Thursday 24 April 2014

Kisah Tauladan II : Segenggam Kopi



Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda tinggal disebuah kampung. Hidupnya penuh dengan keperitan, stress memanjang, hutang keliling pinggang, keluarga porak-peranda dan macam-macam masalah. Dengan kehidupan yang mendesak itu, lalu pemuda itu mengambil keputusan untuk membunuh diri. Ketika beliau berada di sebatang sungai, pemuda itu sedar bahawa tindakannya itu adalah tidak wajar malah berdosa besar. Beliau kemudiannya membuat keputusan untuk berjumpa dengan pakar kaunseling.

Keesokan harinya, ketika beliau berhajat untuk menemui pakar kaunseling, secara tiba-tiba beliau terserempak seorang lelaki tua di hadapan rumahnya. Pemuda itu pun menjemput lelaki tua itu masuk ke rumahnya. Kemudian, pemuda itu menceritakan masalahnya kepada lelaki tua itu. Lelaki tua itu meminta pemuda mengambil segenggam kopi dan segelas air. Selepas itu, lelaki tua itu meminta pemuda itu memasukkan segenggam kopi ke dalam gelas yang berisi air. Kemudian, lelaki tua itu meminta pemuda itu meminum air kopi tersebut. Pemuda itu pun berkata, "rasa kopi ini amat pahit".

Lelaki tua itu tersenyum melihat gelagat pemuda itu. Selepas itu, lelaki tua itu mengajak pemuda itu keluar lalu menuju ke sebuah perigi sambil membawa segenggam kopi lagi. Kemudian, lelaki tua itu pun meminta pemuda itu mencampakkan kopi itu ke dalam perigi. Selang beberapa minit kemudian, lelaki tua itu meminta pemuda itu memutarkan tombol perigi itu agar kopi itu bercampur dengan air perigi tersebut lalu lelaki tua itu meminta pemuda itu meminum secawan air dari perigi itu. Pemuda itu pun berkata, "rasa kopi ini tidak pahit."

Lelaki tua itu pun tersenyum lalu menerangkan kepada pemuda itu bahawa masalah yang kita hadapi ini seperti kopi itu tadi. Walau sepahit kopi yang kita rasa, jika kita tuangkan ke dalam bekas yang besar kopi itu tidak rasa pahit. Begitulah juga dengan masalah kita. Segenggam kopi itu merujuk kepada masalah. Manakala bekas itu pula merujuk kepada hati manusia. Jadi, jika kita ada masalah, besarkanlah hati kita, lapangkanlah jiwa kita dan terima musibah itu dengan berlapang dada yakni bersabar. Jika kita bersabar, pasti kita mendapat rahmat dari-Nya.

Tinta Oleh Tongkat Besi



Tuesday 22 April 2014

Info II : Pengurus JDT II [On Jabar] Tumbuk Pengadil



JOHOR BAHRU - Pengurus Johor Darul Ta'zim II, On Jabar mencetuskan kegemparan malam tadi apabila menumbuk muka pengadil, Sukri Abd. Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukannya dengan UiTM di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang berkesudahan seri 2-2 malam tadi.

Ketika pemain kedua-dua pasukan hendak meninggalkan padang, On Jabar secara tiba-tiba menumbuk muka Sukri sebelum mereka disuraikan dan beliau dibawa keluar dari padang dengan diiringi pihak polis. Selain itu, segelintir peminat turut mendakwa pihak pengadil tidak menjalankan tugas dengan adil apabila terdapat beberapa keputusan yang dibuat tidak memihak kepada pasukan tuan rumah.

Beberapa ratus penyokong JDT II turut berkumpul di perkarangan pintu masuk orang kenamaan (VIP) manakala segelintir daripada mereka mendesak pengadil untuk keluar dan memohon maaf kepada mereka. Pengulas sukan, Serbageth Singh bertindak bertemu dengan penyokong yang berkumpul di luar stadium dan bertindak menenangkan mereka. "Setiap tindakan yang dibuat akan menimbulkan reaksi, jadi saya berharap semua pihak bersabar," katanya.

Sungguhpun demikian, beliau menjelaskan memang terdapat beberapa keputusan pengadil yang tidak tepat semasa permainan berlangsung. Tidak lama selepas Serbegeth beredar, penyokong yang berkumpul turut bersurai.

Pada pandangan pengkaji pula, tindakan itu amat tidak wajar berlaku. Tindakan itu telah menjatuhkan imej Bola Sepak negara. Terimalah kenyataan bahawa keputusan pengadil adalah muktamad. Jika diimbau sejarah lampau, Pengurus England telah menyelar jaringan Maradona dalam Piala Dunia suatu ketika dulu kerana menjaringkan gol menggunakan tangan. Tetapi keputusan pengadil adalah muktamad. Begitu juga jaringan Frank Lampard ketika menentang Jerman dalam Piala Dunia di Afrika Selatan 2010 tidak disahkan oleh pengadil tetapi bola itu jelas masuk ke gawang gol. Apa pun, terimalah hakikat bahawa keputusan pengadil adalah muktamad, bukan pula menumbuk pengadil.


Sumber : Akhbar Utusan Malaysia.



Sukan VIII : Pengurus Manchester United Dipecat ?



Pengurus Manchester United iaitu David Moyes dikatakan meninggalkan Old Traford semalam berikutan kekalahan Manchester United ditangan kelab lamanya iaitu Everton sebelum menggantikan Sir Alex Ferguson. Kekalahan di Goodison Park gelanggang keramat [Everton] dengan jaringan 0-2 menyebabkan David Moyes mengambil keputusan untuk meninggalkan Manchester United. Dalam laman Twitter Kelab Manchester United semalam telah memaklumkan bahawa David Moyes telah meninggalkan kelab itu.

Manchester United announced that David Moyes has left the club.

Sebelum ini, David Moyes telah menggantikan Sir Alex Ferguson ekoran pengunduran Sir Alex Ferguson dari kelab itu. Hampir 10 bulan David Moyes mengemudi Manchester United namun tiada kejayaan yang dibanggakan malah The Red Devils kini menghuni tangga ke-7 dalam carta BPL dan tersingkir dari Liga Juara-Juara [Champions League] buat kali pertama. Ini merupakan sejarah paling buruk buat Manchester United kerana sebelum ini bersama dengan Sir Alex Ferguson, Manchester United tak pernah ketinggalan untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara.

Selain itu, Manchester United juga dikalahkan oleh Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara [Suku Akhir], tewas mengejut dalam saingan Piala FA ditangan Swansea pada peringkat pusingan ketiga dan tewas dengan Sunderland 1-2 dalam saingan Capital One Cup [separuh akhir]. Walau bagaimanapun, David Moyes telah berjaya meraih Piala Sumbangsih [Community Shield] dengan menewaskan Wigan dalam kempen perlawanan pembukaan BPL 2013/2014.

Adakah dalam laman Twiteer itu hanya spekulasi semata-mata ataupun benar belaka ?




Sukan VII : Leicester City dan Burnley Ke BPL 2014/2015


                                                                Leicester City

Hari ini, English League Championship 2013/2014 hampir ke penghujungnya. Leicester City dengan berbaki 3 perlawanan hanya memerlukan 1 kemenangan sahaja bagi memastikan kejuaraan liga milik mereka. Apa yang menggembirakan mereka, kelab ini akan beraksi ke BPL 2014/2015.

                                      Burnley meraihkan kemenangan semalam

Kelab Burnley pula menduduki tangga kedua liga dengan berbaki dua perlawanan dan 6 mata dipisahkan dengan Leicester City. Namun begitu, mereka telah meraihkan kemenangan setelah menewaskan Wigan semalam dengan jaringan 2-0. Dengan kemenangan itu, mereka sah beraksi ke BPL 2014/2015. Manakala satu slot lagi ke BPL akan diisi melalui perlawanan Play-Off di antara kelab yang menghuni tangga ke-3, 4, 5 dan 6. Satu kelab sahaja akan layak ke BPL 2014/2015 bersama-sama dengan Leicester City dan Burnley. Kelab manakah yang akan mengisi slot terakhir ke BPL 2014/2015 nanti ? dan Kelab manakah yang akan tersingkir dari BPL ?