Saturday 12 July 2014

Third Place : Brazil Gigit Jari, Belanda Ketiga


12 Julai 2014 - Ahad : Penentuan tempat ketiga Piala Dunia 2014 akhirnya milik Belanda [Oranje] yang telah menewaskan Brazil 3-0. Gol pertama Belanda hadir pada minit ke-3 hasil sepakan penalti yang di sudahkan dengan bergaya oleh Robin Van Persie. Minit ke-17, Blind telah menambah derita tuan rumah dengan gol ke-2. Pada masa kecederaan, Belanda sekali lagi memperolehi gol ke-3 menerusi Wijnaldum. Dengan kemenangan ini, Belanda telah meraih tempat ketiga manakala Brazil pula terpaksa gigit jari untuk menebus kekecewaan setelah dimalukan oleh Jerman 1-7 digelanggang sendiri.


Wajah-wajah pemain Brazil [Oscar, Marcelo dan Fred] kelihatan sugul ketika tewas ditangan Belanda. Pengkaji menyifatkan kekalahan Brazil ini menunjukkan bahawa pasukan Brazil bukanlah sebuah pasukan yang terkuat musim ini.


Friday 11 July 2014

Hiburan X : Kurnia [Slam]


Terlukis hakikat insani
Dari cinta lautan jiwa
Satu penzahiran rasa jelas di mata
Satu lakonan di pentas dunia
Ini lukisan yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang tak ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat

Pabila kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah suatu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagiaan
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga ...

Lirik oleh : S. Amin Shahab
Lagu oleh : Awang BPR
Nyanyian oleh : Slam



Thursday 10 July 2014

Final Piala Dunia 2014 : Jerman vs Argentina [Jerman Di atas Kertas]


Pengkaji amat tidak menyangka bahawa pasukan pilihan pengkaji telah layak kedua-duanya ke final. Jerman atau Argentina ? Yang penting kedua-dua pasukan tersebut adalah pilihan favourite pengkaji.

14 Julai 2014 - Isnin : Klimaks Piala Dunia bakal ditentukan di antara pasukan Jerman [Eropah] dan Argentina [Amerika Latin / Selatan] di Stadium Rio De Janeiro. Dari segi rekod pertemuan sebelum ini, ternyata ia milik Jerman. 

2012 : Jerman 1 - Argentina 3 [Friendly Match]
2010 : Jerman 4 - Argentina 0 [Suku Akhir, Piala Dunia di Afrika Selatan]
2005 : Jerman 2 - Argentina 2 [Friendly Match]
2006 : Jerman 4 - Argentina 3 [Sepakan Penalti, Piala Dunia di Jerman]
1990 : Jerman 1 - Argentina 0 [Piala Dunia di Itali]
1986 : Jerman 2 - Argentina 3 [Piala Dunia di Mexico]

Berdasarkan Ranking FIFA sebelum ini, Jerman berada di ranking ke-2 manakala Argentina ranking ke-3. Dari segi taktikalnya, kedua-dua pasukan ini mempunyai kelebihan masing-masing. sebelum ini, pengkaji telah pun membincangkan taktikal Jerman dan Argentina. Jerman lebih gemar kepada open game manakala Argentina pula gemar membuat jaringan di dalam kotak penalti.

Dalam permainan catur, taktikal Argentina adalah taktikal yang digunakan oleh Garry Kasparov iaitu menggunakan pawn / bidak dan akan menutup segala ruang. Selepas itu, Knight lawan akan dimusnahkan. Jika knight lawan tidak berjaya dimusnahkan, maka advantage kepada pihak lawan ataupun ia berkesudahan dengan seri.

Jerman pula lebih gemar bermain Bishop. Jika Jerman berjaya membaca taktikal pihak lawan, maka Jerman terlebih dahulu akan memusnahkan knight lawan dengan menggunakan knight juga. Tetapi, bishop yang mempunyai potensi atau kelebihan untuk membantu mendapatkan queen semula, itulah bishop yang akan disembunyikan agar ia tidak dimusnahkan oleh pihak lawan. Bagi pengkaji, taktikal kedua-dua pasukan ini amat menarik. Pasukan yang mempunyai ending yang kuat, maka itulah yang akan menang.

Namun begitu, dari sudut kebolehpercayaan, Jerman mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi berbanding Argentina. Ini kerana, Jerman telah menewaskan pasukan yang kuat dan mempunyai mutu perlawanan yang baik iaitu Portugal 4-0, Jerman menewaskan Perancis 1-0 dan yang terbaru Brazil 7-1. 

Kesimpulannya, pengkaji optimis Jerman akan juara dalam Piala Dunia 2014 berdasarkan teori-teori yang dianalisis oleh pengkaji sebelum ini.
[Apa pun ini cuma teori sahaja. Tiada kaitan yang hidup ataupun yang mati. Semuanya adalah ketentuan Allah s.w.t.]



Wednesday 9 July 2014

Piala Dunia 2014 : Belanda vs Argentina


10 Julai 2014 - Khamis : Satu lagi slot ke akhir bakal menyaksikan pertembungan di antara Belanda yang akan menentang Argentina. Dari segi taktikal tidak dinafikan bahawa Louis Van Gaal mempunyai resepi yang tersendiri bagi menghadapi pasukan Argentina. Belanda yang gemar corak permainan total football iaitu Crossing, Long-Pass, Short-Pass dan Through Pass sudah pastinya tidak sabar-sabar menggempur pertahanan Argentina.

Manakala Argentina pula, corak permainannya tertumpu di dalam kotak penalti untuk membuat jaringan. Dalam permainan catur, Argentina lebih gemar bermain Pawn / Bidak dan akan menutup semua ruang agar pasukan lawan tidak menembusi pertahanan mereka. Selepas itu, KNIGHT lawan akan dimusnahkan. Kemudian, KNIGHT / Kuda akan bermaharaja lela selepas ruang ditutup dan KNIGHT lawan berjaya dimusnahkan. Pada saat inilah mereka menggunakan khidmat Messi untuk membuat sesuatu. KNIGHT lawan adalah Arjen Robben dan Wesley Shnidjer. Jika Argentina berjaya merantai Arjen Robben dan Wesley Shnidjer, maka tidak mustahil Argentina akan menang. Jika sebaliknya Argentina tidak berjaya merantai pemain tersebut, maka Belanda akan menang.

Namun begitu, dari segi Kebolehpercayaan, Belanda mempunyai kebolehpercayaan yang rendah berbanding Argentina. Ini kerana ketika Belanda menentang Mexico, Belanda hampir-hampir tewas atau seri. Itupun aksi Arjen Robben telah merebahkan badannya sendiri di dalam kotak penalti. Kedua, ketika menentang Costa Rica, Belanda menang dalam penentuan sepakan penalti. Pada saat inilah taktikal Belanda menjadi.

Kesimpulannya, pengkaji optimis Argentina akan ke final mengiringi pasukan Jerman.
[Apa pun, ini cuma teori sahaja, tiada kaitan yang hidup ataupun yang mati. Semuanya adalah ketentuan Allah s.w.t]

Tuesday 8 July 2014

Piala Dunia 2014 : Brazil Kena Belasah, Jerman Menang Bergaya


9 Julai 2014 - Rabu : Ha! macam tak percaya sahaja, apabila melihat pasukan Brazil dibelasah dengan teruk oleh Jerman. Namun itulah Jerman, sebuah pasukan yang maintain sejak akhir-akhir ini iaitu pasukan yang paling banyak layak ke semi final sebanyak [12 kali].

Dari segi taktikalnya, Brazil mempunyai kelebihan dari segi fast foward manakala Jerman pula lebih gemar kepada open game. Menurut teori dalam permainan catur, Jerman lebih kepada BISHOP manakala Brazil lebih kepada KNIGHT. Namun, taktikal yang dibuat oleh Brazil tidak menjadi disebabkan pertahanan yang rapuh dimana Brazil telah dibolosi dengan 5 gol kosong diseparuh masa pertama.

Ataupun, ketiadaan Thiago Silva dan Neymar menyebabkan Brazil pincang dan tidak ketentuan arahnya ? Apa pun, menurut teori pengkaji sendiri sebelum ini :

1. Jika Brazil menang, maka Brazil akan jadi juara.
2. Jika Jerman menang, maka Jerman akan jadi juara

Kesimpulan : Jerman akan juara 2014
[Ini cuma teori sahaja. Namun, Allah s.w.t lah yang maha kuasa lagi maha mengetahui]