Tuesday 5 August 2014

Rahsia Disebalik 24 Protokol Agenda Yahudi


Para pemimpin Yahudi dan gerakan Zionis telah menafikan sekeras-kerasnya tentang kewujudan Protokol Zionis ini. Mereka bahkan menuduh kumpulan-kumpulan tertentu terlibat menerbitkannya dan menjadikan Gerakan Zionis serta orang Yahudi sebagai mangsa fitnah. 

Rahsia ini terbongkar melalui seorang wanita Perancis yang berjaya mendapatkan Resolusi tersebut menjelang satu pertemuan dengan salah seorang pemimpin Zionis dan Freemason di sebuah rumah rahsia yang tidak didedahkan, tidak berapa lama selepas Persidangan Zionis di Basle. Dokumen-dokumen Resolusi tersebut telah diberikan kepada Russia. Pemimpin Russia amat takut melihat perancangan jahat Gerakan Zionis atau 24 perkara itu (Shafie Abdul Rahman, 2014). Berikut adalah isi kandungan protokol tersebut :

Protokol 1 : Cara memerintah yang sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat yang menghalalkan cara. Minuman keras harus digunakan untuk mencapai tujuan itu.

Protokol 2 : Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kedudukan Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu sendiri memerintah negaranya tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negeri terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi mengerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan air mata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap yang bernyawa di kalangan Yahudi berharga 1,000 orang bukan Yahudi.

Protokol 3 : Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru-hara dan seterusnya kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa memasuki pasukannya iaitu sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan (bangsa bukan Yahudi) tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itu senanglah bagi yahudi memperhambakan mereka.

Protokol 4 : Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis dari hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialih ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan musuh-musuh mereka. Akhirnya seluruh kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Protokol 5 : Kalau muncul orang-orang yang bijaksana dari kalangan bukan Yahudi, mereka tidak akan dapat mengatasi bangsa Yahudi. Ilmu sains, politik dan ekonomi rekaan orang Yahudi yang bijak memberi taraf yang tinggi kepada modal. Untuk menjamin public opinion kepada Yahudi, bangsa Yahudi mestilah membingungkan mereka dengan memberikan pelbagai pendapat yang saling bertentangan. Akhirnya mereka mengambil keputusan tidak mencampuri urusan politik kerana politik hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja. Inilah rahsia yang pertama.

Protokol 6 : Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat berbuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang-orang terpelajar di kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa yang bukan Yahudi mesti dipatuhkan menduduki martabat kaum buruh yang melarat.

Protokol 7 : Orang-orang Yahudi wajib menaburkan fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang-orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

Protokol 8 :  Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan ahli-ahli bank, jutawan dan usahawan.

Protokol 9 : Yahudi akan mendirikan Kerajaan Diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas , iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol 10 : Yahudi akan membawa masuk racun liberalisme ke dalam negara-negara bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen Yahudi dalam melaksanakan rancangan-rancangan Yahudi.

Protokol 11 : Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bercerai-berai di atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Cerai-berai yang nampak sebagai satu kelemahan, tetapi mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuasaan di seluruh dunia.

Protokol 12 : Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau diberikan oleh undang-undang. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan 10 akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Ia penting supaya menjadi alat untuk mengubah fikiran rakyat.

Protokol 13 : Untuk melengkapi usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan kaum industrialis dari kalangan bukan Yahudi, di samping terus mendorong adanya spekulasi itu, maka bangsa Yahudi menyebarkan projek-projek kemewahan, badan pertunjukan di kalangan bukan Yahudi kerana semuanya ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalihkan perhatian orang-orang bukan Yahudi dari memikirkan persoalan politik, maka agen-agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga (sukan), pesta-pesta, pertandingan-pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Protokol 14 : Ahli Falsafah mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi (lucah) iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol 15 : Bila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas-kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dibubarkan dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu mesti didirikan sebanyak-banyaknya Fremasonic Lodge iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang-orang Yahudi.

Protokol 16 : Yahudi akan membangunkan universiti mengikut rancangan yang tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membina para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi) .Bagaimanapun, ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

Protokol 17 : Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Perguaman akan melahirkan orang-orang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Ia mempunyai tabiat untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

Protokol 18 : The King of Jew akan dikawal oleh pengawal-pengawal rahsia, kerana orang Yahudi tidak akan membuka pintu kepada kemungkinan adanya kegiatan-kegiatan untuk menentang Yahudi.

Protokol 19 : Bangsa Yahudi akan membicarakan orang-orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang membunuh dan lain-lain kesalahan yang hina. Orang ramai akan memandang kesalahan-kesalahan politik itu sebagai kesalahan yang hina dan berasa benci kepada mereka yang melakukannya.

Protokol 20 : Bank Yahudi Antarabangsa akan memberi pinjaman kepada bangsa yang bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian merupakan lintah yang melekat pada badan. Bank Yahudi akan membiarkan lebih banyak lintah yang melekat hingga akhirnya mereka mati kerana kehilangan darah yang terlalu banyak. Ekonomi akan lumpuh bila hutang melekat.

Protokol 21 : Yahudi menggantikan pasaran wang institusi hutang kerajaan di mana tujuannya untuk meletakkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan dapat menawarkan kepada pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau memberi sebanyak itu juga. Dengan cara inilah perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Protokol 22 : Untuk mencapai tujuan yang baik, kadang-kadang kekerasan terpaksa digunakan. Kekuasaan bagi Yahudi kerana berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dibawah pemerintahannya. Di tangan Yahudilah terletak pusat kekuasaan yang paling besar.

Protokol 23 : Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meninggikan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia iaitu setia pada Yahudi.

Protokol 24 : Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok-belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sifat keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin Yahudi.

"Kebanyakan Orang Yahudi adalah bangsa yang sesat dan telah berpaling tadah daripada ajaran kitab Taurat yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Musa. Mereka adalah kaum yang ingkar kepada ajaran dan perintah Allah. Keingkaran dan kederhakaan mereka itulah yang menyebabkan Allah s.w.t. mengusir mereka daripada bumi yang diberkati iaitu Palestin. Malangnya orang Yahudi yang kini bergabung dengan fahaman Zionis yang bertindak menubuhkan sebuah negara Israel di Palestin melalui tipu daya. Hanya sebilangan kecil sahaja yang betul-betul berpegang kepada ajaran Kitab Taurat seperti yang ditunjukkan oleh anggota-anggota kumpulan Neturei Karta,"  Shafie Abdul Rahman, 2014.


Rujukan :

Shafie Abdul Rahman. 2014. Darah Yahudi : Muslihat Yahudi Menguasai Dunia. Kuala Lumpur : Darul Taklim.



Monday 4 August 2014

Bahagian III : Bagaimanakah Osama Laden Dijinakkan Oleh Amerika Syarikat & Yahudi ?

Sejarahnya bermula apabila Osama Laden pulang ke negaranya sendiri iaitu di Arab Saudi. Sebelum itu, Osama Laden berjaya mengundurkan Rejim Komunis di Afghanistan. Pada tahun 1989, Soviet Union (Rejim Komunis) menyerah kalah di Afghanistan hasil bantuan Osama Laden. Kekuatan tentera rejim Komunis yang menjadi salah sebuah kuasa besar dunia rupa-rupanya tidak mampu menyaingi pejuang-pejuang Afghanistan [Taliban] dan Osama [Al-Qaeda] (Mohd Aidid Mohammad, 2001). 

Apabila Osama Laden kembali ke Arab Saudi, Iraq yang tak diduga telah menyerang Kuwait pada tahun 1990. Susulan daripada itu, Iraq turut mengancam akan menyerang Arab Saudi. Osama Laden yang kembali ke Arab Saudi ketika itu, telah menawarkan kepada keluarga diraja Arab Saudi bahawa beliau akan mempertahankan Arab Saudi daripada serangan bala tentera Saddam Hussien (Mohd Aidid Mohammad, 2001). Tawaran itu ditolak oleh Arab Saudi sebaliknya Arab Saudi menjemput Amerika Syarikat bagi melaksanakan tugas mempertahankan bumi bersejarah itu sehingga sekarang. Tawaran seumpama itu merupakan yang pertama kali berlaku dalam sejarah hubungan Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Tindakan itu telah mengguris perasaan Osama Laden. Reaksi Osama terhadap keputusan pemerintah itu memang dapat diduga. Osama telah menulis surat mengecam tindakan keluarga diraja Arab Saudi. Osama juga kemudiannya dilaporkan memutuskan jalinan dengan Arab Saudi. Menyedari bahawa tindakan itu boleh mendatangkan ancaman baru kepada kerajaan, pemerintah Arab Saudi mula mengekori pergerakan Osama Laden (Mohd Aidid Mohammad, 2001).

Osama Laden berjaya menghidu tindakan itu lalu Osama telah meninggalkan Arab Saudi dan segera ke Pakistan. Pemergian Osama ke Pakistan diketahui oleh saudara-maranya melalui suratnya bahawa beliau tidak akan pulang lagi ke Arab Saudi. Inilah kesilapan Osama iaitu menulis surat kepada keluarganya yang telah diketahui oleh perisikan Amerika Syarikat bersama-sama dengan Arab Saudi.

Setelah hampir 10 tahun Osama tidak pulang ke Arab Saudi, akhirnya pada 11 September 2001 dunia dikejutkan dengan serangan WTC di New York. Menara berkembar Pusat Dagangan Dunia New York telah runtuh akibat dilanggar oleh 2 buah pesawat. Dalam masa 2 jam sahaja, kedua-dua bangunan yang menjadi mercu tanda New York tersebut runtuh dan musnah (Shafie Abdul Rahman, 2014). 

Peristiwa itu dikenali sebagai 9/11 adalah suatu peristiwa yang menggemparkan dunia. Amerika Syarikat tanpa usul-periksa telah menuding jari ke arah Osama Laden dan rangkaiannya Al-qaeda. Ketika itu, Arab Saudi, Iraq dan Osama Laden telah memutuskan jalinan. Inilah kesempatan yang diambil oleh Amerika Syarikat dan Yahudi. Menurut maklumat yang dihebahkan oleh pihak-pihak keselamatan Amerika Syarikat, seramai 19 Al-qaeda kesemuanya beragama Islam telah merampas 4 buah kapal terbang komersial dan kemudiannya bertindak menghempaskan 2 daripada  pesawat berkenaan ke Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia, New York. 

Zionis Yahudi yang sudah menguasai PBB dengan menunggangi kuasa-kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat, Perancis dan Britain dengan mudah membuat keputusan untuk menyerang Afghanistan pada tahun 2001. Pada ketika itu, Arab Saudi dan Iraq berdiam diri. Akhirnya, bumi Afghnistan diserang bertubi-tubi dengan bom yang menghujani kawasan-kawasan pergunungan. Puluan ribu tentera dari pelbagai negara dihantar ke bumi Afghanistan bagi memburu Osama Laden dan anggotanya Al-Qaeda yang diketuai oleh Mullah Omar. Mengikut Laporan The Guardian, dianggarkan sehingga 20 000 orang penduduk awam Afghanistan terbunuh akibat serangan tersebut. 

Oleh kerana Osama Laden pergi ke Pakistan melalui suratnya ketika beliau meninggalkan Arab Saudi, pemergian Osama itu berjaya diketahui oleh perisikan Amerika Syarikat. Akibatnya, Pakistan dituduh pula melindungi Osama Laden. Pertubuhan Hak Asasi manusia juga turut melaporkan pembunuhan ribuan rakyat awam Pakistan pada tahun 2001 akibat pengeboman oleh pasukan tentera NATO yang diketuai oleh Amerika Syarikat melalui serangan darat dan udara.

Kesannya, Osama Laden dituduh sebagai pengganas Islam. Kedua, menurut laporan dan kajian yang dilakukan berhubung Perang Afghanistan-Amerika, ia adalah satu konspirasi dan tipu muslihat Amerika Syarikat-Yahudi bagi menguasai rizab minyak-gas asli di Afghanistan. Dianggarkan terdapat rizab minyak berjumlah lebih 60 billion tong di dasar Laut Kaspia dan gas asli yang  berjumlah lebih 100 trillion kaki padu. Dipercayai anggaran jumlah hasil daripada medan minyak dan gas asli di Afghanistan ini bernilai lebih daripada $2 trillion dolar Amerika (Shafie Abdul Rahman, 2014).

Lihatlah bertapa jahatnya Yahudi dan Amerika. Demi kepentingan ekonomi dan ketamakan kuasa serta bagi meluaskan dendam dan niat jahatnya terhadap umat Islam, mereka sanggup berkonspirasi dan mewujudkan Peristiwa 911.


Rujukan :

Mohd Aidid Mohammad. (2001). Osama Laden : Hidup atau Mati ?. Kuala Lumpur : Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Shafie Abdul Rahman. (2014). Darah Yahudi :  Muslihat Yahudi Menguasai Dunia. Kuala Lumpur : Darul Taklim.



Bahagian II : Bagaimanakah Amerika & Yahudi Mengucarkacirkan Dunia Arab ?

Sebelum Iraq, Kuwait dan Iran berjaya dilagakan oleh Yahudi dan Amerika Syarikat, terlebih dahulu Yahudi dan Amerika berjaya menghidu pemimpin Mesir yang cuba membentuk satu blok pakatan politik dengan Syria dan Libya dalam usaha menentang negara Israel. Walau bagaimanapun, akhirnya mereka berjaya menghalang usaha-usaha tersebut dan Mesir berjaya dijinakkan oleh mereka melalui Perjanjian Kem David. Apabila al-Malik Faisal  berusaha untuk menjadikan minyak sebagai senjata dalam usaha menentang Israel, agen-agen Mosad yang dibantu oleh agen CIA berjaya merancang pembunuhan beliau. Akhirnya beliau berjaya dibunuh melalui anak saudaranya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, para pemimpin Yahudi dan Amerika Syarikat berusaha pula untuk melunakkan perjuangan rakyat Palestin yang dipimpin oleh Yasser Arafat melalui Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Kematian Yasser Arafat pada 11 November 2004 dikatakan adalah konspirasi Yahudi melalui agensi Mosad dan Shin Beit (Shafie Abdul Rahman, 2014). Beliau dipercayai diracun dengan sejenis kimia polonium 201 yang pernah digunakan oleh agensi perisikan Russia KGB bagi membunuh musuh-musuh mereka. Mereka meracun Yasser Arafat kerana telah mengetahui bahawa Yasser Arafat telah mengarahkan kumpulan Al-Fatah untuk menentang Israel melalui penubuhan Briged Syuhada yang berjuang bersama-sama Briged Izzedin al-Qassam, sayap tentera HAMAS. Yahudi melihat prospek PLO bila-bila masa boleh bergabung dengan HAMAS sekiranya Yasser Arafat terus dibiarkan hidup. Oleh sebab itulah secara sulit, Yasser berjaya diracun melalui agen Mosad dan Shin Beit.

Selain itu, Libya pula diperangkap oleh agen Mosad dengan peristiwa lockhead yang menyebabkan negara tersebut dikenakan sekatan ekonomi oleh dunia yang telah berjaya melumpuhkan kekuatan angkatan tenteranya. Akibatnya, satu kebangkitan rakyat telah berlaku yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi yang berakhir dengan kematian Muammar Ghadafi, antara pemimpin Islam yang lantang bersuara mengecam Amerika Syarikat yang banyak melindungi kegiatan ganas rejim Yahudi di Israel.

Begitulah serba sedikit rencana Yahudi dan Amerika Syarikat yang berjaya mengucarkacirkan dunia Arab. Satu demi satu negara Arab dijinakkan oleh mereka dengan rencana yang sistematik dengan tujuan untuk menghancurkan umat Islam dan ingin menguasai dunia. Oleh yang demikian, kita perlu menyedari hakikat ini dan perlu mengambil iktibar daripada peristiwa di atas. Kita harus ingat juga bahawa sesungguhnya peristiwa yang berlaku itu adalah izin Allah s.w.t jua. Jika Allah kata kun fayakun, maka jadilah ia. Wallah hualam.




Bahagian I : Bagaimanakah Amerika & Yahudi Mengucarkacirkan Dunia Arab ?

Setelah Empayar Turki Uthmaniah berjaya digulingkan oleh Yahudi melalui Mustafa Kamal Ataturk dan berjaya menubuhkan negara Israel di bumi Palaestin, Yahudi meneruskan agendanya untuk mengucarkacirkan dunia arab dengan tujuan menghancurkan umat Islam dan ingin menguasai dunia.

Apabila Resolusi 181 dibentangkan di PBB, antara negara terawal yang mengiktiraf penubuhan negara Israel ialah Amerika Syarikat. Kemudiannya diikuti oleh negara Iran yang ketika itu diperintah oleh Shah Mohammad Reza Pehlavi. Beliau adalah pengkhianat kepada umat Islam di Palestin. Ketika itu, beliau sendiri adalah boneka Amerika Syarikat (Shafie Abdul Rahman, 2014).

Berikutan pengisytiharan negara Israel di bumi Palestin pada tahun 1948, Mesir, Iraq, Lubnan dan Syria melancarkan serangan. Satu gencatan senjata dipersetujui pada 11 Jun 1948, tetapi pertempuran meletus semula pada pertengahan bulan Oktober. Peperangan Arab-Israel tersebut berakhir pada 24 Julai 1949 berikutan termeterainya Perjanjian Armistice 1949 antara Israel dengan Syria. Melalui perjanjian itu, Israel mengekalkan wilayahnya di Palestin (Shafie Abdul Rahman, 2014).

Apabila Iran menyokong penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin, akhirnya Amerika Syarikat sendiri berjaya menggulingkan dan mengkhianati pula Shah Reza Mohammad melalui serangan Syiah. Kini, Amerika Syarikat pula berjaya mempengaruhi Saddam Hussien untuk melancarkan perang ke atas Iran pada tahun 1980. Pada satu peringkat, angkatan tentera Iraq berjaya menewaskan Iran yang tidak stabil akibat Revolusi Islam. Iran walau bagaimanapun berjaya bangkit melalui tentera Revolusinya dan berjaya mengusir keluar tentera Iraq dari Iran.

Setelah berakhirnya Perang Iraq-Iran pada tahun 1988, tentera Iraq muncul sebagai angkatan pertahanan negara Islam yang kuat serta memiliki senjata yang canggih. Ini semua adalah hasil daripada bantuan Amerika Syarikat sendiri yang dikuasai oleh para pelobi Yahudi yang mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan daripada penjualan senjata dan peralatan ketenteraan. Akibatnya, Iraq mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk dan terpaksa menanggung hutang yang banyak akibat perang dengan Iran. Berikutan itu pula, Iraq mempunyai pertelingkahan dengan Kuwait, akhirnya Iraq tak semena-mena menyerang Kuwait pada tahun 1990 dan berjaya menawan Kuwait dalam tempoh seminggu. Semuanya ini berlaku di bawah pengawasan Amerika Syarikat yang sebenarnya memang merancang agar peristiwa penaklukan tersebut berlaku kerana mempunyai perancangan yang cukup besar (Shafie Abdul Rahman, 2014).

Tanpa diduga, Amerika Syarikat dengan dibantu oleh 48 buah negara lain, akhirnya melancarkan perang terhadap Iraq dalam peristiwa yang dikenali sebagai Perang Teluk I pada tahun 1991. Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2003 sekali lagi Amerika Syarikat, Britain dan Israel dengan mandat PBB telah menyerang Iraq atas dakwaan Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran dan nuklear semasa Iraq menyerang Iran-Kuwait pada tahun 1988 dan 1990. Pada hal senjata-senjata canggih itu datangnya dari Amerika Syarikat sendiri dan dakwaan bahawa Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran dan nuklear tiada sebarang bukti ditemui sehingga ke hari ini. Itulah permainan mereka dan taktik yang dirancang begitu rapi serta melaga-lagakan dunia Arab agar musnah. Itulah sebenarnya matlamat mereka.

Akibatnya, Sadam Hussien dituduh sebagai pengganas dan zalim serta tidak berperi kemanusiaan. Iraq terjerumus dalam kancah perang saudara dan pertelingkahan kaum yang menyebabkan ribuan rakyatnya terbunuh. Sadam Husssien pula dibicarakan di Mahkamah Antarabangsa dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

"Pengisytiharan penubuhan negara Israel berlaku dalam keadaan para pemimpin negara-negara Islam dalam keadaan leka dan lalai. Para pemimpin mereka pada ketika itu tidak menjadikan Islam dan al-quran sebagai panduan hidup, yang ada ketika itu hanyalah semangat dan emosi yang tidak berpaksikan iman dan akal," [Shafie Abdul Rahman, 2014].


Rujukan :

Shafie Abdul Rahman. (2014). Darah Yahudi : Muslihat Yahudi Menguasai Dunia. Kuala Lumpur : Darul Taklim.




Sunday 3 August 2014

Kisah Yahudi Di Zaman Rasulullah Yang 'Keras Kepala'

Pada zaman Rasulullah s.a.w, terdapat seorang Yahudi yang alim dan mempunyai pengaruh besar dalam kalangan penduduk Yahudi di Madinah. Nama beliau adalah Abdullah bin Salam. Apabila Abdullah mendengar mengenai kehadiran Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah, beliau telah datang menemui baginda.

Sebaik dapat berjumpa dengan Rasulullah, lalu Abdullah mengajukan beberapa soalan kepada nabi Muhammad. Soalan-soalan itu tidak semua orang mengetahuinya kecuali mereka yang tertentu. Tujuan beliau untuk menguji Nabi Muhammad sama ada benarkah baginda seorang utusan Allah s.w.t. Semua pertanyaan Abdullah bin Salam itu lalu dijawab oleh baginda. Ternyata Abdullah bin Salam berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. itu. Abdullah juga berpeluang melihat sendiri 'khatamun nubuwwah' yang menjadi tanda bahawa Rasulullah adalah seorang nabi akhir zaman. Lalu beliau memeluk agama Islam. Abdullah meyakini bahawa Rasulullah benar-benar nabi akhir zaman yang disebutkan dalam kitab Taurat. Abdullah bin Salam berkata kepada Rasulullah :

"Sesungguhnya orang Yahudi adalah kaum yang suka mengada-adakan cerita. Kalaulah mereka tahu keislamanku sebelum kamu tanyakan mereka, tentu mereka akan menuduh yang bukan-bukan mengenai diriku kepada kamu, wahai Rasulullah,"

Mendengar itu, lalu Rasulullah menjemput pemimpin Yahudi bersama beberapa orang pengikutnya untuk menemui baginda. Abdullah bin Salam yang berada bersama Rasulullah segera ke belakang dan menyembunyikan dirinya. Rasulullah pun menyampaikan seruan dakwahnya kepada para pemimpin Yahudi itu. Diminta oleh Rasulullah agar mereka mengakui kekuasaan Allah dan serta diri baginda sebagai pesuruh Allah. Walau bagaimanapun, mereka enggan berbuat demikian.

Rasulullah lalu bersabda : "Baiklah jika kamu tidak dapat menerima seruan dakwahku, tetapi aku ingin bertanya siapakah di antara kamu yang bernama Abdullah bin Salam ?

Para pemimpin Yahudi itu lalu menjawab, "Dia adalah pemimpin kami yang paling kami hormat, kerana dialah yang paling alim dan paling kuat beramal dalam kalangan kami. Dia juga seorang yang baik,"

Nabi Muhammad pun teruskan bersabda : "Apa pandangan kamu jika aku katakan bahawa pemimpin kamu itu Abdullah bin Salam telah memeluk Islam ?"

Lalu mereka menjawab berulang kali sambil menyatakan perasaan marah, "Kami berlindung kepada Allah daripada demikian itu,"!. Kami berlindung kepada Allah demikian itu,"!

Apabila mendengar kata-kata mereka itu, Abdullah bin Salam pun keluar dari persembunyiannya lalu berkata di hadapan para pengikutnya itu, "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan juga aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah,"

Sebaik mendengar kata-kata Abdullah bin Salam, Orang Yahudi itu menjawab dengan nada suara yang nyaring, "Oh! Tidak, Abdullah adalah orang yang paling jahat dalam kalangan kami dan dia juga sebenarnya adalah anak orang yang paling jahat,"

Mereka pun terus menuduh yang bukan-bukan terhadap Abdullah. Abdullah sebaliknya berkata : "Wahai sekalian kaum Yahudi, bertakwalah kamu terhadap Allah. Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya dan kamu benar-benar tahu bahawa Muhammad ini adalah Rasulullah yang datangnya untuk kebenaran kepada kita semua,"

Lalu mereka menjawab, "Kamu pembohong besar,! Kamu pembohong besar,!"

Jelas terbukti bahawa apa yang dikatakan oleh Abdullah bin Salam kepada Rasulullah adalah benar belaka. Tidak sampai beberapa minit, mereka terus berubah dan enggan menerima kebenaran. Itulah Yahudi yang sememangnya keras kepala dan tidak mahu menerima kebenaran. Peristiwa ini ada diriwayatkan oleh Bukhari.

Begitulah serba sedikit ceritera yang empunya ceritera.