Monday 8 June 2015

Pengurus Real Madrid Dipecat


MADRID - 26 Mei 2015 : Real Madrid memecat jurulatihnya, Carlo Ancelotti, hari ini, selepas membimbing kelab gergasi Sepanyol itu menjulang trofi ke-10 Liga Juara-Juara Eropah pada edisi 2013/14 musim lalu.

Presiden kelab, Florentino Perez, berkata pengganti Ancelotti akan diumumkan minggu depan. Real gagal memenangi sebarang trofi utama musim ini, menamatkan saingan La Liga Sepanyol di kedudukan kedua, dua mata di belakang Barcelona dan tewas kepada Juventus di separuh akhir Liga Juara-Juara. Antara sebab lain adalah penyingkiran Real dalam saingan Piala Raja Sepanyol kepada musuh tetangga, Atletico Madrid. “Saya mengumumkan yang ahli Lembaga Pengarah sudah mengambil keputusan untuk melepaskan Carlo Ancelotti sebagai jurulatih Real Madrid,” kata Perez dalam satu sidang media selepas mesyuarat di Santiago Bernabeu.

Menurut Perez, ia adalah “keputusan paling sukar” Penyerang bintang, Cristiano Ronaldo turut menunjukkan sokongannya terhadap jurulatih terbabit dengan memaparkan gambarnya bersama Ancelotti di akaun Twitter. Jurulatih Napoli, Rafa Benitez yang pernah menjadi jurulatih pasukan remaja di Real dikatakan antara calon popular menggantikan Ancelotti.


Rujukan :

The Rakyat Post 2015. Carlo Ancelotti Dipecat.



Sepp Blatter Umum Letak Jawatan

ZURICH : 3 Jun 2015 - Sepp Blatter umum peletakan jawatannya sebagai Presiden FIFA, empat hari selepas dilantik semula bagi penggal kelima. Blatter, 79, berkata, pemilihan bagi Presiden FIFA baru akan diadakan secepat mungkin. "FIFA sangat memerlukan penstrukturan semula," katanya.

Sepp Blatter memegang jawatan sebagai Presiden FIFA selama 17 tahun dan dilantik semula selepas pencabarnya, Putera Ali al-Hussein dari Jordan menarik diri apabila tewas 133-73 undian pada pusingan pertama."Walaupun ahli FIFA memberi mandat baru kepada saya, ia tidak mendapat sokongan ramai dalam dunia bola sepak," katanya. 

Beliau membuat pengumuman itu pada sidang media di ibu pejabat FIFA di Zurich, enam hari selepas beberapa pegawai FIFA ditahan apabila pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat menyerbu hotel di sini. Tujuh pegawai FIFA ditahan termasuk dua naib presiden. Penahanan itu dibuat bagi pihak pendakwa raya Amerika Syarikat yang menuduh tujuh pegawai itu serta lapan lagi suspek terbabit dalam insiden rasuah sebanyak AS$150 juta (RM552 juta). - Agensi


Rujukan :

My Metro 2105. Sepp Blatter Letak Jawatan




Politics : Juan Orlando Hernandez Resignation Scandal

HONDURAS - 14 May 2015 : Hondurans demanded the resignation of President Juan Orlando Hernandez Wednesday during demonstrations across the violence plagued capital city of Tegucigalpa. Protesters outside the National Congress questioned Hernandez's involvement in a social security scam involving some of the nation's most influential business people and politicians. The left-wing Liberty and Re-foundation Party (Libre) organized the protests, reported El Heraldo in Honduras.

The Honduran Institute of Social Security funding scam allegedly involved officials transfering large sums of money from the nation's federal coffers to the ruling National Party during the 2013 presidential elections. Hernandez's administration has denounced the accusations as a conspiracy against the government, reported Tele Sur.

Honduras' rival political parties have increased their attacks against Hernandez's government after the Supreme Court voted in April to void the single-term limit for the country’s presidency. That rule resulted in the ousting of socialist incumbent Manuel Zelaya six years ago when he introduced a referendum to revise the constitution. After the so-called military coup, Hernandez's party took power. He now seeks a second term. “The resolution makes clear that no law may restrict the rights of Hondurans,” a spokesman for the court, Melvin Duarte, said after the ruling.

Zelaya's Libre party isn't the only political group protesting the change. “The ruling opens the way to a dictatorship that would permit Hernandez to stay in power [indefinitely],” said Salvador Nasralla, an unsuccessful presidential candidate for the Anti-Corruption Party in the 2013 national elections, according to the Guardian.

Hernandez vowed to tackle Honduras' widespread problems of poverty and violence when he was elected. The Central American nation had the world's highest murder rate in 2013. Honduras also suffers from rampant crime and human rights abuses, according to Human Rights Watch. "Journalists, peasant activists, and LGBTI individuals are particularly vulnerable to attacks, yet the government routinely fails to prosecute those responsible and provide protection for those at risk," claimed a recent Human Rights Watch report.


Rujukan :

Cristina Siva 2015. International Business Times : Juan Orlando Hernandez Resignation Scandal.



Rasuah IV : Naib Presiden Guatemala Letak Jawatan

GUATEMALA - 9 Mei 2015 : Presiden Guatemala Otto Perez telah mengumumkan perletakan jawatan Naib Presidennya, Roxana Baldetti semalam selepas disyaki terlibat dalam skandal rasuah. Dalam laporan agensi berita AFP, pengumuman itu dibuat dua hari selepas Mahkamah Agung Guatemala menggesa Kongres untuk menghapuskan imuniti Baldetti daripada pendakwaan, supaya tindakan undang-undang yang sepatutnya dikenakan terhadap Baldetti. Perez berkata Baldetti telah secara sukarela meninggalkan jawatan itu “untuk memberi kerjasama dengan penyiasatan dan proses undang-undang.”
"Keputusannya adalah peribadi, bijaksana, kuat dan berani,” kata Perez, ketika beliau mengumumkan peletakan jawatan itu. Hampir tiga minggu lalu pendakwa membongkar isu skandal rasuah berikutan siasatan oleh PBB Suruhanjaya Antarabangsa Terhadap pengecualian, menuduh pegawai cukai dan Baldetti pembantu Juan Carlos Monzon terlibat.

Kes skandal rasuah itu telah menggegarkan Guatemala, dengan gesaan daripada orang ramai agar Baldetti dan Perez meletak jawatan. Baldetti dan Monzon berada dalam lawatan rasmi ke Korea Selatan semasa kes rasuahnya terbongkar. Monzon yang hilang dipercayai sedang bersembunyi di Honduras. Baldetti cuba menjauhkan diri daripada kes itu apabila kembali ke Guatemala, menyatakan bahawa beliau telah menyedari penglibatan Monzon. Siasatan juga merujuk kepada ketua pentadbiran cukai Guatemala, pemimpin terdahulu dan beberapa pegawai agensi lain.

Berikutan pengumuman peletakan jawatan Baldetti itu, jurucakap Jabatan Negara AS Jeff Rathke menggesa “rakyat Guatemalans untuk menyokong institusi-institusi kerajaan yang menyiasat dan mendakwa tuduhan rasuah.”
“Kami menyokong Presiden Otto Perez Molina dan usaha pentadbiran beliau untuk menangani tuduhan rasuah di Guatemala,” katanya dalam satu kenyataan.
“Guatemala dikenali dan kekal sebagai rakan kuat Amerika Syarikat,” katanya.

Beribu-ribu orang telah melaksanakan demonstrasi bantahan terhadap naib presiden dalam beberapa minggu kebelakangan ini namun ramai telah berkumpul di seberang Istana Presiden untuk meraikan peletakan jawatan Baldetti ini.


Rujukan :

The Rakyat Post 2015. Naib Presiden Guatemala Letak Jawatan Angkara Skandal Rasuah.