Monday 26 May 2014

Ramalan Rashid Sidek Tepat Sekali



Apa yang diperkatakan oleh Ketua Jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek bahawa " Malaysia perlu menang 3-0 atau 3-1 ke atas Jepun, jika tidak Malaysia sukar untuk merangkul Piala Thomas," adalah tepat sekali. Persembahan Ketua Pasukan [kapten] Piala Thomas negara Liew Darren dalam kempen Piala Thomas amat mengecewakan. Bermula dengan kekalahan kepada pemain perseorangan India Gurusaidut, kemudian tewas kepada pemain perseorangan Jerman. Ketika Malaysia bertemu dengan Korea, Liew Darren tidak diturunkan.

Apabila Malaysia layak ke separuh akhir, Liew Darren tidak sempat beraksi kerana Malaysia terlalu awal menamatkan perlawanan dengan menewaskan Indonesia 3-0. Ketika diperlawanan akhir, Malaysia diikat 2-2 oleh Jepun. Perseorangan ketiga adalah penentu kepada kejuaraan dimana Malaysia diwakili oleh Liew Darren dan Jepun diwakili oleh Takuma Ueda. Pertemuan mereka berlanjutan ke rubber set. Di set yang ketiga, Takuma Ueda menewaskan Liew Darren dengan kiraan 21-17 sekaligus mencipta sejarah buat negara Jepun. Keputusan itu menyaksikan penantian rakyat Malaysia yang mahu kemarau kejuaraan selama 22 tahun ditamatkan terus berlanjutan selepas kali terakhir skuad negara menjuarainya pada tahun 1992 di Kuala Lumpur. Berikut adalah juara-juara Piala Thomas yang lalu :

1949 : Malaya
1952 : Malaya
1955 : Malaya
1958 : Indonesia
1961 : Indonesia
1964 : Indonesia
1967 : Malaysia
1970 : Indonesia
1973 : Indonesia
1976 : Indonesia
1979 : Indonesia
1982 : China
1984 : Indonesia
1986 : China
1988 : China
1990 : China
1992 : Malaysia
1994 : Indonesia
1996 : Indonesia
1998 : Indonesia
2000 : Indonesia
2002 : Indonesia
2004 : China
2006 : China
2008 : China
2010 : China
2012 : China
2014 : Jepun

Bagaimanapun, semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh pasukan negara yang tidak mudah menyerah kalah wajar diberi pujian. Dalam perlawanan itu, Malaysia tewas kepada Jepun 2-3 diperlawanan akhir yang penuh dramatik dan mendebarkan, malam tadi.