Saturday 17 October 2015

Analisis : Asal Usul Hang Tuah II


Seperti yang dijelaskan oleh pengkaji sebelum ini, nama asal Hang Tuah menurut A. Samad Ahmad ialah Daeng Mempawah. Menurut A. Samad Ahmad lagi, ketika beliau membuat penyelidikan mengenai Sejarah Melayu, beliau telah membuat 3 rujukan iaitu Naskah A, Naskah B dan Naskah C. 

Naskah A mengandungi 418 halaman dan dikarang oleh Munshi S. Md. Ally.
Naskah B  mengandungi 321 halaman [Tiada nama pengarang].
Naskah C tiada dapat dikesan daripada siapakah diperolehi, kerana tiada didapati sebarang catatan.

Ketika A. Samad Ahmad merujuk Naskah C mengenai asal usul Hang Tuah, terdapat beberapa helai, khususnya mengenai dari mana Hang Tuah berasal, telah hilang mungkin telah dicabut orang - A.S.A. Tetapi pada Naskah A dan pada naskah B, ayatnya tetap sama iaitu nama asal Hang Tuah ialah Daeng Mempawah.

Di sini timbul beberapa persoalan, mungkin ada di antara sejarawan dan sasterawan berhujah bahawa riwayat mengenai asal Hang Tuah dan hubungan Melaka-Goa itu hanya sisipan atau tokok tambah yang berbaur sentimen penulis; tetapi bagaimana pula jika dikemukakan hujah bahawa perbuatan penulis yang membuang atau mengenepikan riwayat tersebut dari Sulalatus Salatin itu, sebagai mengikut kehendak atau mengikut selera pihak yang tidak sukakan adanya hubungan demikian di antara ke dua buah negeri itu ?

Bagaimanakah helaian itu boleh hilang atau tercabut ?

Rujukan :

A. Samad Ahmad 2008. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.