Friday 26 June 2015

Copa America 2015 : Final Pilihan [Chile vs Argentina]


Copa America 2015 setakat ini telah memasuki pusingan Suku Akhir. Kali ini, pengkaji memilih pasukan tuan rumah Chile menentang Argentina di pentas final. Kebarangkalian mungkin terjadi dan mungkin juga meleset. Mungkinkah Chile vs Argentina ke final ?


Monday 22 June 2015

Ada-Ada Aje V : Nombor 7 Adalah Nombor Yang Unik

Apa cerita hari ini ? Kalau tak ada cerita kita ceritakan yang kita tiada cerita, itu juga merupakan cerita, Ada-ada aje. Ha! Tahukah anda bahawa nombor 7 adalah nombor yang paling unik. Tentu anda tidak percaya, bukan ? Jom kita selongkar apa yang ada dengan angka 7.
  1. Allah telah menjadikan 7 warna pelangi
  2. Allah telah menjadikan 7 HARI dalam seminggu.
  3. Allah telah menjadikan 7 LAPISAN langit
  4. Allah telah menjadikan 7 LAPISAN bumi.
  5. Allah telah menjadikan 7 AYAT dalam surah Al-Fatihah.
  6. Allah telah menjadikan 7 KALI putaran TAWAF mengelilingi kaabah.
  7. Allah telah menjadikan 7 KALI SA’I antara Bukit Shafa dan Marwah.
  8. Allah telah menjadikan 7 PINTU SYURGA.
  9. Allah telah menjadikan 7 PINTU NERAKA.
  10. Allah telah menjadikan 7 PENGHUNI GUA yang tidur selama lebih 309 tahun di dalam Gua (Surah Al-Kahfi)
  11. Allah telah menjadikan 7 ANGGOTA SUJUD dalam solat (2 kaki,2 lutut,2 tapak tangan dan 1 dahi)
  12. Allah telah menjadikan 7 LAUTAN Terluas di dunia (Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Antartika, Laut China Selatan, Laut Tengah dan Laut Karibia)
  13. Allah telah menjadikan 7 BENUA (Asia, Afrika, Amerika, Australia, Antartika, Eropah dan Oceana)
  14. Dalam ilmu sains, menurut Baltimore ada terdapat 7 jenis virus.
  15. Dalam ilmu sains juga, setiap molekul Heptana mengandungi 7 atom karbon.
  16. 7 sebagai nombor atom di dalam nitrogen.
  17. 7 merupakan bilangan “KALA” dalam jadual berkala (pengelasan unsur kimia)
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu, dan Dia berkehendak menciptakan langit, dan dijadikannya tujuh langit, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”.
                                                                                                  [Surah Al-Baqarah]

Rujukan :

Tao Slayerz ..... (blogspot.com)