Saturday 26 July 2014

Cerpen : Nur Arsenaliah


Anak kecil berkulit sawo matang dan bertudung putih dari jauh kelihatan tersenyum. Setiap hari, sementara menunggu bas untuk pulang ke rumahnya, ketika terserempak dengan aku dan anak-anak yang sedang berjalan kaki, Aminah pasti melemparkan senyuman manisnya. Aku membalas dengan sekuntum senyuman yang manis juga. Aku tahu, senyuman cerianya itu sebenarnya di tujukan kepada kawan sekelasnya iaitu Nur Arsenaliah. Aku menoleh ke kiri. Sedikit terkejut apabila melihat wajah Nur yang masam mencuka. Senyuman Aminah langsung tak diendahkannya. "Kenapa Nur tak senyum kepada Aminah tadi ?" Aku bertanya. Aku sengaja tekankan nada suara sebagai tanda kurang setuju dengan perbuatannya itu." Malaslah papa, Aminah selalu je menang bila kami main catur kat sekolah bila aktiviti ko-kum. Nur tak puas hati lah papa, asyik kalah je," mendengar itu, aku diam. Ada sesuatu yang aku fikirkan.

Bila waktu malam menyapa selepas makan malam bersama keluarga, aku memanggil Nur untuk bermain catur. Dengan tak semena-mena,"check," Nur melafazkan kata-kata (peringatan) itu kepadaku. Aku menggerakkan bishop untuk melindungi king. Tengah asyik bermain catur, tiba-tiba Nur bersuara, "Papa, kat sekolah tadi ada Ustaz bagitau, kalau kita mati, hanya tiga amalan saja kita bawa ke dalam kubur," betul ke papa ?" Betul lah tu ustaz cakap. Balasku. "Tapi kan papa, kalau kita mati nanti, ke mana kita pergi selepas kita mati Papa ? Aku tergamam dengan pertanyaan Nur. Aku terhenti menggerakan queen. Aku meletakkan semula queen itu di tempat asalnya sambil aku memandang wajah anakku. Nur, jawapannya itu ada dalam permainan ini. "maksud papa ?" Ha! Nanti kita sambung lagi ekh. Jom pi tidur, dah lama dah mami tunggu kat atas, kan ?" jom balas Nur.

Ke esokan harinya, aku dan Nur meneruskan bermain catur yang terhenti semalam." Papa, siapa yang jalan dulu ni ?" Tanya Nur padaku."Giliran papa kan,?" jawabku. Nur mengangguk tanda setuju. Aku mematikan bishop Nur dengan menggunakan queen. "Papa, kenapa papa guna queen,? knpa tak guna Knight?" Aku tersenyum sambil memandang wajah anakku. Cuba tengok, kalau papa guna knight, papa kena checkmate kan? Jadi, papa kena korbankan queen demi menyelamatkan king. Ha! Dalam kehidupan kita seharian, kadang-kadang kita perlukan pengorbanan juga tau, tak kira wang, masa, tenaga atau nyawa sekalipun." Jelasku pada Nur. "Oh! Begitu ekh papa," Balas Nur. Selang beberapa minit kemudian, pawn yang aku gerakkan akhirnya aku berjaya mendapatkan semula queen."Eh! papa, kalau pawn sampai petak hujung ni, boleh tukar ke ?" Ia. Itu lah sebenarnya taktik catur. balasku. "Tak aci lah, papa" rungut Nur. "Mana pula, tak aci.." Rileks lah. Nur masih lagi tidak berpuas hati dengan keadaan itu.

Dalam situasi yang tegang itu, aku mengungkit persoalannya sebelum ini. Nur nak tahu kan ke mana kita pergi selepas kita mati ? Ha!, andaikan kita ni queen tadi, bila queen mati, dan queen tadi akan dihidupkan semula oleh pawn yang masih berjuang. Begitu juga halnya dalam Islam, bila kita mati, kita akan dibangkitkan semula di Padang Mahsyar untuk di adili oleh Allah s.w.t setelah tiupan sangkakala yang kedua berkumandang." Terangku kepada Nur. "Oh begitu!, maknanya kita akan dibangkitkan semula ekh papa dari kubur," Ia balas ku pada Nur. ‎"Check," ucap Nur. Aku menggerakkan king ke sebelah kiri. "Yeah, queen papa mati lagi," Nur mematikan queen ku buat kali kedua. Sekarang Papa ada king saja. Nur ada knight dan rook," Nur tak putus-putus melafazkan check. Ternyata Ending gamenya masih lemah, bisikku. Akhirnya, Nur bersorak, checkmate! checkmate!, Eh! ini bukan checkmate lah, ini keputusannya draw. "Cuba tengok, Nur tak check king papa kan,?" Tapi king papa tak leh gerak. So, game ini draw!. "Ala ... Tapi kan papa, Aminah selalu kata, kalau game macm ni, king yang tak leh gerak akan kalah," Itu tandanya, Nur dan aminah draw!. Ye ke papa ?. "Ia, balasku". Sejak hari itu, Nur Arsenaliah dan Aminah telah berkawan rapat.

"Nur Arsenaliah ... !"

Panggilan itu menyebabkan Nur Arsenaliah tersentak dari lamunan. Ingatan Nur Arsenaliah pada zaman lampaunya terhenti apabila suaminya datang menyapanya. Pada pagi syawal yang indah itu, kedengaran burung-burung berkicauan. Kelihatan juga manusia begitu gembira menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi bagi Nur, kenangan lampaunya masih bergema di mindanya. Pesan ayahnya, kehidupan ini umpama catur. Selepas membaca Al-fatihah dan surah yassin, mereka beredar meninggalkan Tanah Perkuburan orang Islam Kampung Sri Mawar. 



Monday 21 July 2014

BPL 2014/2015 : 4 Pemain Arsenal Dilepaskan Oleh Arsene Wenger


BPL musim 2014/2015 tidak lama lagi akan bermula iaitu pada 16 Ogos 2014.  Pengurus Arsenal iaitu Arsene Wenger telah merombak pemainnya setelah berjaya memenangi FA Cup 2014. Nicklas Bendtner telah dilepaskan oleh Arsenal selepas 9 tahun berada di kelab itu.

Pemergian pemain Denmark berusia 26 tahun itu disahkan oleh The Gunners dan beliau kini boleh diperoleh menerusi perpindahan percuma. Bendtner menyertai senarai pemain yang meninggalkan Stadium Emirates musim panas ini termasuk Bacary Sagna, Lukasz Fabianski dan Zak Ansah, yang sudah melengkapkan perpindahan tetap masing-masing.
  1. Bacary Sagna - Ke Manchester City
  2. Lukasz Fabianski - Ke Swansea City
  3. Zak Ansah - Charlton Athletic
Walau bagaimanapun, dua pemain baru telah pun menandatangani kontrak untuk menyertai The Gunners musim 2014/2015. Mereka ialah :
  1. Alexis Shancez - dari Barcelona  
  2. Mathiew Debuchy - dari Newcastle United
Dua pemain lagi turut dibida oleh Arsene Wenger iaitu :
  1. Sami Khedira - dari Real Madrid
  2. Mario Balotelli - dari AC Milan