Thursday 3 December 2015

Analisis : Tiga Sejarah Mothers Day



Berikut adalah tiga sejarah mengenai Mothers Day :

Pertama

Di Eropah, Hari Ibu atau Mothers Day ditujukan kepada Dewi Rhea sebagai tanda penghormatan kepada isteri Dewa Kronus. Dewi Rhea merupakan ibu segala para dewa dalam sejarah atau mitologi Yunani Kuno. Peringatan itu terus diadaptasi dalam pelbagai konteks termasuk dalam ritual gereja di Inggeris pada tahun 1600-an yang mereka namakannya sebagai Mothering Sunday (Afred Suci, 2014).

Kedua

Di Amerika Syarikat, Mothers Day dipanggil Mothers Church yang bertujuan untuk memperingati Ibu Tuhan Yesus iaitu Maria. Selepas peristiwa yang berlaku di Amerika tersebut, maka penghormatan terhadap Maria ini dikembangkan ke seluruh dunia sehingga ke hari ini (Afred Suci, 2014).

Ketiga

Sebahagian penduduk di Amerika Syarikat, Mothers Day disambut untuk menghormati semangat perjuangan kaum perempuan (ibu) yang diperkenalkan oleh Julia Ward Howe pada tahun 1870. Peringatan tersebut diadakan bagi memperingati kaum ibu yang ditindas dan disia-siakan oleh suami mereka. Perjuangan tersebut diteruskan oleh Anna Jarvis pada tahun 1907 yang akhirnya berjaya mempengaruhi Presiden Woodrow Wilson untuk membuat peringatan kepada semangat perjuangan kaum ibu pada bulan Mei setiap tahun dan pada hari itu diumumkan adalah cuti umum. Kejayaan Anna ini berlaku pada tahun 1914 (Afred Suci, 2014).


Rujukan :

Afred Suci 2014. 121 Skandal Indonesia. Cahaya Insan Suci Jakarta : Indonesia.




No comments:

Post a Comment