Saturday 17 May 2014

The FA Womens Cup 2014 : Arsenal Ke Final vs Everton



11 May 2014 - Seminggu yang lalu, Juara bertahan Piala FA kategori wanita iaitu The Young Ladies [Arsenal] sekali lagi melangkah ke perlawanan akhir setelah menewaskan Chelsea dengan jaringan 5-3. Minit ke-69, Chelsea dihadapan dengan jaringan Ji-So Yun. Seminit kemudian, Arsenal menyamakan kedudukan menerusi Kelly Smith. Minit ke-85, sekali lagi The Blues dihadapan menerusi jaringan Ogimi. Seminit kemudian, sekali lagi Kelly Smith menyamakan kedudukan [2-2]. Keputusan ini berlarutan ke masa tambahan.

Minit ke-93, Arsenal didepan melalui sentuhan Carter. Minit ke-99, Ohno menjaringkan gol ke-4 buat Arsenal. Minit ke-104, Aluko [Chelsea] merapatkan jurang dan minit ke-109, Stoney meletakkan The Gunners selesa dengan 5-3. Sehingga wisel penamat, Arsenal Ladies melangkah ke final bertemu dengan Everton pada 1 Jun ini. Mampukah The Young Ladies [Arsenal] mempertahankan kejuaraan ?



Community Shield Cup 2014/2015 : Manchester City vs Arsenal



Piala Sumbangsih atau perlawanan pembukaan BPL musim 2014/2015 menemukan juara BPL 2013/2014 dan juara Piala FA. Ini bermakna Manchester City akan bertemu dengan Arsenal pada perlawanan Community Shield Cup 2014/2015 di Wembley Stadium.


Pertemuan ini akan dijangka pada 16 Ogos 2014. Manchester City yang telah mengakhiri 2 piala musim ini iaitu Capital One Cup dan BPL sudah pastinya ingin memburu lagi kejuaraan pada musim 2014/2015. Manakala, The Gunners pula yang telah menamatkan kemarau tanpa piala sudah tentunya kemenangan Piala FA ini telah memberi suntikan dan motivasi untuk menjadi pencabar BPL nanti sekaligus cuba menyaingi Manchester City. Dengan kemenangan Piala FA ini, Arsene Wenger telah menandatangani contract setahun lagi buat Arsenal.

BPL 2013/2014 :
Community Shield : Manchester United
FA Cup : Arsenal
BPL : Manchester City
Capital One Cup : Manchester City


FA Cup 2014 : Arsenal Juara



FA Cup 2014 sudah pun berakhir dengan kemenangan Arsenal [The Gunners] menewaskan Hull City 3-2 dalam masa tambahan. Sebelum itu, Hull City dihadapan pada minit ke-4 melalui Chester. 4 minit kemudian, Davies meletakkan Hull City-2 , Arsenal-0. Minit ke-17, Arsenal merapatkan jurang melalui sepakan percuma oleh Santi Cazorla. Separuh masa pertama berkedudukan Arsenal-1, Hull City-2.

Di separuh masa kedua, Arsenal memperkemaskan permainan. Hasilnya, pada minit ke-72 Arsenal telah menyamakan kedudukan melalui Koscielny. Sehingga wisel penamat, kedudukan terikat dengan 2-2. Setelah beraksi di masa tambahan, Arsenal memanafaatkan peluang yang sedia ada. Pada minit ke 109, Aaron Ramsey meletakkan Arsenal di hadapan dengan 3-2. Pada minit ke-120, pengadil telah menamatkan perlawanan dan Arsenal muncul juara Piala FA 2014 sekaligus menamatkan kemarau tanpa piala sejak 2005.


Thursday 15 May 2014

Catur III : Asas Dalam Catur Dan Nilai



Dalam permainan catur, ia terbahagi kepada tiga fasa iaitu permulaan (Opening), pertengahan (Middle) dan pengakhiran (Ending). 
  1. Fasa pertama, pemulaan : Dalam fasa ini, pemain perlu bijak iaitu bagaimana pemain memulakan sesuatu permainan ? Misalnya, mula dengan bidak (pawn) ditengah, bidak ditepi atau pun mula dengan  kuda (knight). Menurut beberapa tokoh pencatur dunia seperti Garry Kasparov, jika pemain bermain warna putih, mulakanlah pawn ditengah (english opening), ataupun (sicillian opening) iaitu memulakan pawn dihadapan bishop yang berada di king side. Dalam catur, permulaan adalah sangat penting. Begitu juga dalam kehidupan kita seharian, kita perlu memulakan langkah kanan ketika keluar dari rumah. Juga bertawakal kepada Allah s.w.t.
  2. Fasa kedua, pertengahan : Apabila pemain sudah memulakan sesuatu permainan, pemain perlu mengatur strategi, taktikal dan serangan. Biasanya, pemain yang bermain warna putih sinonim dengan attacking iaitu menyerang. Manakala warna hitam pula, sinonim dengan bertahan dan melakukan counter attack iaitu (serangan balas) jika ada peluang untuk menyerang. Tetapi, bertahan sepanjang masa adalah tidak disyorkan melainkan mempunyai kubu pertahanan yang kuat. Begitu juga dalam kehidupan kita seharian, diusia muda kita ini, habiskanlah usia kita ke jalan yang baik iaitu melakukan perintah Allah s.w.t dan meninggalkan yang dilarang.
  3. Fasa ketiga, pengakhiran : Dalam fasa ini, pemain perlu tahu taktikal bagaimana mematikan gerak langkah king lawan. Jika tidak, kebarangkalian akan berlaku stalemate atau seri. Ending yang kuat sudah pastinya membuahkan kejayaan. Begitulah sebaliknya. Dalam kehidupan kita seharian, apabila tiba saat kematian kita, dan kita berjaya mengucap dua kalimah syahadah, sudah tentunya kita mendapat tiket untuk ke syurga.
Kesimpulannya :
  1. Alangkah indahnya jika permulaan hidup kita baik, pertengahan hidup kita baik dan pengakhiran hidup kita juga adalah baik.
  2. Alangkah beruntungnya jika permulaan hidup kita tidak baik, pertengahan hidup kita tidak baik tetapi pengakhiran hidup kita adalah baik.
  3. Alangkah ruginya jika permulaan hidup kita baik, pertengahan hidup kita baik tetapi pengakhiran hidup kita tidak baik.
  4. Dan alangkah malangnya jika permulaan hidup kita tidak baik, pertengahan hidup kita tidak baik dan pengkahiran hidup kita juga adalah tidak baik.


Wednesday 14 May 2014

Tongkat Warrant Vs Tongkat Besi


Tongkat Warrant,
Setelah berkali-kali ku baca sajakmu
Engkau bukan lagi sebagai sahabatku
Engkau adalah guru
Yang mengajar bahasa kepada anak-anak kami
Bahasa penyair Melayu yang jernih, lembut dan halus
Tetapi lebih dari itu, berisi sopan santun akal budi
Suara kemanusiaan yang terlintas, miskin dan hina
Tanpa prasangka warna, bangsa dan agama
Inilah mahkota tertinggi dalam segala seni
[Baha Zain]

VS

 Tongkat Besi
Setelah aku mengenalimu
Engkau bukan manusia biasa
Engkau hanyalah sebatang tongkat
Sebatang tongkat yang diperbuat daripada besi
Besi yang bukan berkarat!
Besi yang bukan besi buruk!
Tetapi besi yang berani
Lambang kemashyuran di zaman lampau
[Tongkat Besi]


Monday 12 May 2014

English Championship : Play Off Final - Derby County vs QPR



English Championship 2013/2014 - Satu slot lagi ke BPL musim 2014/2015 bakal direbut oleh Derby County, Brighton & Hove Albion, Wigan dan QPR. Di separuh akhir I dan II, Derby County layak ke final setelah berjaya menewaskan Brighton & Hove Albion 6-2 secara aggregate. 


Manakala, skuad bimbingan Harry Redknapp iaitu QPR berjaya menewaskan Wigan dengan jaringan 2-1 selepas masa tambahan. kedua-dua pasukan ini terikat 1-1 dan berlanjutan ke masa tambahan. Pada saingan diseparuh akhir I, kedua-dua kelab ini seri tanpa jaringan. Walau bagaimanapun, di separuh akhir II QPR berjaya menewaskan Wigan sekali gus akan bertemu dengan Derby County di Stadium Wembley pada 24 Mei ini. Kelab yang berjaya akan beraksi di BPL musim 2014/2015. Mampukah QPR beraksi semula ke BPL ?


BPL III : Tottenham Layak Ke Play Off Europa League


Semalam, seperti Liverpool juga, Manchester United mengharapkan Tottenham tewas kepada Aston Villa. Namun, harapan Manchester United itu telah berkecai apabila Tottenham berjaya menjinakkan Aston Villa dengan jaringan 3-0. Dengan kemenangan itu, Tottenham layak ke Play Off Europa League sekali gus meranapkan impian Ryan Giggs jurulatih sementara Manchester United. Selain Tottenham, satu kelab lagi iaitu Everton telah mengesahkan tempat ke Europa League musim 2014/2015. Roberto Martinez telah membawa perubahan kepada Everton dan hasilnya amat membanggakan. Everton telah menamatkan liga di tangga ke-5 manakala Manchester United telah menduduki di tangga yang ke-7. Satu prestasi yang amat mendukacitakan buat Manchester United. Walau bagaimanapun, pada musim 2014/2015 sudah pastinya The Red Devils akan bangkit dan menebus semula kegagalan mereka. 


Sunday 11 May 2014

BPL II : Manchester City Juara BPL 2013/2014



Semalam, siapa sangka The Citizens [Manchester City] menjuarai BPL musim 2013/2014 buat kali kedua. Sebelum itu, pasukan bimbingan Manuel Pellegrini telah menewaskan West Ham United dengan jaringan 2-0 hasil jaringan Samir Nasri dan Vincent Kompany. Manchester City hanya memerlukan seri sahaja untuk memastikan mereka muncul juara buat kali kedua.

Sementara itu, pasukan The Reds [Liverpool] telah menewaskan Newcastle United 2-1. Namun kemenangan itu tidak bermakna buat Brendon Rodgers kerana The Reds mengharapkan Manchester City kalah dalam perlawanan itu. Dengan tamatnya perlawanan itu, maka BPL 2013/2014 telah pun melabuhkan tirainya semalam dan akan beraksi semula pada bulan Sepetember 2014 ini.