Saturday 19 April 2014

Sukan VI : Bundes Liga, Seri A, French Ligue, BPL dan La Liga

Bundes Liga 2013/2014 atau Liga Jerman 2013/2014 telah pun diketahui awal di mana kelab Bayern Munich sah juara Bundes Liga musim 2013/2014 walaupun perlawanan di Bundes Liga belum berakhir.


Di Liga Perancis, Paris Saint Germain - PSG hanya memerlukan 2 kemenangan untuk bergelar juara. Liga Perancis berbaki 5 perlawanan lagi dan PSG dicabar oleh AS Monaco dengan perbezaan 10 mata. Carlo Anceloti optimis mereka mampu muncul juara dan mengekalkan persembahan konsisten pada musim ini.

Di Seria A pula, dengan berbaki 4 perlawanan Juventus FC hanya memerlukan 1 kemenangan dan 1 seri sahaja untuk juara Liga Itali musim 2013/2014. Juventus dicabar hebat oleh AS Roma dengan perbezaan 8 mata.

Manakala BPL 2013/2014 nampaknya semakin sengit. Dengan tewasnya Chelsea semalam 1-2 ditangan Sunderland, nampaknya peluang Chelsea untuk juara BPL semakin tipis. The Blues perlu menewaskan Liverpool pada perlawanan minggu hadapan sekiranya Jose Murinho ingin menjuarai BPL musim ini. Manchester City pula mengintai peluang mengharapkan Liverpool tumpas minggu hadapan ataupun sekurang-kurang seri dengan Chelsea, maka peluang Manchester City untuk muncul juara adalah cerah.

Di La Liga pula tidak kurang hebatnya, Atletico Madrid nampaknya mendahului Liga setakat ini diikuti rapat oleh Real Madrid dan Barcelona. Atletico Madrid (82 mata), Real madrid (79 mata) dan Barcelona (78 mata) dengan berbaki 4 perlawanan sahaja lagi. Jika Atletico Madrid konsisten dalam setiap perlawanan, maka tidak mustahil sejarah akan tercipta di La Liga musim ini.



Sukan V : Copa Del Ray, German Cup, FA Cup, Coppa Italia Dan French Cup


3 hari yang lalu - The Catalan [Barcelona] juara bertahan Copa Del Ray tewas kepada Real Madrid. Pertembungan El-Classico [Klasik] akhirnya milik Real Madrid dengan jaringan 2-1. 

Di liga Jerman pula, German Cup 2014 menemukan kelab Borussia Dortmund menentang Bayern Munich pada 18 Mei nanti. 

Piala FA Inggeris 2014 pula menyaksikan pertemuan di antara Arsenal menentang Hull City juga pada 18 Mei.

Manakala Coppa Italia 2014 menemukan Fiorentina FC menentang Napoli FC pada 3 Mei 2014 dan Piala Perancis menemukan Kelab Rennes yang akan menentang Kelab Guingamp pada 4 Mei nanti.

Kelab manakah yang akan bergelar juara nanti ?




Wednesday 16 April 2014

Sukan IV : Sejarah Arsenal Bersama Arsene Wenger (1996)


Hari ini, pengkaji beralih arah pula ke dunia sukan iaitu Liga Perdana Inggeris. Pengkaji menumpukan satu kelab gergasi di England iaitu Arsenal juga dikenali sebagai The Gunners. Sejak Arsene Wenger menjadi manager Arsenal pada tahun 1996, Arsenal telah melakar sejarahnya yang tersendiri. Arsene Wenger merupakan berbangsa Perancis dan pakar taktikal selain Sir Alex Ferguson, Jose Murinho dan Pep Guardiola. Berikut adalah serba sedikit kejayaan dan kegagalan yang dilakar oleh Arsene Wenger bersama Arsenal.
  1. Rekod Tanpa Kalah / Unbeaten - Arsenal digelar sebagai The Invincibles iaitu melakar 49 perlawanan tanpa kalah pada tahun 2003/2004.
  2. Layak Ke Champions League sejak 1996 hingga sekarang 2015 - Arsenal tak pernah missed untuk beraksi ke Liga Juara-Juara [Eropah] sejak 1996. Dalam Liga Perdana Inggeris, Arsenal menamatkan persaingan dalam Top Four.
  3. Bermusuh dengan kelab Tottenham [kegagalan].
  4. Membolehkan Theirry Henry menjadi pemain penjaring terbanyak di Liga England pada tahun 2000/2001, 2001/2002, 2003/2004, 2004/2005 dan 2005/2006 dengan jumlah jaringan 228 gol.
  5. Kemarau tanpa piala selama 7 tahun iaitu sejak 2006 [kegagalan].
Kali ini, BPL 2013/2014, Arsenal sekali lagi bersaing ke slot Champions League bersama-sama dengan Everton. Jika dicongak 4 baki perlawanan :
  1. Arsenal : vs Hull City, Newcastle United, West Bromich dan Norwich City
  2. Everton : vs Crystal Palace, Manchester United, Southampton dan Manchester City
Terbaru, Arsenal telah menewaskan West Ham United 3-1 dengan 67 mata dan Everton akan menentang Crystal Palace pada pagi ini dengan 66 mata. Selain itu, Arsenal juga telah melayakkan ke final dalam Piala FA yang akan dilangsungkan pada 17 atau 18 Mei nanti menentang Hull City di Stadium Wembley. Mampukah The Gunners memenangi perlawanan akhir Piala FA tersebut dan mengisi slot ke Liga Juara-Juara Eropah ?



Monday 14 April 2014

Sukan III : Barclays Premier League Semakin Sengit


Hari ini, pengkaji memaparkan pula kisah BPL 2013/2014 yang berbaki 4 perlawanan sahaja lagi. Terbaru, Liverpool telah menewaskan Manchester City 3-2 sekaligus menghuni tangga teratas setakat ini iaitu 77 mata. Diikuti oleh pasukan The Blues [Chelsea] dengan 75 mata dan Manchester City 70 mata tetapi kendalian Manuel Luiz Pelligrini ini kurang 2 perlawanan. Jika dicongak, Manchester City berada ditangga kedua dengan 76 mata dengan syarat memenangi 2 perlawanan tersebut.

Kini, liga perdana Inggeris semakin sengit di mana pertempuran 3 penjuru iaitu Liverpool, Manchester City dan Chelsea. Segala-galanya akan terjawab apabila Liverpool vs Chelsea nanti iaitu perlawanan ke-36. Secara matematiknya dengan baki 4 perlawanan :

Liverpool : vs Norwich City, Chelsea, Crystal Palace dan Newcastle
M. City : vs Sunderland, Aston Villa, West Bromich, Crystal Palace, Everton dan West Ham United
Chelsea : vs Sunderland, Liverpool, Norwich City dan Cardif City

Dilihat pertemuan di atas, Manchester City berkelebihan kerana menentang pasukan underdog. Jika Liverpool membuat kejutan di Anfield nanti, maka Brendan Rodgers bolehlah menarik nafas lega kerana kejuaraan hampir milik mereka.