Friday 13 June 2014

Macam-Macam : Unta Shaheen Pilih Brazil


12 Jun 2014 - Dubai : Belum pun anak panda jadi popular, muncul pula seekor unta yang dinamakan Shaheen telah digunakan oleh seorang penduduk Dubai untuk meramalkan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia yang berlangsung di Brazil. Semalam, sebelum sepak mula di antara Brazil dan Croatia, haiwan itu memilih pasukan tuan rumah sebagai pemenang. Lihat gambar di atas.

Sumber : Akhbar Harian Metro 13 Jun.

Negara-Negara Asia Yang Layak Ke Piala Dunia



Piala Dunia FIFA yang pertama diadakan adalah pada tahun 1930 di Uruguay dengan hanya 13 negara menyertainya. Pada tahun itu jugalah Uruguay muncul negara yang pertama atau negara [perintis] memenangi Piala Dunia.

Di Benua Asia, negara-negara asia yang pernah layak ke Piala Dunia adalah Jepun, South Korea, North Korea, Iran, Kuwait, Saudi Arabia, Maghribi, Tunisia, China dan Australia. Pada tahun 1950, negara India sebenarnya layak ke Piala Dunia yang diadakan di Brazil tetapi India telah menarik diri daripada kejohanan selepas dilarang bermain dengan 'kaki ayam'. FIFA telah membuat keputusan bahawa India tidak dibenarkan bermain tanpa kasut. Dengan itu, India telah menarik diri. Walau bagaimanapun, India perlu diberikan kredit kerana layak ke Piala Dunia pada tahun 1950 walaupun menarik diri.

Pelik Tapi Benar !


Thursday 12 June 2014

Piala Dunia 2014 : Sepanyol vs Belanda [Group B]

14/6/2014 - Spain vs Netherlands, merupakan perlawanan tumpuan pagi nanti. Juara bertahan Sepanyol diundi bersama dengan naib juara Piala Dunia 2010 iaitu Belanda. Kini, kedua-dua pasukan itu berentap semula dalam peringkat kumpulan. Berdasarkan ranking FIFA dan International Friendly yang dilalui oleh kedua-dua pasukan sebelum bermulanya Piala Dunia 2014, ternyata ia memihak kepada Sepanyol [La Roja].


Pasukan De Oranje pula, mungkin inilah masanya untuk menebus semula kekecewaan mereka pada perlawanan akhir 2010 di Afrika Selatan. Jika corak permainan Belanda pada pagi nanti menjadi, tidak mustahil Belanda mampu menewaskan Sepanyol. 


Mampukah De Oranje menewaskan La Roja atau hanya berkesudahan dengan 0-0 ?


Hoki Piala Dunia 2014 : Malaysia Amat Mengecewakan


Tepat jam 9:06 p.m tadi, Malaysia menamatkan tangga ke-12 dan dalam kumpulan, Malaysia tiada memungut sebarang mata. Apa sudah jadi dengan hoki negara ? Macam ada sesuatu yang tidak kena dengan hoki negara. Walau bagaimanapun, itulah hakikatnya. Dalam sesuatu permainan tak kira hoki atau permainan yang lain, kalah menang adat perlawanan.

Kekalahan hoki negara ini adalah yang paling buruk dan amat mengecewakan apatah lagi tanpa memungut sebarang mata. Dalam perlawanan sebentar tadi, Malaysia dibelasah oleh Afrika Selatan dengan 6 gol berbalas 2. Kekalahan ini sekaligus menamatkan Malaysia berada di tangga ke-12 manakala Afrika Selatan berada di tangga ke-11. Jika Malaysia inginkan kejayaan yang lebih jauh, banyak perubahan yang perlu mereka lakukan. Bukan hanya pemain sahaja, malahan Persatuan Hoki Negara perlu bertindak dengan segera untuk memperbaiki keadaan. Bagaimanapun, satu pujian juga perlu diberikan kepada pemain negara kerana layak ke Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 yang berlangsung di Belanda.

Syabas dan majulah sukan untuk negara ...




Wednesday 11 June 2014

Piala Dunia 2014 : Brazil vs Croatia [Perlawanan Pembukaan]

Detik jam 4:00 a.m nanti, bermulalah perlawanan di antara tuan rumah Brazil menentang Croatia. Di atas kertas, Brazil adalah pilihan untuk memenangi perlawanan ini berdasarkan ranking FIFA dan ramai pemain berstatus bintang bermain di Brazil berbanding dengan Croatia. Neymar tunggak utama Brazil sudah pastinya akan menggempur habis-habisan pasukan Croatia nanti.


Namun, itu bukanlah ukuran jika seandainya Croatia bermain baik seperti mana mereka lakukan pada tahun 1998 di mana Croatia layak ke semifinal dan tewas kepada France 1-2. Jika sejarah itu berulang, tidak mustahil Croatia boleh membuat kejutan. Luka Modric adalah tulang belakang Croatia yang bermain di kelab Real Madrid. 


Negara manakah yang akan memenangi perlawanan pembukaan pagi nanti ? atau sekadar seri sahaja ...



Sunday 8 June 2014

Piala Dunia 2014 : Semua Pasukan Ada 'Star'


Piala Dunia 2014 - Brazil yang tinggal 4 hari sahaja lagi telah memberikan kelainan tahun ini kerana semua pasukan yang bertanding mempunyai pemain berstatus 'bintang'. Walau bagaimanapun, pasukan yang ramai bintang berkemungkinan menjuarai Piala Dunia tahun ini. Berikut adalah pasukan pilihan, pemusnah dan underdog.

APasukan Pilihan.
  1. Sepanyol - Inesta, Diego Costa, Pedro, David Villa, Torres, Iker Casillas dan Sergio Ramos
  2. Jerman - Mesut Oezil, Lukas Podolski, Metersaker, Shwanstiger, Philip Lamp dan Muller
  3. Colombia - Radamel Falcao
  4. Brazil - Neymar, Oscar, Marcelo, Fred, David Luiz, Ramires, Paulinho, Willian dan Julio Cesar
  5. Argentina - Lionel Messi, Sergio Aguero, Higuain, Di Maria, Zabaleta dan Mascherano
  6. Uruguay - Edison Cavani dan Luiz Suarez
  7. Switzerland - Phillippe Senderos
  8. Belgium - Thomas Vermallen, Edin Hazard, Januzaj, Romelu Lukaku, Benteke, Vincent Kompany, Fellani, Dembele
*** Ia berdasarkan kepada undian teratas dalam Group A - H ***

B. Pasukan Pemusnah
  1. Itali - Mario Balotelli, Andrea Pirlo dan Gianluigi Buffon
  2. England - Wayne Rooney, Steven Gerard, Frank Lampard, Jack Wilshere dan Chamberlain.
  3. France - Frank Ribery, Koscielny, Bacary Sagna, Samir Nasri, Oliver Giroud dan Loic Remy
  4. Portugal - Christiano Ronaldo, Meireles dan Nani.
  5. Belanda - Robin Van Persie, Rafael Van Dee Vart, Arjen Robin, Daren Shnidjer dan Tim Krul 
C. Pasukan Underdog
  1. Bosnia Herzegovina - Edin Dzeko
  2. Mexico - Javier Hernandez
  3. Jepun - Shinji Kagawa
  4. Korea - Park Ji Sung
  5. Ivory Coast - Yaya Toure, Salomon Kalou, Kolo Toure
  6. Greece - Sokratis, Giorgos Samaras, Giorgos Karagounis
  7. Chile - Gary Medel
  8. Algeria - Sofiane Feghouli
  9. Russia - Yuri Zhirkov
  10. Cameroon - Samuel Eto'o, Ekotto
  11. Australia - Tim Cahill
  12. Costa Rica - Bryan Ruiz
  13. Ecuador - Antonio Valencia
  14. Honduras - Maynor Figueroa
  15. Iran - Ashkan Dejagah
  16. Nigeria - Obi Mikel, Amoebi, Victor Moses
  17. Ghana - Asamoah Gyan
  18. USA - Landon Donovan, Tim Howard, Dempsey, Bradley
  19. Croatia - Luka Modric, Niko Kranjcar
Blog Tongkat Besi memilih  :
  1. Jerman vs Argentina [Final] atau
  2. Brazil vs Argentina [Final] atau
  3. Sepanyol vs Jerman [Final] atau
  4. Sepanyol vs Brazil [Final]
Pemain manakah yang akan menyerlah dalam Piala Dunia nanti ?