Saturday 3 May 2014

Isu Semasa VII : Pelaksanaan GST, Adakah Relevan ?



Apa itu GST ? GST adalah cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah. GST dikenakan ke atas barang dan  perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang  diimport. Kadar GST yang ditetapkan adalah 6%.

Bagaimana GST dilaksanakan ? GST dikenakan ke atas nilai tambah di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk pengimportan barang dan perkhidmatan. Setiap peniaga dalam rantaian pembekalan membayar GST kepada pembekal masing-masing ke atas barang atau perkhidmatan yang diperolehi dan pada masa yang sama mengenakan serta  memungut GST ke atas barang atau  perkhidmatan yang dijual oleh mereka. Berikut adalah gambarajah tentang rantaian :

Pembekal - Pengilang - pemborong - Peruncit - Pengguna

Bagaimanakah pengiraan GSTPada akhir setiap tempoh bercukai, peniaga  boleh menolak GST yang dibayar (cukai input) dari GST yang dikenakan (cukai output). Jika cukai output melebihi cukai input, perbezaannya akan dibayar kepada kerajaan. Jika cukai input melebihi cukai output, peniaga boleh menuntut pulang balik dari  kerajaan. 

(a) Pembekal, contoh pengiraan GST dikenakan kepada [Pengilang] : Harga Jualan adalah RM20.00 + GST 6% = RM1.20
Jumlah : RM 21.20, maka GST yang dikenakan kepada Pengilang adalah RM1.20

(b) Pengilang, contoh pengiraan GST dikenakan kepada [Pemborong]. Harga Jualan adalah RM30.00 + GST 6% = RM1.80.
Jumlah : RM31.80, maka GST yang dikenakan kepada [Pemborong] adalah RM1.80. Tolak GST yang telah dibayar adalah RM1.20. Jadi, GST yang kena bayar adalah RM1.80 - RM1.20 = RM0.60 sahaja.

Begitulah seterusnya hingga ke pengguna.
Oleh itu, adakah pelaksanaan GST ini relevan ? Bagi pengkaji, pelaksanaan GST ini adalah relevan.
"Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"

Rujukan :

GST. Cukai Barang Dan Perkhidmatan. Goods and Services Tax. _________________ .



Sukan XI : Coppa Italia dan French Cup 2014


Semalam, berlangsungnya Coppa Italia di antara Napoli dan Fiorentina. Dalam perlawanan tersebut, Napoli menewaskan Fiorentina dengan jaringan 3-1. Pada minit ke-11 dan 17, Napoli didepan dengan jaringan Insigne. Fiorentina merapatkan jurang pada minit ke-28 melalui jaringan Vargas. Minit ke-79, pemain Napoli iaitu Inler dilayangkan kad merah. Walau bagaimanapun, pada minit-minit terakhir perlawanan, Napoli menjaringkan gol ketiga melalui Mertens sekali gus meraih kemenangan. Dengan kemenangan itu, Napoli FC telah menjulang Coppa Italia 2014.


Manakala dalam persaingan French Cup 2014 pula menyaksikan kelab Guingamp berjaya menewaskan Rennes 2-0. Pada minit ke-29, Thibault meletakkan Guingamp di depan dan minit-minit akhir perlawanan Mustapha Yatabare menyumbat gol kedua sekali gus sah bergelar juara French Cup 2014 dan meranapkan impian Rennes. Perlawanan itu dilangsungkan di Stadium De La Route De Lorient.


Sukan X : Fulham dan Cardif City Tersingkir dari BPL



Kemenangan Sunderland di Old Traford dan kekalahan Fulham dan Cardif City telah menyebabkan kelab itu tersingkir awal dari BPL dan akan beraksi ke English Champions League 2014/2015. Dengan berbaki 1 perlawanan lagi, Fulham tewas kepada Stoke City 1-4 manakala Cardif City tewas di tangan Newcastle United 0-3. 


Dalam persaingan zon penyingkiran BPL kali ini, satu kelab lagi bakal tersingkir. Kelab manakah lagi bakal tersingkir dari BPL ?




Friday 2 May 2014

Wira Catur II : Tun Bahara [Dalam Sejarah Melayu]



Menurut A. Samad Ahmad (2008), Jika diimbau sejarah lampau, Tun Bahara merupakan Jaguh Catur dalam Sejarah Melayu. Menurutnya :

Sekali persetua ada seorang, Tun Bahara namanya, orang Pasai ia datang ke Melaka. Maka Tun Bahara itu pandai terlalu ia bermain catur, tiada siapa menyamai dia pada zaman itu. Maka bercaturlah Tun Bahara itu dengan orang Melaka. Lawannya itu berfikir, Tun Bahara tiada berfikir, pandang kiri, pandang kanan, sambil beliau bersyair, berbait, berseloka dan bergurindam. Serta sudah ia perang, berjalan tiada dengan berfikir lagi, terlalu amat. Maka segala orang yang tahu bercatur, semuanya alah olehnya, seorang tiada dapat melawannya, melainkan Tun Pikrama anak Bendahara Paduka Raja yang dapat sedikit melawan Tun Bahara itu tetapi jikalau lalai Tun Pikrama, digelarkan oleh Tun Bahara itu 'sayur keladi', dan jika Tun Bahara membuang sebiji bidak hujung jua pun, alah pula Tun Bahara oleh Tun Pikrama, itulah yang tahu bercatur.


Rujukan :

A. Samad Ahmad. 2008. Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.



Wira Catur : Garry Kasparov



Catur merupakan salah satu permainan berstrategi dan menguji minda. Hari ini, pengkaji berkongsikan tentang salah seorang tokoh atau pemain catur berstatus Jaguh Dunia. Beliau adalah Garry Kasparov. Garry Kasparov dilahirkan di Azerbaijan pada 13 April 1963. Ketika ia berusia tujuh tahun, ayahnya meninggal dunia kerana menghidap penyakit leukemia. Setelah itu, ia menggunakan nama keluarga dari ibunya sehingga menjadi Garry Kimovich Kasparov.

Garry Kasparov mulai berlatih dan bermain catur pada saat usianya 10 tahun di sekolah catur Mikhail Botvinnik. Pada tahun 1976, Garry Kasparov sudah bergelar juara catur kategori Junior di negaranya, Uni Soviet. Dua tahun kemudian, beliau berjaya melayakkan diri ke kejuaraan catur nasional Uni Soviet. Pada tahun 1980, sekali lagi beliau meraih juara dunia Junior.

Pada tahun 1984, Kasparov dinobatkan sebagai pencatur nombor satu dunia berdasarkan ranking point dari FIDE. Namun, untuk mengesahkan beliau sebagai juara dunia, beliau perlu menentang jaguh dunia Anatoly Karpov [Grand Master]. Perlawanan itu telah dilangsungkan dalam kejohanan World Chess Championship 1984.

Dalam format perlawanan itu, pemain yang memenangi 6 perlawanan dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang. Jumlah perlawanan tiada hadnya. Setelah berlangsungnya 9 perlawanan, Anatoly Karpov telah mendahului Kasparov dengan 4-0. 5 perlawanan lagi berkedudukan draw

Pada perlawanan ke-10 hingga ke-17, Kasparov berjaya mengikat Karpov dengan keputusan seri. Tetapi pada perlawanan ke-18, Karpov berjaya menewaskan Kasparov dengan kedudukan 5-0. Karpov perlu menang 1 perlawanan lagi bagi mengekalkan statusnya sebagai jaguh dunia. Namun, perlawanan ke-19 hingga ke-31 kembali draw. Pada perlawanan ke-32, akhirnya Kasparov berjaya mencapai kemenangan dan kedudukan sudah berubah iaitu 1-5. Perlawanan seterusnya kembali draw. Perlawanan ke-47 dan 48, Kasparov sekali lagi mengejutkan Karpov dengan kedudukan 3-5. Tetapi pertandingan itu dihentikan oleh (FIDE) iaitu Florencio Campomanes dengan alasan stamina kedua-dua pemain telah menurun. Pengurus Kasparov tidak bersetuju dan melakukan protes dengan tindakan FIDE yang menghentikan perlawanan tersebut. FIDE memberitahu bahawa Karpov mengalami kesakitan dan beliau akan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Perlawanan itu akan diteruskan beberapa bulan kemudian.

Perlawanan itu diadakan semula pada tahun 1985 dengan format yang baru. Format perlawanan telah diubah iaitu jika menang, pemenang memperolehi 1 mata, dan jika draw 0.5 mata. Jika tewas, tiada mata diberikan. Akhirnya, pada 9 November 1985, Kasparov telah berjaya menewaskan Karpov dengan keputusan 13 mata berbalas 11 mata dari 24 perlawanan yang mereka jalankan. Garry Kasparov dinobatkan sebagai juara dunia termuda saat usianya 22 tahun. 




Wednesday 30 April 2014

Filem II : Sniper



Filem arahan Pierre Andre ini mengisahkan Ahmad seorang bekas pegawai tentera yang telah dipecat kerana masalah disiplin. Rafi pula merupakan penembak tepat atlet, kedua-dua mereka telah bertemu dalam permainan pembunuhan yang dicipta oleh seseorang yang tidak diketahui. Rafi diugut jika beliau enggan menuruti permainan itu, tunangnya lakonan Nina Iskandar dan beliau sendiri akan dibunuh. Bersenjatakan sniper dan beberapa peluru, mereka dikehendaki membunuh antara satu sama lain untuk melepaskan diri. Dalam situasi yang genting, Rafi berjaya mencari siapa dalang di sebalik permainan gila tersebut iaitu Ahmad lakonan Mikail Andre. Ahmad telah mencipta permainan tersebut dan berpura-pura menjadi seorang yang baik di mata Rafi lakonan Fadlan Hazim. Oleh kerana kegilaannya, beliau dipecat dan dihukum penjara kerana percubaan untuk membunuh salah seorang pegawai tentera. Ahmad akhirnya mati dtembak oleh Rafi setelah tunangnya Nina Iskandar dijadikan sebagai umpan untuk menjerat di mana kedudukan Ahmad. Akibat daripada strategi sistematik yang dirancang oleh Rafi, beliau berjaya menjejaki di mana sebenarnya Ahmad berada dan bersembunyi.

Moral dalam filem ini :
  1. Untuk mencapai kemenangan, kita perlukan pengorbanan.
  2. Selain itu, strategi dan kebijaksanaan dalam berperang amat penting untuk mencapai kemenangan.
  3. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bukan pula mencetuskan permainan gila itu iaitu berbunuhan sesama sendiri dengan menggunakan sniper.

Sukan IX : UCL, Atletico Madrid Ke Final



Semalam, keputusan separuh akhir II [UEFA Champions League] telah pun berakhir dengan kemenangan kepada Kelab Sepanyol iaitu Atletico Madrid menewaskan wakil tunggal kelab dari England, Chelsea 3-1 di Stamford Bridge. Dengan kemenangan ini, peluang Atletico Madrid untuk menjulang 2 trofi musim ini nampak cerah. Dalam persaingan LA Liga Sepanyol, Ateltico Madrid masih lagi mendahului carta dengan perbezaan 3 mata dengan Real Madrid dan 4 mata dengan Barcelona.

Dalam persaingan UEFA Champions League, Atletico Madrid menempah ke Final bertemu dengan kelab sepasukan [dari Sepanyol] iaitu Real Madrid. Sebelum itu, Real Madrid terlebih dahulu layak ke Final menewaskan kelab dari Jerman iaitu Bayern Munich dengan jaringan 5-0 secara aggregate. Perlawanan akhir nanti akan dilangsungkan pada 24 Mei di Lisbon, Portugal. Kelab manakah yang akan menjadi juara nanti. Adakah Atletico Madrid mencipta sejarah ataupun Real Madrid menjulang trofi ini buat kali ke-4 ?



Sunday 27 April 2014

Hiburan VI : Bebas Palestin


ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﷲ
ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﷲ
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh! bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara

Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Ayuh! bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara

Lirik Oleh : Nazrey Johani
Lagu Oleh : Fridzan
Nyanyian Oleh : In-Team, Rabbani, Saujana dan Nowseeheart