Saturday 12 October 2013

Birokrasi : Diperkenalkan Oleh Vincent De Gournay

Hari ini, pengkaji menyingkap pula mengenai 'Birokrasi'. Apabila kita membincangkan organisasi formal, kita perlu memahami konsep birokrasi yang mempunyai perkaitan rapat antara kedua-duanya. Konsep birokrasi telah mula diperkenalkan oleh ahli ekonomi, Vincent De Gournay (1712-1759). Kemudian John Stuart Mill dan Gaetano Mosca di antara lain juga menggunakan istilah itu. Tetapi Max Weber telah mengkaji konsep ini secara terperinci (Rohana Yusof, 2006).

Perkataan birokrasi telah diperkenalkan oleh De Gounay yang telah menggabungkan perkataan 'bureau' yang bermaksud pejabat atau meja yang berlaci dengan perkataan Greek yang bermaksud 'to ruler' menjadi 'bureaucracy' yang mempunyai maksud 'the rule of officials'.

Robert Merton (1968) pula menyatakan bahawa birokrasi merupakan satu struktur organisasi yang formal dan rasional yang melibatkan sesuatu bentuk aktiviti yang dikenal pasti dan berkaitan dengan matlamat organisasi tersebut (Rohana Yusof, 2006).

Birokrasi telah menjadi semakin penting apabila aktiviti masyarakat menjadi semakin kompleks. Ia telah mula berkembang pesat di negara barat selepas revolusi industri pada abad ke-18 dan 19. Di negara kita, kebanyakan organisasi formal adalah berjenis birokrasi. Ini disebabkan oleh pengaruh daripada pentadbiran British semasa penjajahan. Misalnya jentera-jentera pentadbiran kerajaan, syarikat dan ahli perniagaan serta organisasi-organisasi formal yang lain (Rohana Yusof, 2006).

Dari perspektif sosiologi birokrasi adalah satu sturktur organisasi formal yang menggerakkan dan menggabungkan usaha-usaha individu yang terlibat dalam pekerjaan berbentuk organisasi atau tersusun (Rohana Yusof, 2006).

Oleh itu organisasi yang dikenali sebagai birokrasi ialah organisasi yang dibentuk untuk menjalankan fungsi pentadbiran dengan menyelaraskan tugas-tugas individu secara sistematik. Maka birokrasi boleh difahamkan sebagai satu organisasi formal yang diselenggarakan berdasarkan kepada peraturan-peraturan serta bahagian atau biro yang terdiri daripada pakar-pakar yang terlatih (Ting Chew Pih, 1985).

Ianya merupakan satu penyusunan hierarki setiap bahagian sesuatu organisasi yang berasaskan kepada pembahagian tugas (division of labour) atau (authority). Struktur hierarki yang dimaksudkan itu adalah berbentuk piramid. Di mana setiap ahli atau individu yang beradu di setiap paras atau bahagian mempunyai authority ke atas orang atau individu yang lebih ramai yang berada di paras yang bawah daripadanya. Pihak yang berkuasa mempunyai kedudukan, status dan berada di pejabat misalnya (mempunyai satu ruang) bukan terletak pada individu itu. Dengan perkataan lain segala tanggungjawab dalam hierarki tersebut tidak akan mengalami perubahan yang sama, tidak kira siapa yang berada di kedudukan sedemikian.


Rujukan :

Rohana Yusof (2006). Asas Sains Sosial Dari Perspektif Sosiologi. Selangor : Dawama Sdn. Bhd.



Monday 7 October 2013

Batu Sumpah Keningau


Hari ini, pengkaji mendarat pula di Daerah Keningau cuba menyingkap sejarah 'Batu Sumpah Keningau'. Menurut Emin Madi (2012) :

This is Sabah's famous oath stone that carried the fascinating history of the former North Borneo's interior natives acceptance of joining the Malaysian Federation. The stone was a symbolic memorial that aptly displays the 'terms' under which the interior natives agreed to the formation of the federation. The terms displayed on the plaque, which was made by the Thornycraft Shipyard in Singapore, affixed to the stone mentioned three tenets :
  1. Freedom of religion in Sabah
  2. The government of Sabah holds authority over land in the state and native customs
  3. Tradition must be respected and preserved by the government
In return, the people of the interior pledged their loyalty to the Malaysian Government. The rugged oath was previously in the compound of the Old Keningau District office near, the hotel. The man who played significant role in laying down the oath stone was the then Keningau District Officer, Richard Lin, the son of Mr. Theodore Adolphus Lind, who was a manager of the Sapong Rubber and Tobacco Estate Ltd in 1928-1930. According to Lind, the idea of the oath stone mainly to resolve the initial reluctance of the rural native chief's of Sabah to join the Malaysian Federation, simply because they left they would not be able to understand what was going to be written in the proposed Malaysian Federation constitution. Wars among the native tribes in the interior were historically resolved by diplomacy and the resolution was depicted by the planting of an oath stone symbolising the establishment of peace. The oath stone was unveiled on August 31, 1964, by federal Minister of Labour, Mr. V. Manickavasagam on behalf of Prime Minister, Tunku Abdul Rahman.


Rujukan :

Emin Madi (2012). Potiukan. Xlibris.



Sunday 6 October 2013

Melihat Sejarah Seperti Melihat Cermin Pandang Belakang Kereta

Hari ini, pengkaji ingin berkongsikan kepada anda bagaimana caranya melihat Sejarah ? Menurut Muhammad Alexander (2013), Terus-menerus hanyut dalam sejarah sehingga lupa akan masa hadapan juga tidak baik. Toleh dan lihatlah sejarah sesekali apabila perlu sebagai tapak bagi melangkah ke masa hadapan. Konflik Islam yang berlaku sesama sendiri sering berlaku dalam negara Islam, adalah disebabkan masing-masing hanya mahu melihat masa lalu sahaja dan tidak mahu memandang realiti masa hadapan. Padahal, cabaran umat Islam pada masa hadapan jauh lebih berat dan mencabar dengan berdozen-dozen musuh yang bersiap sedia melumatkan Tamadun Islam. Kesudahannya, umat Islam hanya terus menghentam sesama sendiri. Ia laksana kereta yang menghentam apa sahaja yang ada di hadapan kereta si pemandu hanya melihat cermin pandang belakang sahaja.

Tambahnya lagi, lihatlah sejarah seperti seorang pemandu kereta yang memandang cermin pandang belakang kereta. Cermin itu menunjukkan apa sahaja yang ada dibelakang kereta (Peristiwa sejarah masa lampau). Seorang pemandu kereta yang baik adalah selalu melihat ke hadapan dan bergerak ke hadapan. Hanya sekali-sekala sahaja melihat ke belakang melalui cermin pandang belakang agar perjalanan menjadi selamat ke destenasi tanpa melanggar dan dilanggar kereta lain. Apabila si pemandu kereta hanya melihat cermin pandang belakang sahaja dan tidak memandang ke hadapan, maka kereta beliau pasti akan melanggar apa sahaja yang ada di hadapannya. Begitu juga apabila tidak pernah melihat cermin pandang belakang itu. Berkemungkinan besar kereta akan dilanggar oleh kereta di belakang. Begitulah cara melihat sejarah yang sepatutnya.


Rujukan :

Muhammad Alexander (2013). Menyingkap Rahsia Ahli Falsafah Agung Yunani, Luqmanul Hakim Adalah Socrates Berkulit Hitam. Kuala Lumpur : BS Print (M) Sdn. Bhd.