Thursday 17 September 2015

Analisis : Apa itu IS [Islamic State] ?


Menurut Zaini Hassan (2015), selepas Taliban di Afghanistan lenyap muncul pula al-Qaeda yang semua orang tahu diwujudkan oleh CIA melalui Osama Bin Laden untuk berlawan dengan komunis Soviet yang menjajah Afghanistan. Setelah itu, al-Qaeda pula kononnya dituduh melawan tuan [Amerika Syarikat] sehingga digelar pengganas yang perlu dihapuskan. Amerika Syarikat mewar-warkan kepada dunia bahawa al-Qaeda yang melakukan serangan ke atas WTC di New York. Akhirnya bumi Afghanistan diserang bertubi-tubi oleh Amerika dan sekutunya iaitu Yahudi-Zionis.

Selepas Afghanistan berjaya diranapkan, kini muncul pula IS [Islamic State]. Sedarkah kita siapa yang mewujudkan IS ini ? Mengapa media barat sudah tidak menyebut al-Qaeda lagi ? Adakah kerana al-Qaeda gagal memberi impak untuk merosakkan Islam lalu ia ditiadakan ? Osama Bin Laden pula dilenyapkan kononnya mayat Osama Laden telah dibuang ke laut. Lalu tiba-tiba muncul pula IS [Islamic State] yang tindakannya terlalu kejam bagi memberi impak maksimum mengenai teruknya orang Islam. Di beri lagi impak namanya pula Islam, lalu disebut hari-hari oleh media dunia dengan panggilan IS. Bukankah ini satu taktik bagi menghancurkan sesebuah bangsa, negara, agama dan tanah air ? (Zaini Hassan, 2015).

Media barat kini memperlihatkan kepada dunia satu exodus orang Islam dari negara-negara orang Islam kerana lari daripada pemerintahan kuku besi dan mahu mendapatkan perlindungan di negara Kristian barat. Setakat ini tiada negara Islam yang menyahut keadaan itu. Seperti biasa OIC, Liga Arab dan lain-lain pertubuhan Islam membisu. Hanya CNN dan BBC serta Perdana Menteri Britain, Jerman, Hungray dan anggota EC membuat liputan mengenainya. Masing-masing membuat kenyataan bagi memberi pengertian kepada pelarian beramai-ramai dari Syria, Yemen, Iraq dan Iran yang diperlihatkan kepada dunia berjalan kaki secara beramai-ramai setelah mengharungi lautan. Apabila mereka tiba di Hungray, mereka tidak diterima oleh Presidennya kerana terkenangkan zaman Uthmaniah yang menyerang dan menawan negara itu selama 250 tahun. Akibat daripada itu, ada yang ditonjolkan secara sukarela murtad dan menukar ke agama Kristian di Jerman. Manakala di Britain pula, telah mengumumkan bersetuju mengambil beribu warga Syria keutamaan kepada mereka yang menjadi anak yatim. Gambar bayi rakyat Syria yang terdampar di pantai sememangnya merentap perasaan kemanusiaan kita. Tapi adakah kita orang Islam peduli ? Adakah kita sendiri peduli ? Jika kita peduli mengapa ada segelintir kita yang pula menyokong IS ?

Tegas beliau lagi, adakah IS juga adalah ciptaan agensi kuasa besar ekoran perkembangan Islam mutakhir ini ? IS adalah satu ciptaan seperti mana al-Qaeda. Jika itulah hakikatnya, dunia yang kita tinggal ini hanyalah satu pentas sandiwara yang diarahkan oleh orang-orang politik dan kuasa besar semata-mata kerana geopolitik dan ketamakan. Manusia pula adalah pelakon-pelakon tanpa skrip yang kebingungan  untuk hidup ala filem Hollywood, The Hunger games.


Rujukan :

Zaini Hassan 2015. Dunia Ini Hanyalah Sebuah Pentas, Siapa Peduli ? Utusan Malaysia 9 September.




No comments:

Post a Comment