Saturday 25 July 2015

Boxing : Nadjib Mohammedi Kena Belasah

                                                         Nadjib Mohammedi

Las Vegas - 26 Julai 2015 : Nadjib Mohammedi yang dilahirkan di Perancis pada 12 Mac 1985 merupakan peninju dari negara Perancis yang berketurunan Algerian. Sebelum ini, beliau telah menewaskan Anatoliy Dudchenko dalam 7 pusingan. Dengan kejayaan itu, beliau berhasrat ingin menumbangkan Sergey Kovalev peninju dari Russia.

Mengimbau perlawanan sebentar tadi, Sergey Kovalev telah menewaskan Nadjib Mohammedi dalam 3 pusingan sahaja. Pada pusingan pertama, Nadjib nampaknya mampu memberi saingan namun pada pusingan kedua Nadjib agak kelihatan goyah. Dengan itu, Kovalev telah mengambil kesempatan dan seterusnya melakukan beberapa tumbukan tepat dan jitu yang singgah di kepala, pipi dan badan Nadjib. Pengadil perlawanan telah memberikan standing 8 count kepada Nadjib yang dibelasah oleh Kovalev melalui tumbukannya yang tepat ke arah muka Nadjib.

Pada pusingan ketiga, Kovalev semakin agresif dan melepaskan beberapa lagi tumbukan tepat yang mengena kepala Nadjib. Dua tumbukan yang jitu itu telah menyebabkan Nadjib Knock Out dan pengadil perlawanan telah memberhentikan pertandingan. Dengan itu, Sergey Kovalev berjaya menewaskan lawannya hanya dalam masa 2 minit lebih selama 3 pusingan.

                                                   Sergey Kovalev [Juara]


Rujukan :

Chanel 811 Astro Supersprot Live .....


Monday 20 July 2015

Sekilas Pandang VI : Dol Said Menentang British


Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said merupakan pahlawan Naning pada masa silam yang menentang penjajahan. Semasa Belanda menduduki Melaka, Naning membayar 1/10 daripada cukai hasil dalam negeri kepada Belanda. Selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Melaka jatuh ke tangan British. Pada masa itu, Naning terletak di utara Melaka dan Inggeris menganggap Naning sebagai wilayah British.

British di Melaka mahu Naning membayar 1/10 daripada hasil dalam negerinya. Dol Said pula menganggap Naning bebas dan merdeka. Oleh itu, beliau enggan membayar tuntutan British yang akhirnya mencetuskan peperangan pada tahun 1831. Pada awalnya, Dol Said berjaya mempertahankan kedudukannya dan berjaya menewaskan askar-askar British dengan bantuan orang Rembau dan Syed Syaaban menantu Raja Ali.

Pada tahun 1832, British dengan taktiknya berjaya mempengaruhi Raja Ali agar menarik balik tenteranya bersama-sama dengan askar Naning. Sebagai ganjarannya, Rembau diiktiraf sebagai negeri yang berdaulat oleh British. Dengan termeterainya perjanjian tersebut, British telah berjaya menewaskan Naning menerusi peperangan yang kedua sekaligus mengalahkan Dol Said tanpa bantuan Rembau (Zainuddin Jaafar, 1995).


Rujukan :

Zainuddin Jaafar, 1995. Kebangkitan Menentang British Pada Kurun Ke-19. _________________ .



Sunday 19 July 2015

Barclays Asia Trophy 2015 : Arsenal Mendapat Suntikan Moral


Jelajah Arsenal tahun ini telah memilih Singapura sebagai pemanas badan sebelum bermulanya Piala Sumbangsih pada 2 Ogos ini dan 9 Ogos BPL musim 2015/2016. Walau pun hanya empat kelab yang bertanding iaitu Everton, Stoke City dan Singapore All Star, The Gunners telah mendapat suntikan moral setelah menewaskan Everton semalam dengan jaringan 3-1 sekaligus muncul juara. Gol-gol the gunners dijaringkan oleh Theo Walcott, Santiago Cazorla dan Mesut Ozil. Dengan kemenangan ini, Arsene Wenger optimis akan memberi cabaran kepada Chelsea dan Manchester City dalam memburu juara liga pada musim ini.

Fan Club Arsenal ...