Saturday 5 July 2014

Piala Dunia 2014 : Belanda [Oranje] Ke Separuh Akhir


6 Julai - Ahad : Pasukan Oranje [Belanda] telah mara ke separuh akhir setelah menewaskan Costa Rica dalam penentuan sepakan penalti 4-3. Dari segi pencapaian Belanda dalam kempen Piala Dunia sejak 1930, pasukan Belanda tidaklah begitu membanggakan. Berikut adalah pencapaian pasukan Belanda :

1974 = Naib Juara
1978 = Naib Juara
1998 = Keempat
2010 = Naib Juara
2014 = [Adakah Naib Juara ?]

Mampukah Belanda mara ke perlawanan akhir ?

Teori I : Jika melihat pattern di atas, jika Belanda mara ke akhir, kebarangkalian boleh jadi Naib Juara.


Piala Dunia 2014 : Argentina Ke Separuh Akhir


6 Julai 2014 - Ahad : Siapa sangka, pasukan Argentina layak ke separuh akhir pada tahun 2014. Sejak 1986 menjadi juara dan pada tahun 1990 Naib Juara, pasukan Argentina selepas itu hanya layak ke Suku Akhir sahaja.

1978 = Juara
1986 = Juara
1990 = Naib Juara
1994 = Suku Akhir
1998 = Suku Akhir
2006 = Suku Akhir
2010 = Suku Akhir
2014 = [Layak ke Separuh Akhir]

Edisi kali ini, Argentina telah melakar sejarahnya yang tersendiri iaitu layak ke Separuh Akhir setelah menewaskan Belgium 1 - 0.

Mampukah Argentina mara ke akhir ?

Jika melihat pattern di atas :

Teori I : 1990 = Naib Juara
                             2014 = Adakah Naib Juara ?


Friday 4 July 2014

Piala Dunia 2014 : Jerman Lakar Sejarah


Sejak Piala Dunia diperkenalkan pada tahun 1930, pasukan Jerman sebenarnya sudah pun merintis jalan sehingga ke hari ini. Kejayaan demi kejayaan telah dicipta oleh Jerman dan pada hari ini, Jerman merupakan sebuah pasukan yang paling banyak layak ke Separuh Akhir sejak 1934 lagi. Piala Dunia edisi kali ini 2014 pengurus pasukan Jerman iaitu Joachim Low mensasarkan pasukannya sekurang-kurangnya layak ke semi final. Jika dinilai dari segi KPI, Jerman sudah pun mencapai sasarannya. Jika Jerman berjaya menumpaskan Brazil [tuan rumah], kredit harus diberikan kepada Joachim Low. Berikut adalah kejayaan yang dilakar oleh Jerman :

1934 : Ketiga
1954 : Juara
1958 : Keempat
1966 : Naib Juara
1970 : Ketiga
1974 : Juara
1982 : Naib Juara
1986 : Naib Juara
1990 : Juara
2002 : Naib Juara
2006 : Ketiga
2010 : Ketiga
2014 : [Sekali lagi layak ke Separuh Akhir]

Mampukah Jerman mengatasi Brazil ?

Teori I : "Orang kata, jika 2 kali kita dah mencuba, kali ke-3 tak mustahil ia akan juara."

Teori II : 1966 = Naib Juara
     1970 = Ketiga
1974 = Juara

Teori III : 1982 = Naib Juara
            1986 = Naib Juara
1990 = Juara

Teori IV : 2006 = Ketiga
              2010 = Ketiga
                           2014 = Adakah juara ?

Adakah  pada tahun 2014 ini milik pasukan Jerman ?


Tuesday 1 July 2014

Suku Akhir II : Perancis vs Jerman [Perlawanan Tumpuan]


5 Julai 2014 : Suku Akhir kedua menyaksikan pertembungan dua negara eropah yang pernah merangkul Piala Dunia. Jerman juara pada tahun 1954, 1974 dan 1990. Perancis pula pada tahun 1998. Apa yang menarik dalam perlawanan ini ialah kedua-dua pasukan ini mempunyai pemain Arsenal.

Perancis : Kosceilney, Oliver Giroud dan Bacary Sagna [Arsenal Players]
vs
Jerman : Lukas Podolski, Mesut Ozil dan Matersaker [Arsenal Players]

Berdasarkan ranking FIFA, Jerman berada di ranking ke-2 manakala France berada di ranking ke-19. Negara manakah yang akan mara ke separuh akhir ?