Saturday 5 December 2015

Analisis : Kelab Pencabar Dalam BPL

Setiap musim BPL dilangsungkan, sudah pastinya ada kelab favaourite yang dijangka akan menjuarai BPL liga Inggeris. Namun, kita sering lupa bahawa setiap musim rupa-rupanya ada kelab pencabar dalam BPL. Berikut adalah kelab pencabar lapan musim yang lalu dan cuba lihat pattern jadual pertemuan kelab tersebut :

Musim 2008-2009
Aston Villa adalah pencabar. Perhatikan jadual Aston Villa di bawah.
22/3/2009 : Liverpool vs Aston Villa [5-0]
05/4/2009 : M.United vs Aston Villa [3-2]
12/4/2009 : Aston Villa vs Everton [3-3]

Musim 2009-2010
Manchester City adalah pencabar. Perhatikan jadual M. City di bawah.
01/5/2010 : M.City vs Aston Villa [3-1]
24/4/2010 : Arsenal vs M.City [0-0]
17/4/2010 : M.City vs M.United [0-1]

Musim 2010-2011
Fulham adalah pencabarr. Perhatikan jadual Fulham di bawah.
09/5/2011 : Fulham vs Liverpool [2-5]
15/5/2011 : Birmingham City vs Fulham [0-2]
22/5/2011 : Fulham vs Arsenal [2-2]

Musim 2011-2012
Newcastle United adalah pencabar. Perhatikan jadual Newcastle di bawah.
13/5/2012 : Everton vs Newcastle United [3-1]
06/5/2012 : Newcastle vs Manchester City [0-2]
02/5/2012 : Chelsea vs Newcastle [0-2]

Musim 2012-2013 
Tottenham Hotspur adalah pencabar. Perhatikan jadual Spurs di bawah.
25/2/2013 : West Ham United vs Spurs [2-3]
03/3/2013 : Spurs vs Arsenal [2-1]
10/3/2013 : Liverpool vs Spurs [3-2]

Musim 2013-2014
Everton adalah pencabar. Perhatikan jadual Everton di bawah.
20/4/2014 : Everton vs Manchester United [2-0]
26/4/2014 : Southampton vs Everton [2-0]
03/5/2014 : Everton vs Manchester City [2-3]

Musim 2014-2015
Southampton adalah pencabar. Perhatikan jadual di bawah.
02/01/2015 : Southampton vs Arsenal [2-0]
28/12/2014 : Southampton vs Chelsea [1-1]
20/12/2014 : Southampton vs Everton [3-0]

Musim 2015-2016
Leicester City adalah pencabar. Perhatikan jadual di bawah.
15/12/2015 : Leicester City vs Chelsea
19/12/2015 : Everton vs Leicester City
26/12/2015 : Liverpool vs Leicester City
30/12/2015 : Leicester City vs Manchester City

Kelab pencabar tersebut akan mengharungi 2-3 perlawanan sukar di mana mereka akan bertemu kelab gergasi England.

Adakah ini satu Drama ?


Rujukan :

Jadual BPL Musim-Musim Lepas.



Friday 4 December 2015

Analisis : Disebalik Rahsia 1 Mei [Hari Buruh]


Idea gembira untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk menganjurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia tersebut menganjurkannya hanya pada tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.

Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga para pekerjanya. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Seramai 200 000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di Amerika Syarikat kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan bahawa hari Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh.

Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah mula berkembang sekitar pada tahun 1888. Luahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komradnya untuk mengadakan mogok pada 1hb Mei 1890 dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh tersebut

Menurut Sabaruddin Hussien 2014 pula, Illuminati adalah gerakan Yahudi yang bermatlamat menundukkan seluruh dunia di bawah pemerintahan mereka. Pertubuhan Illuminati ini diasaskan pada 1 Mei 1776 oleh Adam Weishaupt. Perlu diingat, Cuti Hari Buruh atau Hari Pekerja pada 1 Mei pada setiap tahun sebenarnya adalah memperingati penubuhan Illuminati. Bagi mengaburi mata dunia, mereka [Yahudi-Zionis] menggunakan alasan kononnya mahu menghargai para pekerja. Sehingga kini, sebahagian besar usaha mereka membuahkan hasil kerana mereka sentiasa mengkaji kelemahan kumpulan sasaran mereka bagi membolehkan mereka menguasai musuh sepenuhnya.


Rujukan :

Sabaruddin Hussien 2012. Konspirasi Yahudi : Perang dan Penaklukan. PTS Islamika Sdn. Bhd Batu Caves : Selangor.

Ditulis pada tahun 1894. Diterbitkan buat kali pertama dalam Bahasa Poland, dalam Sprawa Robotnicza. Diterjemahkan mengikut petikan dari Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard (New York: Terbitan Monthly Review, 1971), muka surat 315-316.


Thursday 3 December 2015

Analisis : Tiga Sejarah Mothers Day



Berikut adalah tiga sejarah mengenai Mothers Day :

Pertama

Di Eropah, Hari Ibu atau Mothers Day ditujukan kepada Dewi Rhea sebagai tanda penghormatan kepada isteri Dewa Kronus. Dewi Rhea merupakan ibu segala para dewa dalam sejarah atau mitologi Yunani Kuno. Peringatan itu terus diadaptasi dalam pelbagai konteks termasuk dalam ritual gereja di Inggeris pada tahun 1600-an yang mereka namakannya sebagai Mothering Sunday (Afred Suci, 2014).

Kedua

Di Amerika Syarikat, Mothers Day dipanggil Mothers Church yang bertujuan untuk memperingati Ibu Tuhan Yesus iaitu Maria. Selepas peristiwa yang berlaku di Amerika tersebut, maka penghormatan terhadap Maria ini dikembangkan ke seluruh dunia sehingga ke hari ini (Afred Suci, 2014).

Ketiga

Sebahagian penduduk di Amerika Syarikat, Mothers Day disambut untuk menghormati semangat perjuangan kaum perempuan (ibu) yang diperkenalkan oleh Julia Ward Howe pada tahun 1870. Peringatan tersebut diadakan bagi memperingati kaum ibu yang ditindas dan disia-siakan oleh suami mereka. Perjuangan tersebut diteruskan oleh Anna Jarvis pada tahun 1907 yang akhirnya berjaya mempengaruhi Presiden Woodrow Wilson untuk membuat peringatan kepada semangat perjuangan kaum ibu pada bulan Mei setiap tahun dan pada hari itu diumumkan adalah cuti umum. Kejayaan Anna ini berlaku pada tahun 1914 (Afred Suci, 2014).


Rujukan :

Afred Suci 2014. 121 Skandal Indonesia. Cahaya Insan Suci Jakarta : Indonesia.