Friday 23 May 2014

Piala Thomas 2014 [Akhir] : Sejarah Bakal Tercipta



Pada 25 Mei 2014, sejarah bakal tercipta dalam dunia badminton di mana perlawanan akhir menemukan dua buah negara yang lama tidak memenangi Piala Thomas iaitu Jepun dan Malaysia. Jepun akan menentang Malaysia pada ahad ini. Selama 64 tahun Jepun tidak pernah melayakkan diri ke perlawanan akhir. Jepun melakar sejarah di mana berjaya menundukkan China 3-0 diperingkat separuh akhir. 

Malaysia pula berjaya memenangi piala ini pada tahun 1992. Sejak itu, Malaysia tidak pernah berjaya memenangi Piala Thomas. Di separuh akhir yang kedua, Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 3-0. Perseorangan pertama Malaysia iaitu Datuk Lee Chong Wei berjaya menjinakkan Tommy Sugiarto dalam pertarungan 2 set. Bergu pertama Malaysia pula terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan Hendra Setiawan dan Mohd Ahsan dalam pertarungan 3 set. Dan perseorangan kedua negara Chong Wei Feng tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Hayum Rumbaka. Dengan kemenangan ini, Malaysia berjaya ke perlawanan akhir bertemu dengan Jepun. Mampukah Malaysia menjulang Piala Thomas pada tahun ini ?



Piala Thomas 2014 : Semangat Kamikaze Robohkan Tembok Besar China



Ha! Siapa sangka, di atas kertas dan pilihan utama China telah tewas kepada Jepun 0-3 dalam separuh akhir Piala Thomas 2014 yang berlangsung di India. Sejarah pernah berkata, tidak ada negara yang mampu bertahan bergelar sebagai jaguh atau juara melainkan mengalami zaman kejatuhan. Itu merupakan tanda-tanda awal zaman kejatuhan melainkan China memperkemaskan dan memperbaiki keadaan dalam tempoh 2 tahun lagi sebelum menjelangnya Piala Thomas 2016. China yang amat gah dan sukar ditewaskan akhirnya pasukan Jepun membuktikan bahawa tembok besar China mampu ditumbangkan. 

Semangat Kamikaze dan juang yang tinggi yang dimiliki oleh Jepun mampu mewaskan gergasi badminton iaitu China. Perseorangan pertama China iaitu Chen Long tumbang kepada Kenichi Tago. Kemudian bergu China juga tewas mengejut kepada Jepun. Dan perseorangan kedua China iaitu Du Peng Yu tewas kepada perseorangan Jepun dalam 3 set. Kemenangan ini telah menamatkan penantian Jepun selama 64 tahun untuk beraksi dalam perlawanan akhir. Jepun dijangka akan bertemu Malaysia atau Indonesia yang beraksi pada malam ini jam 8:30. Mampukah negara kita mara ke akhir bertemu dengan Jepun ?