Tuesday 10 March 2015

Jenayah II : Rumah Kapten Bola Sepak Pahang Ditembak

KUANTAN, 11 Mac [Bernama] - Lima das tembakan dilepaskan ke arah rumah kapten pasukan bola sepak Pahang, Mohd Razman Roslan, di Lorong Kubang Buaya 35 di sini tengah malam tadi, mengakibatkan pecah cermin belakang kenderaan pelbagai guna Toyota Vellfire miliknya yang diletakkan di hadapan rumah.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad, dalam kejadian pada 12.30 tengah malam itu, kapten skuad Tok Gajah berusia 31 tahun itu dilaporkan sedang berehat bersama anggota keluarganya sebelum dikejutkan dengan bunyi tembakan yang dilepaskan secara rambang.

Beliau berkata sejurus selepas mendengar bunyi tembakan, Razman bergegas keluar rumah dan mendapati cermin kenderaan miliknya itu pecah akibat terkena tembakan.

"Bagaimanapun tiada anggota keluarganya yang tercedera dalam kejadian tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata Razman kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan gerakan bagi mengesan pihak yang terlibat dalam kejadian itu telahpun dijalankan.

Katanya motif kejadian juga masih disiasat dan masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian berhubung kejadian itu.

Bagi pengkaji, teringat pula kisah Piala Dunia di USA pada tahun 1994. Pada ketika itu, Andreas Escobar pemain bola sepak Colombia telah ditembak mati hanya kerana menjaringkan gol sendiri ketika menentang USA. Escobar telah ditembak mati dengan 12 das tembakan ketika beliau menaiki keretanya di salah sebuah Car Park di USA. Menurut akhbar di eropah, kematian Escobar itu dikaitkan dengan Bookie. Pada perlawanan di antara Colombia vs USA, ramai bookie memilih Colombia sebagai pemenang. Namun, sebaliknya pula yang berlaku di mana Colombia tewas dalam perlawanan itu.

Rujukan : 

BERNAMA