Saturday 28 June 2014

Bulan Ramadhan Tiba Lagi


Yeah! Bulan ramadhan tiba lagi. Di kesempatan ini, penulis blog ini ingin mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa semoga anda [rakan-rakan blogger] yang lain atau para pembaca mendapat maghfirah dan keampunan dalam bulan yang mulia ini. Penulis blog juga memohon kemaafan seandainya ada artikel yang menyinggung perasaan anda semua. Itulah manusia, tidak lari dari kekhilafan. Segala yang baik itu datangya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari penulis sendiri. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.


Friday 27 June 2014

Piala Dunia 2014 : Round Of 16 [Pusingan Kalah Mati]


28 Jun 2014 - Pusingan pertama Piala Dunia 2014 sudah pun melabuhkan tirainya. 16 pasukan telah berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati dan 16 pasukan lagi telah tersingkir dari persaingan. Berikut adalah perlawanan pusingan kalah mati.

P1 : Brazil vs Chile : Brazil 3 - Chile 2 [Sepakan Penalti]
P2 : Colombia vs Uruguay : Colombia 2 - Uruguay 0
P3 : Belanda vs Mexico : Belanda 2 - Mexico 1
P4 : Costa Rica vs Greece : Costa Rica 5 - Greece 3 [Sepakan penalti]
P5 : Perancis vs Nigeria : Perancis 2 - Nigeria 0
P6 : Jerman vs Algeria : Jerman 2 - Algeria 1 [Masa tambahan]
P7 : Argentina vs Switzerland : Argentina 1 - Switzerland 0 [Masa Tambahan]
P8 : Belgium vs USA : Belgium 2 - USA 1 [Masa Tambahan]

Suku Akhir

A : Brazil vs Colombia : Brazil 2 - Colombia 1
B : Belanda vs Costa Rica : Belanda 4 - Costa Rica 3 [Sepakan Penalti]
C : Perancis vs Jerman : Jerman 1 - France 0
D : Argentina vs Belgium : Argentina 1 - Belgium 0

Semi Final
Brazil vs Jerman : Brazil 1 - Jerman 7
Belanda vs Argentina : Belanda 2 - Argentina 4 [Sepakan Penalti]

Third Place
Brazil vs Belanda [Brazil 0 - Belanda 3]

Final
Jerman vs Argentina

 Negara manakah yang akan muncul juara Piala Dunia tahun 2014 ?


Sunday 22 June 2014

Piala Dunia 2014 : Portugal Bagaikan Telur Di Hujung Tanduk


23 Jun 2014 - Apa sudah jadi dengan pasukan Portugal ? Pagi tadi menyaksikan pasukan Portugal berkesudahan seri dengan USA yang dibimbing oleh Jurgen Klinsmann anak jati kelahiran Jerman. Jurgen Klinsmann sudah pastinya mempunyai ramuan yang tersendiri bagi menghadapi Portugal. Hasilnya, USA berjaya mengikat Portugal 2-2.

Mengimbas semula perlawanan pagi tadi, Portugal didepan hasil jaringan Nani pada minit ke-5. Pada babak kedua, USA berjaya menyamakan kedudukan. Selepas itu, USA didepan dengan 2-1. Pada masa tambahan, Portugal berjaya menyamakan kedudukan.

Dengan keputusan itu, Portugal bagaikan telur dihujung tanduk. Jika Portugal ingin mara ke round of 16, Portugal perlu menewaskan Ghana sekurang-kurangnya 3 gol 0 dan mengharapkan Jerman menewaskan USA. Jika USA dan Jerman seri, Ghana dan Portugal akan tersingkir.

Mampukah Portugal mara ke round of 16 ?