Friday 4 December 2015

Analisis : Disebalik Rahsia 1 Mei [Hari Buruh]


Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk menganjurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia tersebut menganjurkannya hanya pada tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga para pekerjanya. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Seramai 200 000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di Amerika Syarikat kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan bahawa hari Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh.

Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah mula berkembang sekitar pada tahun 1888. Luahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komradnya untuk mengadakan mogok pada 1hb Mei 1890 dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh tersebut

Menurut Sabaruddin Hussien 2014 pula, Illuminati adalah gerakan Yahudi yang bermatlamat menundukkan seluruh dunia di bawah pemerintahan mereka. Pertubuhan Illuminati ini diasaskan pada 1 Mei 1776 oleh Adam Weishaupt. Perlu diingat, Cuti Hari Buruh atau Hari Pekerja pada 1 Mei pada setiap tahun sebenarnya adalah memperingati penubuhan Illuminati. Bagi mengaburi mata dunia, mereka [Yahudi-Zionis] menggunakan alasan kononnya mahu menghargai para pekerja. Sehingga kini, sebahagian besar usaha mereka membuahkan hasil kerana mereka sentiasa mengkaji kelemahan kumpulan sasaran mereka bagi membolehkan mereka menguasai musuh sepenuhnya.


Rujukan :

Sabaruddin Hussien 2012. Konspirasi Yahudi : Perang dan Penaklukan. PTS Islamika Sdn. Bhd Batu Caves : Selangor.

Ditulis pada tahun 1894. Diterbitkan buat kali pertama dalam Bahasa Poland, dalam Sprawa Robotnicza. Diterjemahkan mengikut petikan dari Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard (New York: Terbitan Monthly Review, 1971), muka surat 315-316.


No comments:

Post a Comment