Saturday 25 January 2014

Ekonomi : Harga Ikan dan Sayur Peria naik RM1 (sekilogram)

Harian Metro, Keningau - 26/1/2014 : Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu hingga beberapa kawasan dilanda banjir mengakibatkan kenaikan harga ikan dan sayur di daerah ini. Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga kecil daerah Keningau Hamira Abdullah berkata, harga sayur peria didapati meningkat kira-kira RM1 untuk setiap sekilogram.

"Kenaikan harga mungkin disebabkan musim hujan selain ada jalan raya terputus hubungan akibat banjir yang menjadi punca penjual mengalami kekurangan bekalan. Jika pembekal mampu mengedarkan bekalan seperti biasa, kami yakin harga barangan mentah ini kembali seperti biasa," katanya.

Hamira berkata, apa yang merunsingkan adalah peniaga terpaksa menanggung kerugian apabila barang jualan rosak begitu sahaja selepas gagal dijual. Namun, bekalan seperti terung, kacang buncis, timun dan labu dijual pada harga biasa iaitu RM1.70 sekilogram kecuali sayur peria yang dijual sekitar RM2.70 sekilogram," katanya.

Pengerusi Persatuan Meja Ikan Pasar Umum Keningau, Busu Ungkalis berkata, musim hujan turut menyumbang kepada kekurangan bekalan ikan di pasar itu.


Rujukan :

Harian Metro. 2014. Ikan, Sayur Naik RM1 sekilogram. Halaman 14.


Cuaca : Sejuk Hingga Akhir Bulan

Harian Metro - 26/1/2014 : Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan fenomena cuaca sejuk akan berterusan dengan purata suhu minimum serendah 21 hingga 22 darjah celsius di daerah tertentu sehingga penghujung Januari ini. Antara kawasan yang masih merekodkan suhu sejuk itu ialah Kuala Krai, Alor Star, Baling, Johor Bahru, Batu Pahat, Sibu, Mulu, Butterworth dan Perai.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional Muhammad Helmi Abdullah berkata, meskipun cuaca sejuk itu berterusan, kesannya akan berkurangan menjelang awal bulan Februari. "Suhu minimum dicatatkan itu tidak keterlaluan, semuanya akan kembali normal secara beransur-ansur awal minggu depan. Fenomena ini bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan, ia berlaku berikutan tempias musim sejuk di China," katanya ketika dihubungi semalam. Muhammad Helmi berkata, orang ramai juga tidak harus mempercayai bulat-bulat pelbagai maklumat mengenai perubahan cuaca yang tidak berasas di Internet. "Dapatkan maklumat melalui agensi yang disahkan kredibilitinya, kalau di negara kita, rujuk Jabatan Meteorologi Malaysia. Begitu juga jika ia berlaku di negara luar, rujuk pihak sepatutnya seperti di Indonesia rujuk kepada Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika," katanya.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan suatu terendah di kawasan tanah rendah negara ini yang direkodkan oleh 39 stesen jabatan itu adalah 17.5 darjah celsius di Kuala Krai. Stesen kajian turut merekodkan suhu minimum tertinggi di daerah Mersing, Johor dengan bacaan 24.7 darjah celsius. Secara purata, suhu minimum mingguan kawasan tanah rendah yang diawasi merekodkan bacaan antara 19 hingga 24 darjah celsius.


Rujukan :

Harian Metro. 2014. Sejuk Hingga Akhir Bulan. Halaman 7.



Filem : Laga (Hassan Laga, Otai Sabung Ayam)


Filem Laga mengisahkan penduduk di sebuah kampung yang suka dan menganjurkan permainan sabung ayam sehingga tercetusnya perbalahan sesama sendiri akibat daripada di laga-lagakan oleh Otai Sabung Ayam iaitu Hassan Laga di bawah lakonan (Wan Hanafi Su). 

Walaupun wataknya agak kasar, Hassan mempunyai seorang isteri yang cantik yang bernama (Ayu-lakonan Marsha), dan sikapnya berubah menjadi lembut apabila bersama isterinya. Selama 5 tahun, musuh ketatnya iaitu Dasuki (lakonan-Nasir Bilal Khan) tidak pernah menundukkannya di medan sabung ayam sehinggakan Dasuki berjaya mendesak Hassan Laga menjadikan isterinya sebagai taruhan, manakala Dasuki mempertaruhkan wang RM50000.


Apabila Hassan Laga berjaya memenangi perlawanan itu, beliau akhirnya melagakan Sabri dan Seman agar bergaduh untuk kepentingannya sendiri. Akhirnya, Sabri (lakonan Syazwan Zulkifli) mengetahui bahawa Hassan telah melagakannya dengan rakan karibnya sendiri iaitu Seman (lakonan Eman Manan). Hassan akhirnya mati tertikam diri sendiri ketika bertarung dengan Sabri.

Moral atau nilai yang boleh dipetik dalam filem ini ialah :
  1. Jauhi adu domba iaitu melaga-lagakan orang lain supaya bermusuhan.
  2. Judi adalah haram
  3. Menyeksa binatang dilarang dalam Islam
Jadi, kita perlu menjauhi sikap tersebut.



Friday 24 January 2014

Hiburan : Sandiwara Cinta Semusim (Iklim)


Hari ini, pengkaji menghayati pula lirik nyanyian Sallem (Iklim) pada suatu ketika dulu yang popular era 90-an. Selain Suci Dalam Debu, lagu ini juga sering diputarkan di Radio. Berikut adalah lirik lagu tersebut.

Bila debunga cinta
gugur layu terkulai
sepi menyelubungi
hatiku yang kini melara
pudar bersama masa
cinta semusim kita
yang tak bisa
bertaut kembali

Telah aku menduga
tiada indah mewangi
hanya bersanding dikau
berpura cinta dan abadi
bukan membalas cinta
yang lahir dari hati
mu yang suci
cinta yang abadi

Oh! Tak ku menduga
mengapa bisa terjadi sebegini
ku fikir selama-selama
ini cinta kita hati ke hati
di mana janji mu kata mu
akulah milik mu abadi
Oh! Tak mungkin ini hanyalah
semata-mata sandiwara

Jika itu kehendak mu
mungkin nanti
satu waktu
kau kan kesal
hingga ke hayat mu

Lagu : Syed Amran
Lirik : Wan Zul
Nyanyian : Iklim

Semoga kalian terhibur ...



Monday 20 January 2014

Novel Magis Gabriel Garcia Marquez : Sumpah 7 Keturunan


Pada tahun 1971, karya Gabriel Garcia Marquez sebuah epik realisme magis yang sangat popular di seluruh dunia. Novel ini begitu indah lagi mempersonakan sehingga sesiapa yang pernah menelaahnya tiada lagi perasaan untuk membaca novel lain (Majalah Mastika, 2013). 

Keasyikan membaca 100 years of Solitude yang telah diterjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bertajuk Sumpah 7 Keturunan, menyebabkan Akademi Kesusateraan Sweden memilihnya sebagai pemenang Anugerah Nobel Sastera pada tahun 1982 (Majalah Mastika, 2013). Novel-novel Marquez menggabungkan realisme dan fantasi dalam satu khayal hasil refleksi kehidupan dalam masyarakatnya. Kesukaran memahami karya magis ini sama juga kepada pembaca yang pernah membaca novel Ulysses karya James Joyce (Majalah Mastika, 2013).

Mahakarya ini diterbitkan pada tahun 1967 bertajuk Cien Anos de Soledad telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seluruh dunia menggambarkan kebangkitan dan kejatuhan sebuah kota yang bernama Macondo. Setiap watak yang diketengahkan oleh Marquez sebenarnya cerminan apa yang berlaku kepada senario Columbia era awal 1850-an sehingga 1950-an (Majalah Mastika, 2013).

Plot cerita ini mengikut 7 keturunan salasilah Jose Arcadio Buendia dan Ursula Iguaran, yang disusun secara kronologi mengikut peredaran masa selama 100 tahun. Watak-watak yang diwakili seperti Aureliano Segundo, saudara kembar Jose Arcadio Segundo yang hidup dalam kemewahan dan pembaziran terpaksa menghadapi kesusahan setelah ditimpa bencana hujan dan banjir selama 4 tahun. Watak-watak ini yang mewakili negara Columbia yang mewah pada suatu ketika, tetapi mengalami kemelesetan ekonomi setelah ditimpa bencana. Marquez dikatakan amat rapat dengan mantan Presiden Cuba, Fidel Castro dan pernah meminta pendapat negarawan itu berhubung karya-karya yang hendak ditulisnya.


Rujukan :

Majalah Mastika, 2013. Novel Magis Marquez. Halaman 55.