Friday 18 July 2014

Lampard : Gol Dibatalkan "Saya telah Ubah Permainan Bola Sepak,"


Midfielder England, Frank Lampard berkata, beliau tidak kesal dengan keputusan pengadil untuk mengabaikan jaringan yang beliau lakukan ketika bertemu dengan Jerman di Piala Dunia 2010, sebaliknya gembira insiden itu telah membantu FIFA memperkenalkan teknologi garisan gol.

"Saya tidak terlalu memikirkannya," ujar Lampard. "Tiada sebab untuk saya tidak tidur dengan lena memikirkan hal itu. Ia telah membawa kebaikan kepada dunia bola sepak, justeru saya tentu gembira. Teknologi garisan gol ini secara keseluruhan adalah satu perkembangan positif kepada sukan bola sepak,".

Frank Lampard yang masih belum memutuskan sama ada akan terus bermain diperingkat antarabangsa, masih bersikap positif untuk meneruskan karier dengan England walaupun mereka gagal memberi impak di kejohanan utama sejak membuat aksi sulung pada tahun 1999.

"Sukar kerana kami semua amat kecewa. Tapi jika saya imbau kembali zaman kanak-kanak saya, saya tidak dapat membayangkan akan bermain satu perlawanan buat England, apatah lagi 100 atau lebih. Kami semua mengimpikan kemenangan tapi gagal mencapai keputusan akhir. Kami bukan sekadar ingin mencuba. Kami cuma berdepan kesukaran pada waktu yang berbeza."

Mengimbau semula perlawanan di antara England dan Jerman di perlawanan Round of 16, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jerman membuka jaringan menerusi Miroslav Klose. Kemudian disusuli oleh Lukas Podolski. Selepas itu, Upson merapatkan jurang. Tidak berapa lama kemudian, Frank Lampard dapat menjaringkan gol tetapi dibatalkan oleh pengadil. Pengadil mendakwa bola tersebut tidak masuk ke gawang gol Jerman. Tetapi, bola itu jelas masuk ke gawang gol. Akibat daripada itu, England dibelasah 4-1 menerusi dua gol Thomas Muller.

Walau bagaimanapun ujar Lampard, golnya yang dibatalkan itu telah mengubah dunia bola sepak. "Sesungguhnya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya."



Tuesday 15 July 2014

Isu Semasa : Berani Mati Dalam Peperangan

6 Julai 2014 - Harian Metro : Media melaporkan mengenai 100 warga Belanda berjihad di Syria dan seorang daripada mereka adalah pengebom berani mati. Apakah status pengebom berani itu mengikut pandangan Islam ? Adakah keadaan seperti berkenaan [seperti membunuh diri] dibolehkan walaupun bagi tujuan menghapuskan pihak lawan ? Adakah keadaan itu membolehkan seseorang mujahid dikategorikan sebagai syahid ?
[Soalan ini dilontarkan oleh Are_Tiq Ipoh, Perak].

Persoalan ini telah dijawab oleh Ustaz Haslin Baharin atau lebih dikenali sebagai Zikir Zindagi. Menurutnya, Jihad adalah syariat yang mulia dalam Islam, namun ia disalahertikan dan diberikan gambaran yang buruk oleh pihak musuh. Adakah mereka yang mempertahankan agama, maruah diri, akal, kehormatan dan keturunan dianggap sebagai pengganas, pemberontak, atau military atau terrorist ? Sebaliknya mereka yang membunuh ratusan ribu dan melakukan pelbagai jenis jenayah dianggap sebagai penyelamat (Ustaz Haslin Baharin, 2014). Lihat sahaja sejarah lampau atau zaman penjajahan di Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina yang berlaku pada zaman dahulu.

Hukum pengebom berani mati tidak sama dengan hukum membunuh diri. Ulama meletakkan syarat ketat bagi tujuan pengebom berani mati seperti hanya dilaksanakan dalam peperangan. Selain itu, ia juga merupakan strategi dalam peperangan yang menjamin kemenangan. Jika diimbau sejarah lampau, ada sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Bara' Bin Malik telah meletakkan diri sebagai peluru manjanik [alat pelontar batu] dan dilontarkan tubuhnya ke dalam kubu lawan. Seterusnya, Bara' Bin Malik berjaya membuka pintu utama kubu berkenaan. Akhirnya menghasilkan kemenangan kepada kaum muslimin atau mujahidin. Namun, pada zaman yang penuh dengan teknologi ini, seharusnya umat Islam bersedia dengan jihad ekonomi, politik, ilmu, teknologi dan sebagainya agar Islam terpelihara.


Rujukan : 

Harian Metro. 6 Julai 2014. Berani Mati Dalam Peperangan. Halaman 26.



Pengurus Brazil Letak Jawatan ?


15 Julai 2014 - Selasa : Berikutan kekalahan Brazil yang paling memalukan ditangan Jerman baru-baru ini telah menyebabkan Luiz Filipe Scolari meletak jawatan. Tindakannya itu didakwa oleh media-media di Brazil. Beliau merupakan anak jati kelahiran Brazil yang dilahirkan pada 9 November 1948 di Rio Grande De Sul, Brazil. Beliau pernah dinobatkan sebagai jurulatih terbaik pada tahun 1999 ketika beliau membimbing kelab Palmeiras dan 2002 setelah beliau membawa Brazil sebagai juara Piala Dunia di Korea & Japan. Pada tahun 2003, beliau ditawarkan sebagai jurulatih pasukan Portugal. Prestasinya pada tahun 2006 ketika beliau berjaya membawa Portugal ke semi final sebelum tewas kepada France. Perebutan tempat ketiga milik pasukan Jerman yang menewaskan Portugal pada ketika itu. Walau bagaimanapun, setelah beliau membimbing skuad Brazil 2014, beliau tersentak dan dimalukan oleh Jerman di separuh akhir. Brazil dibelasah 1-7. Kekalahan Brazil itu merupakan kekalahan yang paling memalukan.


Monday 14 July 2014

Jerman Juara Piala Dunia 2014


Tanggal 14 Julai 2014 - Isnin : Satu lagi sejarah telah tercipta di mana pasukan Jerman telah muncul sebagai juara Piala Dunia 2014 di Brazil. Kemenangan ini telah meletakkan Jerman bersama-sama dengan Itali memenangi Piala Dunia sebanyak 4 kali. Jerman pada tahun 1954, 1974, 1990 dan 2014 manakala Itali pada tahun 1934, 1938, 1982 dan 2006

Pengkaji menyifatkan kemenangan Jerman ini disebabkan taktikal yang berkesan dan teamwork dikalangan pemain Jerman sendiri. Taktikal Argentina bukannya tak bagus, cuma ending pasukan Argentina tumpul. Jika dimbau perlawanan semalam, Argentina sebenarnya banyak peluang keemasan berbanding Jerman. Higuain sepatutnya mempunyai 2 gol tetapi offside dan satu lagi adalah penyudah yang tumpul ketika berhadapan satu lawan satu dengan penjaga gol Jerman. Begitu juga dengan Messi. Messi sepatutnya memperoleh gol awal tetapi percubaannya tersasar. Dalam permainan catur, jika peluang itu tidak dimanafaatkan dengan betul, peluang untuk kali kedua adalah amat sukar. Sebaliknya, Jerman pula yang memanafaatkan peluang yang terhidang. Gol tersebut adalah hasil Mario Gotze pada minit ke-113 dalam masa tambahan.


Jelas menunjukkan bahawa kepuasan terpancar jelas di wajah para pemain pasukan Jerman. Lihat gambar di atas. Philip Lamp, Thomas Muller, Lukasz Podolski dan Joachim Loew kelihatan gembira ketika mereka menjulang trofi Piala Dunia.

Teori Pengkaji yang menyatakan bahawa Jerman optimis Juara 2014

Teori I : 1954 = Juara
             1958 = Ketiga
                    1962 = Suku Akhir

Teori II  : 1966 = Naib Juara
         1970 = Ketiga
         1974 = Juara

Teori III  : 1982 = Naib Juara
                1986 = Naib Juara
         1990 = Juara

Teori IV : 2006 = Ketiga
                2010 = Ketiga
               2014 = Juara

   [Pattern / Pola yang menarik]

[Apa pun ini cuma teori sahaja, Allah s.w.t jua yang menentukan segala-gala-Nya].




Sunday 13 July 2014

Final : Jerman vs Argentina


14 Julai 2014-Isnin : Final [Jerman vs Argentina 3:00 Pagi]
Di Stadium Rio De Janeiro
Don't Miss It!