Saturday 21 June 2014

Piala Dunia 2014 : Pasukan Pilihan Dan Bukan Pilihan Yang Tersingkir


22 Jun 2014 - Tatkala Piala Dunia di Brazil yang semakin sengit dan rancak sekarang ini, ada juga pasukan pilihan yang tersingkir awal tanpa diduga. Antaranya ialah :

Pasukan Pilihan
1. Sepanyol [Juara Bertahan]

Pasukan Bukan Pilihan
1. England
2. Australia
3. Cameroon
4. Bosnia & Hergegovina
5. Honduras

Pasukan Pilihan yang di zon bahaya sekarang ini ialah :
1. Italy
2. Uruguay
3. Portugal

Negara manakah yang akan meneruskan perjuangannya ?



Friday 20 June 2014

England Mengharapkan Keajaiban


20 Jun 2014 - Walaupun England tewas 2 kali, dari segi matematiknya, England masih berpeluang dengan syarat England perlu membelasah Costa Rica 4-0 dan mengharapkan perlawanan pagi nanti Italy akan menewaskan Costa Rica. Jika Italy seri dengan Costa Rica, maka England akan pulang awal.

Jika Italy berjaya menewaskan Costa Rica, England mengharapkan pula Italy menewaskan Uruguay nanti. Jika Italy seri dengan Uruguay, maka England akan pulang awal juga. Jadi, mahu tidak mahu, England perlu membelasah Costa Rica nanti seandainya Italy menewaskan Costa Rica dan Uruguay nanti.

Adakah keajaiban berlaku di piala dunia 2014 ini ?



Piala Dunia 2014 : Penjaring Terbanyak Piala Dunia


Jika diimbau sejarah silam, pemilik kasut emas atau penjaring terbanyak milik :

Itali 1934 : Oldrich Nejedly (Czechoslovakia) 5 gol

 France 1938 : Leonidas (Brazil) 8 gol

Brazil 1950 : Ademir (Brazil) 7 gol

Switzerland 1954 : Sandor Kocsis (Hungary) 11 gol

Sweden 1958 : Just Fontaine (France) 13 gol

Chile 1962 : Garrincha, Vava (Brazil), Leonel Sanchez (Chile), Drazan Jerkovic (Yugoslavia)
Florian Albert (Hungary) dan Valentin Ivanov (USSR) 4 gol kesemuanya

England 1966 : Eusebio (Portugal) 9 gol

Mexico 1970 : Gerd Muller (Germany) 10 gol

Jerman Barat 1974 : Grzegorz Lato (Poland) 7 gol

Argentina 1978 : Mario Kempes (Argentina) 6 gol

Spain 1982 : Paolo Rossi (Italy) 6 gol

Mexico 1986 : Gary Lineker (England) 6 gol

Italy 1990 : Salvatore Schillaci (Italy) 6 gol

 USA 1994 : Hristo Stoichkov (Bulgaria)
Oleg Salenko (Russia) 6

 France 1998 : Davor Suker (Croatia) 6 gol

Korea & Japan 2002 : Ronaldo (Brazil) 8 gol

Germany 2006 : Miroslav Klose (Germany) 5 gol

Afrika Selatan 2010 : Thomas Muller (Germany), Wesley Snidjer (Belanda), Diego Forlan (Uruguay), David Villa (Spain) dan Gonzalo Higuain (Argentina) - 5 gol

Brazil 2014 Setakat ini :

3 gol : Robin Van Persie [Belanda], Arjen Robben [Belanda] dan Thomas Muller [Jerman]

2 gol : Karim Benzema [France], Luis Suarez [Uruguay], Neymar [Brazil], Manzukic [Croatia], Tim Cahill [Australia] dan Gervinho [Ivory Coast]

Milik siapakah kasut emas tahun ini ?


Wednesday 18 June 2014

[La Roja] Sepanyol "Balik Kampung" Selepas Australia


19 Jun 2014 - Sejarah telah berulang semula, itulah sejarah.  Pada tahun 2002, pasukan Perancis [Juara Bertahan] merupakan pasukan terawal tersingkir dari kejohanan. Kali ini 2014, Sepanyol [Juara Bertahan] menyusul pula pasukan yang tersingkir awal [balik kampung] selepas Australia yang tewas kepada Belanda 2-3. Pada awal pagi tadi, Chile telah menewaskan Juara Bertahan Sepanyol dengan jaringan 2 gol 0. 

Dengan kemenangan itu, Chile nampaknya berkira-kira hendak melakukan upset kepada Belanda nanti walaupun kedua-dua pasukan ini telah layak ke pusingan Kalah Mati. Jika Chile berjaya menewaskan Belanda, kemungkinan Belanda akan bertemu dengan Brazil. Ataupun, jika Brazil menjadi naib juara kumpulan A, Brazil akan menentang Belanda jika Belanda menang dengan Chile. 

Mengimbas semula perlawanan pagi tadi, pada minit ke-20, Eduardo Vargas telah meletakkan Chile di hadapan. Kemudian, di akhir-akhir pada babak pertama, Chile memperolehi  sepakan percuma. Hasilnya, Chile berjaya menyumbat gol kedua selepas sepakan percuma itu ditepis oleh Cassilas dan disambar oleh pemain Chile iaitu Aranguiz yang akhirnya gawang gol Spain bolos buat kali kedua. Di separuh masa kedua, kedudukan itu tidak berubah hinggalah ke wisel penamat.

Bagaimanapun, sebelum Spain dan Australia pulang awal, kedua-dua pasukan ini perlu melengkapkan jadual perlawanan. Di perlawanan peringkat ke-3 dalam kumpulan B, Sepanyol akan menentang Australia. Perlawanan ini hanya pelengkap jadual sahaja.



Cabaran Getir Buat La Roja [Spain] : Chile Hanya Perlukan Seri


19 Jun 2014 - 3:00 pagi, perlawanan di antara Spain vs Chile merupakan cabaran getir buat La Roja. Jika Spain tewas malam ini, maka sejarah telah berulang lagi iaitu pada tahun 2002, France merupakan pasukan yang terawal 'balik kampung' [pasukan terawal tersingkir]. 



Chile sekurang-kurangnya hanya perlukan seri dengan Spain untuk melakukan upset pada awal pagi nanti. Jika keputusan seri dilakar pada awal pagi nanti, Spain perlu membelasah Australia atau mencari seberapa banyak gol bagi mengatasi defisit gol dan jaringan, itupun jika Belanda menewaskan Chile dalam perlawanan ke-3. Jika Chile seri dengan Belanda, tiada guna Spain membelasah Australia.

Mampukah Spain tewaskan Chile atau pasukan terawal tersingkir pada tahun 2014 ?


Tuesday 17 June 2014

Macam-macam II : Ramalan Unta Shaheen Meleset



17 Jun 2014 - Pada awal pagi tadi, sekali lagi unta Shaheen telah membuat ramalan dalam perlawanan kumpulan G iaitu Jerman vs Portugal. Sebelum ini, ramalan unta Shaheen betul ketika meramal Brazil akan menang menentang Croatia. Pagi tadi, unta tersebut telah memilih Portugal. Akhirnya, ramalan unta itu tidak tepat di mana Jerman telah membelasah pasukan Portugal dengan 4 gol tanpa balas. Dalam perlawanan tersebut, Thomas Muller telah menjaringkan hatrick. Sebelum ini, Karim Benzema dari Perancis telah berjaya melakukan hatrick ketika menentang pasukan Honduras. Apakah nasib unta Shaheen selepas ini ?


Monday 16 June 2014

Anggota PGA Tembak Diri Sendiri Selepas Hubungan Sulitnya Diketahui

Harian Metro - 16 Jun 2014 : Akibat berang apabila ditampar seorang pengawal keselamatan warga emas selepas hubungan sulitnya dengan anak saudara perempuan mangsa terbongkar, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, nekad melepaskan tembakan hingga menyebabkan kematian lelaki berkenaan sebelum menembak diri sendiri menggunakan sepucuk pistol dalam kejadian di kawasan tapak pembinaan Casa San Uno, Batu 4 Sandakan, semalam.

Dalam kejadian itu, anggota polis berpangkat Koperal yang bertugas di Batalion 15 PGA Sandakan dikenali sebagai Madaini Awang, 40 dipercayai mati ditempat kejadian akibat parah di kepala manakala pengawal keselamatan berkenaan Ibni Hasyim  65, turut meninggal dunia ditempat kejadian akibat tembakan tersebut.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui oleh beberapa orang pekerja di tapak pembinaan berkenaan sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan jam 11:50 am memaklumkan kejadian itu. Sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian menemui sepucuk pistol jenis 999 Walther berhampiran mayat anggota PGA terbabit.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pasukan Polis Daerah Sandakan Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan dua mayat berkenaan pada jam 11:50 pagi semalam. "Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh diri. Mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat," katanya.


Rujukan :

Harian Metro. 16 Jun 2014. Anggota PGA Tembak Diri Sendiri Selepas Hubungan Sulitnya Diketahui. Halaman 5.


Badminton Super Series Jepun : Lee Chong Wei Lakar Sejarah



Kuala Lumpur : Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei terus mencipta sejarah apabila menjadi pemain pertama merangkul kejuaraan Siri Super Terbuka Jepun buat kali ketiga berturut-turut. Chong Wei yang diletak sebagai pilihan utama muncul juara apabila tidak berdepan masalah menewaskan pemain Hong Kong, Hu Yun 21-14, 21-12.



Kemenangan di Gimnasium Metropolitan Tokyo itu menjadikan jumlah keseluruhan kejuaraan Terbuka Jepun diraih Chong Wei sebanyak lima kali.

“Saya sangat gembira menang kejuaraan ini lima kali dan juga puas hati dengan corak permainan sepanjang minggu ini,"

“Sekarang tumpuan saya untuk melakukan perkara sama menjelang Siri Super Premier Terbuka Indonesia minggu depan (esok),” katanya.

Selain muncul juara 2012 dan tahun lalu, pemain ranking nombor satu dunia itu juga pernah mengungguli takhta pada 2007 dan 2010. Kemenangan ke atas pemain pilihan kelapan itu juga menjadikan Chong Wei gah melakar rekod tahun ini dengan mara ke perlawanan akhir sebanyak enam kali dan muncul juara empat kali. Keempat-empat kejuaraan itu membabitkan Siri Super Premier Terbuka Malaysia, All-England, Siri Super Terbuka India dan terkini Terbuka Jepun. 

Mengimbas kembali perlawanan akhir yang berlangsung selama 34 minit itu, Chong Wei nyata menguasai pertemuan dengan Hu Yun yang tidak begitu mencabar. Bagaimanapun, pemain ranking ke-15 dunia itu sudah mencuba sedaya upaya untuk menyekat Chong Wei terutama pada set kedua namun ternyata pemain kelahiran Bagai Serai, Perak itu berada dalam kelas tersendiri. Kemenangan itu membolehkan Chong Wei membawa pulang trofi dan wang tunai AS$18,750 (RM60,346).

Oleh : Ferzalfie Fauzi [Harian Metro].



Isu Semasa : Salah Seorang Anggota TLDM Pengkhianat Negara

Harian Metro - 16 Jun : Menurut Mohd Razlan Mat Salleh atau nama penanya Rukut-Rukut seorang wartawan, penahanan salah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat laskar kanan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan di Sandakan, Jumaat lalu, cukup mengejutkan.

Tambahnya lagi, betapa tidak, ketika kerajaan berhabis jutaan wang ringgit untuk rakyat bagi membentuk satu pasukan keselamatan khas di Pantai Timur Sabah yang dikenali sebagai ESSCOM, masih ada lagi rakyat yang menongkah arus seperti mencabar Kerajaan.

Menurutnya, apa sebenarnya yang diinginkan oleh anggota tentera laut itu hingga sanggup mencabar kedaulatan negara ? Adakah kerana wang ringgit, harta atau pangkat ? Tambahan pula, beliau turut berkhidmat di bawah ESSCOM. Kini, hanya padah yang menanti kerana polis mengesahkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1), Akta Kesalahan keselamatan.

Terdahulu, operasi khas itu dilakukan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman sebelum berjaya menahan mereka di sebuah rumah. Isu itu turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang meminta pihak berkuasa khususnya polis meneruskan usaha mencegah kegiatan militan daripada berleluasa di negara ini bagi mengelak kejadian pencerobohan di Lahad Datu itu berulang.

Katanya, kerajaan tidak memandang ringan terhadap usaha mana-mana pihak yang cuba mencabar kedaulatan dan keselamatan negara. 


Rujukan :

Harian Metro. 16 Jun 2014. Tiada Maaf Untuk Pengkhianat. Halaman 8.



Sunday 15 June 2014

Piala Dunia 2014 : Germany vs Portugal [Group G]


17 Jun 2014, jam 12:00 t/malam - Perlawanan tumpuan di antara Jerman menentang Portugal dalam kumpulan G. Ketika Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jerman menduduki tempat ketiga setelah menewaskan Uruguay 3-2. Pada tahun 2006, Jerman sekali lagi menduduki tempat ketiga setelah menewaskan Portugal 3-1. Berdasarkan ranking FIFA dan rekod pertemuan sebelum ini, ternyata ia milik Jerman.



Walau bagaimanapun, Portugal tidak boleh dipandang rendah oleh Jerman. Jika Jerman membuat kesilapan dari segi taktikal sepertimana yang dilakukan oleh Sepanyol dan Portugal bermain dengan baik, tidak mustahil Portugal mampu membuat kejutan. Mampukah Portugal membuat kejutan di Stadium Salvador, Brazil nanti ?