Saturday 30 May 2015

Arsenal Juara FA Cup & Barcelona Juara Copa Del Rey


31 Mei 2015 : The Gunners akhirnya mengekalkan kejuaraan FA Cup yang dimenanginya pada musim lalu 2014 dengan menewaskan Aston Villa 4 gol 0 di Stadium Wembley. Gol-gol dijaringkan oleh Theo Walcott, Alexis Sancez, Matersaker dan Olivier Giroud. Tahun 2015 Arsenal menjuarai 2 tropi iaitu Community Shield 2015 dan FA Cup 2015.



The Catalan pula telah menewaskan Athletic Bilbao 3 gol berbalas 1. Kemenangan ini merupakan tropi kedua buat Barcelona selepas menjuarai La Liga 2015 musim ini. Luis Enrique kini optimis mengikuti jejak Pep Guardiola yang menjulang 3 tropi. Barcelona kini memfokuskan pula Liga Juara-Juara [Champions League 2015] pada 7 Jun di Berlin menentang kelab dari Itali iaitu Juventus.



BPL : [Analisa] Ramalan & Keputusan Sebenar


Sebelum ini, blog tongkatbesi ada membuat pemerhatian di mana ramai pakar-pakar membuat ramalan sehinggakan membuat ramalan dengan jumlah pointnya sekali. Di atas merupakan ramalan pilihan blog tongkatbesi.

Keputusan Sebenar :

Chelsea 87 mata
Manchester City 79 mata
Arsenal 75 mata
Manchester United 70 mata
Tottenham 64 mata
Liverpool 62 mata
Southampton 60 mata
Swansea 56 mata

Ramalan beliau ini hampir tepat biarpun jumlah mata telah meleset kecuali Swansea yang tiba-tiba menduduki tangga ke-8. Hanya ramalan pasukan Chelsea FC sahaja yang tepat. Apa pun good job kepada beliau.