Friday 4 September 2015

Analisis : Tindakan Dollah Salleh Adalah Professional


Beliau membuat keputusan untuk melepaskan jawatan yang disandangnya itu sejak 28 Jun, 2014 kerana berasa bertanggungjawab di atas kekalahan mengaibkan skuad negara tumpas 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Mohammed Bin Zayed, UAE, semalam.

Dollah berkata beliau sudah memaklumkan keputusannya itu kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin melalui perbualan telefon pagi tadi.

"(Keputusan meletak jawatan itu) muktamad. Saya sudah berbincang perkara ini dengan Datuk Hamidin dan semuanya berjalan lancar," kata Dollah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, malam ini.

Dollah mengakui beliau terkilan kerana menamatkan karier selaku pengendali skuad kebangsaan dengan keputusan perlawanan yang teruk.

Kekalahan 10-0 skuad negara itu adalah yang terbesar dalam mana-mana perlawanan antarabangsa.

Sambil itu, Dollah tidak menyangka UAE mampu melakar jaringan besar ke atas skuad Harimau Malaya pada perlawanan berkenaan walaupun pemain negara berusaha menyerap asakan bertali arus pasukan kendalian Mahdi Ali itu.

"Saya tidak boleh salahkan pemain dan saya kena terima keputusan perlawanan.

"(Ketua pasukan Pahang), Mohd Razman Roslan meminta saya tunggu sehingga perlawanan seterusnya menentang Arab Saudi tetapi saya cakap tak boleh teruskan lagi," kata Dollah.

Malaysia dijadualkan menentang Arab Saudi pada aksi keempat Kumpulan A pada 8 September ini di Stadium Shah Alam.

"Mengenai pengganti saya untuk perlawanan menentang Arab Saudi, saya serahkan perkara itu kepada FAM," kata Dollah.

Jurulatih berusia 51 tahun itu bukanlah nama asing dalam bola sepak tanah air kerana membantu beberapa pasukan tempatan menjulang pelbagai kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia, sehingga digelar jurulatih yang mempunyai sentuhan ajaib.

Pencapaian terbaik Dollah sebagai jurulatih adalah pada 2005 ketika membawa pasukan Selangor bergelar juara treble - Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.

Beliau membimbing 4 pasukan dalam Liga Perdana untuk berada di kedudukan teratas iaitu MPPJ FC (2004), Selangor (2005), Pahang (2012) dan PDRM (2014) mara ke saingan Liga Super.

Untuk rekod, Dollah dilantik oleh FAM pada Jun 2014 setelah badan induk itu memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang tamat pada 31 Disember, 2013 (Bernama, 4 September, 2015).

Pada pandangan pengkaji pula, ini bukan perkara yang mengejutkan. Jika kita lihat jurulatih diluar negara, apabila mereka gagal melaksanakan sesuatu misi mereka akan meletak jawatan misalnya Fillipe Scholari jurulatih Brazil yang kalah dengan pasukan Jerman 0-7 dalam kempen Piala Dunia 2014 telah meletak jawatan. Tindakan tersebut adalah professional dan dihormati. Begitu juga dengan David Moyes yang mengambil tindakan professional meletak jawatan berikutan kegagalannya mengemudi pasukan kelab gergasi England iaitu Manchester United. Tindakan mereka tersebut adalah professional dan sangat dihormati.

"Dollah Salleh hari ini meletak jawatan selaku ketua jurulatih skuad Harimau Malaya berikutan kekalahan memalukan pasukan negara pada perlawanan ketiga Kumpulan A Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019." [Bernama, 2015].


Rujukan :

Bernama 4 September 2015. Dollah Salleh Letak Jawatan Susulan Kekalahan 0-10 Ke atas UAE.


Analisis : Barack Obama


Barack Obama dilahirkan di Pusat Perubatan Kapi'olani Wanita dan Kanak-kanak di Honolulu, Hawaii, oleh ibunya Ann Dunham, seorang wanita kulit putih dari Wichita, Kansas yang berdarah Inggeris dan Irish pada 4 Ogos 1961. Ayahnya pula berketurunan Luo dari Kenya.

Setelah beliau berkecimpung dalam dunia politik, pada 5 November 2008 Barack Obama berjaya mengalahkan John Mc Cain untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-44, sekaligus sebagai Presiden kulit hitam pertama di negara tersebut. George W. Bush dan pemerintah dari Parti Republik juga berjaya dikalahkan. Namun bagaimanakah Barack Obama melakukannya ? (Jamie King, 2010).

Menurut Jamie King 2010, para ahli teori mengatakan bahawa berjayanya Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 merupakan konspirasi dari sosialis yang dirancang oleh sekelompok pemodal Yahudi yang mempunyai hubungan dengan dinasti Rohtschild yang berpengaruh dan berkuasa. Mastermind dalam strategi ini ialah George Soros yang berfahaman liberal yang disokong dan ditaja oleh keluarga Rohtschild. George Soros telah membantu Barack Obama dalam kempen pilihanraya menentang John Mc Cain dari Parti Republik. Selain George Soros, ada sesetengah berpendapat bahawa keluarga John F. Kennedy juga telah memberi dana dan sokongan kepada Barack Obama.

Selepas Mc Cain dicalonkan sebagai calon presiden dari Republikan, tiga debat presiden dibuat di antara pesaing sepanjang bulan September dan Oktober 2008. Pada bulan November, Obama menang jawatan presiden dengan 52.9% undi popular berbanding 45.7% bagi Mc Cain; dan 365 undi pemilih berbanding 173 yang diperoleh Mc Cain. Barack Obama menjadi rakyat Afrika Amerika pertama dipilih sebagai presiden; beliau menyampaikan ucapan kemenangan di hadapan ratusan ribu penyokong di Taman Grant di Chicago.


Rujukan :

Jamie King 2010. 111 Konspirasi Menghebohkan Dunia. Jakarta : Penebar Swadaya Grup.