Friday 31 July 2015

Teknologi : Whatsapp, Dicipta Oleh Bangsa Yahudi


Jan Koum dilahirkan pada tahun 24 February 1974 di Ukraine yang merupakan bangsa Yahudi (The Jewish Daily Forward, 2014). Menurut The Jewish Daily Forward, 2014 :

"Jan Koum was born in Kyiv, Ukraine. He is Jewish. He grew up in Fastiv, outside Kyiv, and moved with his mother and grandmother to Mountain View, California in 1992."

Jan Koum, 37, mengasaskan aplikasi WhatsApp bersama-sama Brian Acton pada 2009 dan lima tahun kemudian aplikasi itu dianggar bernilai RM22.4 bilion. Tetapi, satu ketika, Koum hanyalah pendatang asing yang bergantung pada bantuan makanan.

‘Kawan lama’ CEO Facebook, Mark Zuckerberg itu berusia 16 tahun ketika dia berpindah ke Amerika Syarikat dari Ukraine. Dia dibesarkan di sebuah rumah di luar bandar yang tidak dilengkapi kemudahan pemanas air dan elektrik dan sewaktu keluarga itu berpindah dari Ukraine, ibunya membawa bersama-sama kelengkapan persekolahan bagi menjimatkan perbelanjaan.

Sebagai pendatang, Koum dan ibunya terpaksa bergantung kepada bantuan makanan. Dan sebagai memperingati kesusahan yang pernah dilaluinya, Koum memilih pejabat kebajikan di Mountain View, tempat dia beratur untuk mengambil bekalan makanan suatu ketika dulu sebagai lokasi menandatangani perjanjian dengan Facebook. Pejabat aplikasi yang digunakan 450 juta pengguna itu terletak tidak jauh dari pejabat kebajikan berkenaan.

Acton dan Koum menandatangani perjanjian itu di luar bangunan pejabat itu dan kini Koum pergi ke pejabatnya itu dengan memandu Porsche. Kepayahan hidup yang pernah dilaluinya dapat dilihat melalui penerapan etika kerja yang sangat bersungguh-sungguh dan menolak sifat ego - WhatsApp yang menjadi fenomena global itu tidak mempunyai papan tanda syarikat di pejabatnya.

“Saya tidak merasakan perlunya meletakkan papan tanda. Saya melihatnya sebagai lambang untuk bermegah-megah saja. Kami semua tahu tempat kerja kami,” katanya.

Koum dan Acton membangunkan WhatsApp di sebuah kedai kopi berhampiran rumah mereka dan hanya dalam masa beberapa tahun, aplikasi itu sudah mencapai nilai berbilion dolar. Facebook membayar AS$12 bilion (RM 39.6 bilion) dalam bentuk saham dan AS$4 bilion (RM13.2 bilion) secara tunai kepada WhatsApp.

Selain itu, pengasas dan pekerja akan diberikan saham terhad bernilai RM9.9 bilion yang akan dipindah milik selepas tempoh empat tahun dari perjanjian itu. Acton sebenarnya pernah ditolak daripada bekerja dengan Facebook pada 2009, syarikat yang kini menandatangani perjanjian dengan WhatsApp miliknya.

Dalam status di akaun Twitternya ketika itu, Acton menulis, “Facebook menolak permohonan saya untuk bekerja dengan mereka. Ia peluang yang berharga untuk berhubung dengan orang yang hebat. Tak mengapa, bersedia untuk cabaran kehidupan seterusnya.” Untuk rekod, Twitter juga pernah menolak permohonan kerja Acton pada tahun yang sama.

Dalam pada itu, Koum berjanji walaupun sudah menandatangani perjanjian berkenaan, aplikasi itu tetap berfungsi seperti yang ada ketika ini. Facebook pula berkata, mereka akan mengekalkan WhatsApp sebagai servis yang berasingan seperti yang dilakukannya dengan Instagram yang dibeli pada harga AS$1 bilion (RM 3.3 bilion).

Sementara itu, Zuckerberg berkata dia tidak bercadang memasukkan iklan pada WhatsApp dan Koum juga berjanji untuk tidak menambah iklan pada perkhidmatan aplikasi itu. “Pengiklanan bukan cara kami - kami berhubung terus dengan pelanggan,” kata Koum.

Zuckerberg juga berkata, WhatsApp akan beroperasi sendiri sama seperti Instagram. “Kami tidak akan campur tangan. Strategi kami adalah untuk berkembang dan menghubungkan orang ramai. Apabila kita sudah mencapai penggunaan dua ke tiga bilion orang, ada caranya untuk kami membuat keuntungan,” kata Zuckerberg.


Rujukan :

Mymetro. 22/2/2014.

The Jewish Daily Forward. Reuters. 20 February 2014. Retrieved 1 March 2014.



No comments:

Post a Comment