilih saya sebagai pengerusi mesyuarat malam ni."
Pak Abu : "Mail, ini rasuah! Kami tak nak rasuah, kami nak makan rezeki yang halal."
Mail : "Alaa ... itu bukan rasuah, saya belanja makan je,"
Pak Abu : Jika niat kamu nak mendapatkan sokongan atau undi kami, untuk kamu dapatkan jawatan tu, rasuah lah namanya tu. Ha! Kami yang terima pun, dianggap salah disisi undang-undang."
Mail : "Alaa, berapa sen je Nasi Lemak tu,"
Pak Abu : "Sikit atau tinggi nilai rasuah tu tak penting Mail,"
Mail : "Macam mana tu Pak Abu ?"
Pak Abu : "Bayangkan, kerana rasuah senjata api, dadah, pengganas, semuanya boleh masuk ke dalam negara ni, siapa yang terima bahananya, kita semua le,"

Perasuah adalah penjenayah, perangi rasuah!

Rujukan :

Klip Video Rasuah ....


Sunday 2 August 2015

Piala Community Shield 2015 : Arsenal Juara


2 Ogos 2015, Wembley Stadium - Arsenal [The Gunners] memulakan langkah kanan pada musim ini setelah mempertahankan Piala Sumbangsih yang mereka menangi pada musim lalu [2014]. Tanpa Alexis Sanchez, Arsenal nampaknya mampu menewaskan The Blues setelah 13 kali gagal menewaskan Chelsea sebelum ini. Rekod tersebut nampaknya lebur kali ini setelah Oxlade Chamberlain meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-24. Dengan itu, Arsenal telah melakar kejuaraan Piala Sumbangsih pada musim ini.


Fan Club Arsenal ...



Friday 31 July 2015

Analisis : Tragedi 911 Pada Wang 20 Dollar


Selain wang kertas satu dollar, satu kerahsiaan berkenaan perancangan jahat illuminati juga didapati pada 20 dollar. Maklumat yang sudah tersebar di seluruh dunia melalui internet ini menampilkan satu bentuk bukti yang sangat kukuh walaupun secara faktanya ditolak oleh kebanyakan pelbagai badan siasatan (Ibnu Yaacob,2010).

Tegasnya, pendedahan yang sangat nyata dan sahih ini dianggap oleh pihak berkuasa sekadar teori, pandangan peribadi, andaian rawak dan kecelaruan pemikiran yang terlalu banyak dibebani teori-teori konspirasi. Keenganan menerima fakta ini mungkin disebabkan individu yang dilantik George Bush bagi menyiasat tragedi 911 sendiri adalah orang jelas terlibat dengan pelbagai konspirasi iaitu Dr. Henry Kissingger. Namun realitinya, terbongkarnya perkara ini membuktikan bahawa illuminati sudah merancang sekian lama akan setiap kejadian yang pada akhirnya membawa kepada suatu keuntungan besar kepada mereka. Ini dapat dilihat pada wang kertas 20 dollar Amerika.

Menurut Ibnu Yaacob lagi, wang kertas 20 Dollar jika dilipat dalam bentuk kapal terbang akan kelihatan berpadanan dengan bangunan WTC yang seolah-olah sedang terbakar dan berasap. Begitu juga pada wang kertas 5 dollar, jika dilakukan lipatan dengan bentuk yang sama maka ia akan menunjukkan rajah seperti WTC yang sedang terbakar sebagaimana wang kertas 20 dollar.

Pada tragedi 11 September 2001, serangan tidak hanya mengenai bangunan World Trade Centre (WTC) tetapi kapal terbang juga turut terhempas di bangunan Kementerian Pertahanan Amerika iaitu Pentagon. Wang kertas 20 dollar amat berpadanan dengan kebakaran yang berlaku pada bangunan Pentagon

Apa yang memeranjatkan ialah padanan nama OSAMA pada wang kertas 20 dollar [jika dilipat secara mengiring wang tersebut]. Umum mengetahui bahawa Osama bin Laden adalah dalang disebalik kejadian tersebut. Sebenarnya, ada agen Amerika yang dijadikan kambing hitam untuk Amerika membuat alasan kukuh bagi menyerang Afghanistan (Ibnu Yaacob, 2010).

Kewujudan nama Osama dalam wang kertas dollar tidak boleh lagi dianggap kebetulan kerana setiap perancangan Illuminati mempunyai seni rahsia yang sangat sistematik. Dengan terkumpulnya beberapa siri perancangan konspirasi dalam mata wang dollar, ia menunjukkan perancangan itu dilakukan dengan amat teliti dan hanya menanti waktu yang sesuai untuk melaksanakannya. Dapatan imej-imej WTC, Pentagon, Freemason, Osama dan sebagainya dalam mata wang dollar Amerika tidak boleh dianggap sebagai kebetulan lagi. Dapatan ini harus diletakkan dalam satu sudut kajian politik yang lebih khusus yang menjurus ke arah membongkar komplot para konspirator (Ibnu Yaacob, 2010).


Rujukan :

Ibnu Yaacob. 2010. Rahsia Simbol Yahudi. Kedah : Moon Media Enterprise.


Teknologi : Whatsapp, Dicipta Oleh Bangsa Yahudi


Jan Koum dilahirkan pada tahun 24 February 1974 di Ukraine yang merupakan bangsa Yahudi (The Jewish Daily Forward, 2014). Menurut The Jewish Daily Forward, 2014 :

"Jan Koum was born in Kyiv, Ukraine. He is Jewish. He grew up in Fastiv, outside Kyiv, and moved with his mother and grandmother to Mountain View, California in 1992."

Jan Koum, 37, mengasaskan aplikasi WhatsApp bersama-sama Brian Acton pada 2009 dan lima tahun kemudian aplikasi itu dianggar bernilai RM22.4 bilion. Tetapi, satu ketika, Koum hanyalah pendatang asing yang bergantung pada bantuan makanan.

‘Kawan lama’ CEO Facebook, Mark Zuckerberg itu berusia 16 tahun ketika dia berpindah ke Amerika Syarikat dari Ukraine. Dia dibesarkan di sebuah rumah di luar bandar yang tidak dilengkapi kemudahan pemanas air dan elektrik dan sewaktu keluarga itu berpindah dari Ukraine, ibunya membawa bersama-sama kelengkapan persekolahan bagi menjimatkan perbelanjaan.

Sebagai pendatang, Koum dan ibunya terpaksa bergantung kepada bantuan makanan. Dan sebagai memperingati kesusahan yang pernah dilaluinya, Koum memilih pejabat kebajikan di Mountain View, tempat dia beratur untuk mengambil bekalan makanan suatu ketika dulu sebagai lokasi menandatangani perjanjian dengan Facebook. Pejabat aplikasi yang digunakan 450 juta pengguna itu terletak tidak jauh dari pejabat kebajikan berkenaan.

Acton dan Koum menandatangani perjanjian itu di luar bangunan pejabat itu dan kini Koum pergi ke pejabatnya itu dengan memandu Porsche. Kepayahan hidup yang pernah dilaluinya dapat dilihat melalui penerapan etika kerja yang sangat bersungguh-sungguh dan menolak sifat ego - WhatsApp yang menjadi fenomena global itu tidak mempunyai papan tanda syarikat di pejabatnya.

“Saya tidak merasakan perlunya meletakkan papan tanda. Saya melihatnya sebagai lambang untuk bermegah-megah saja. Kami semua tahu tempat kerja kami,” katanya.

Koum dan Acton membangunkan WhatsApp di sebuah kedai kopi berhampiran rumah mereka dan hanya dalam masa beberapa tahun, aplikasi itu sudah mencapai nilai berbilion dolar. Facebook membayar AS$12 bilion (RM 39.6 bilion) dalam bentuk saham dan AS$4 bilion (RM13.2 bilion) secara tunai kepada WhatsApp.

Selain itu, pengasas dan pekerja akan diberikan saham terhad bernilai RM9.9 bilion yang akan dipindah milik selepas tempoh empat tahun dari perjanjian itu. Acton sebenarnya pernah ditolak daripada bekerja dengan Facebook pada 2009, syarikat yang kini menandatangani perjanjian dengan WhatsApp miliknya.

Dalam status di akaun Twitternya ketika itu, Acton menulis, “Facebook menolak permohonan saya untuk bekerja dengan mereka. Ia peluang yang berharga untuk berhubung dengan orang yang hebat. Tak mengapa, bersedia untuk cabaran kehidupan seterusnya.” Untuk rekod, Twitter juga pernah menolak permohonan kerja Acton pada tahun yang sama.

Dalam pada itu, Koum berjanji walaupun sudah menandatangani perjanjian berkenaan, aplikasi itu tetap berfungsi seperti yang ada ketika ini. Facebook pula berkata, mereka akan mengekalkan WhatsApp sebagai servis yang berasingan seperti yang dilakukannya dengan Instagram yang dibeli pada harga AS$1 bilion (RM 3.3 bilion).

Sementara itu, Zuckerberg berkata dia tidak bercadang memasukkan iklan pada WhatsApp dan Koum juga berjanji untuk tidak menambah iklan pada perkhidmatan aplikasi itu. “Pengiklanan bukan cara kami - kami berhubung terus dengan pelanggan,” kata Koum.

Zuckerberg juga berkata, WhatsApp akan beroperasi sendiri sama seperti Instagram. “Kami tidak akan campur tangan. Strategi kami adalah untuk berkembang dan menghubungkan orang ramai. Apabila kita sudah mencapai penggunaan dua ke tiga bilion orang, ada caranya untuk kami membuat keuntungan,” kata Zuckerberg.


Rujukan :

Mymetro. 22/2/2014.

The Jewish Daily Forward. Reuters. 20 February 2014. Retrieved 1 March 2014.



Hiburan : Berkorban Apa Saja


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
[hmm... hmm... hmm...]

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia ...

Lagu, Lirik & Nyanyian : P.Ramlee


[Analisis] Taktik Catur : Sacrifice


Dalam dunia catur, pelbagai taktik dan strategi yang boleh dimainkan oleh pecatur. Salah satunya adalah sacrifice. Sacrifice bermaksud 'korban' atau dengan erti kata yang lain, mengorbankan sesuatu demi mencapai kemenangan.

Mengimbau perlawanan di antara Garry Kasparov dengan Anatoly Karpov, salah satu kunci kemenangan Garry Kasparov ke atas Karpov adalah taktik sacrifice. Dalam perlawanan tersebut, Garry Kasparov telah mengorbankan bidaknya untuk memberi laluan kepada rooknya untuk menguasai ruang seterusnya mempunyai advantage untuk menyerang. Karpov tidak ada pilihan selain memakan bidak Kasparov yang akhirnya terpaksa bertahan setelah diasak bertubi-tubi oleh Kasparov. Kesempatan itu tidak dilepaskan oleh Kasparov yang akhirnya Karpov berjaya di checkmatekan oleh Garry Kasparov.

Dengan itu, Kasparov telah berjaya menewaskan Karpov.



Tuesday 28 July 2015

Hiburan XIV : Tak Suka Tak Apa


Jikalau orang tak suka tak apa
Tapi janganlah kau mengata
Sudah menjadi adat di dunia
Ada rupa dan berharta orang suka

Jikalau orang tak suka tak apa
Biarlah ku mengundur diri
Mungkin kau rasa aku tak sepadan
Dengan dirimu

Ku sedar diri ini
Aku hanyalah insan biasa
Tapi aku ada harga diri

Walaupun terguris hati ini
Hingga menitis air mata
Namun semuanya tak bererti
Bagimu

Waktu orang suka semuanya indah
Waktu dah tak suka oh! ada-ada saja
Sukarnya nak ku temui
Cinta yang sejati dan bahagia

Jikalau orang tak suka tak apa
Tuhan masih menyayangiku
Moga suatu hari akan tiba
Jodoh buatku dengan insan
Yang ikhlas cintanya ...


Lagu dan Lirik : Lan Laga
Nyanyian : Screen