Wednesday 8 July 2015

Sekilas Pandang IV : Zuriat Laksamana Hang Tuah


Menurut A. Samad Ahmad, 2008. Laksamana Hang Tuah mempunyai dua orang isteri. Berikut adalah kenyataan beliau :

Adapun akan Laksamana Hang Tuah rahimullah beristeri dua orang, seorang saudara Seri Bija Diraja Datuk Bongkok, beranak tiga orang, yang tua perempuan Tun Sirah namanya, duduk dengan Temenggung Khoja Hussain, beranakkan Tun Abdullah; yang tengah lelaki, Tun Biajid namanya; yang bongsu perempuan, Tun Daerah namanya, diperisteri oleh Sultan Mahmud Syah, beranak seorang perempuan, Raja dewi namanya.

Seorang lagi isteri Laksamana Hang Tuah, keluarga Bendahara Paduka Raja, beranak dua orang, yang tua lelaki bergelar Sang Guna; yang muda perempuan bernama Tun Emas Jiwa, duduk dengan Hang Nadim, beranak seorang lelaki bernama Tun Mat Ali, ayah Tun Hamzah; akan Tun Hamzah beranakkan Tun Ali, bergelar Seri Petam; sebab itulah maka Laksamana Hang Tuah, anak cucunya Melayu disebut orang datang sekarang, [Halaman 242].


Rujukan :

A. Samad Ahmad. 2008. Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.



Sekilas Pandang III : Hang Jebat vs Hang Tuah


Apabila kita meneliti kisah sejarah silam, kita akan menemui fakta. Menurut A. Samad Ahmad dalam karyanya yang berjudul Sulalatus Salatin [Sejarah Melayu] muka surat 141-142 yang berbunyi :

Belas pula mendengar Hang Tuah baharu lepas daripada pasungannya, berdiri lagi belum tetap baik, maka ia bertikam itu kemamar-kemamar bahasa lakunya. Maka keris Hang Tuah tertikam pada dinding istana itu, lekat kerisnya; maka hendak ditikam oleh Hang Jebat, maka kata Hang Tuah, "Adakah adat lelaki orang demikian ?" Jika engkau sungguh lelaki, berilah aku menanggalkan kerisku dahulu," Maka kata Hang Jebat, tanggalkan kerismu. Maka Hang Tuah pun menanggalkan kerisnya, diperbaikinya. Maka bertikam pula ia dengan Hang Jebat, dua tiga kali keris Hang Tuah tertikam kepada tiang dan dinding. Disuruh oleh Hang Jebat tanggalkan.

Jika kita menganalisis fakta di atas, maka :
  1. Mengapa Hang Jebat membenarkan Hang Tuah menanggalkan kerisnya di tiang dan dinding beberapa kali ? kerana Hang Jebat tidak sanggup membunuh rakan seperjuangannya yang dianggapnya sebagai abang kandung.
  2. Mengapa Hang Tuah beria-ia membunuh Hang Jebat ? kerana Hang Tuah mendapat titah dari Sultan Melaka yang Hang Jebat adalah derhaka.
  3. Mengapa Hang Jebat menentang Sultan Melaka ? kerana Hang Jebat menentang kezaliman raja. "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah."
Kesimpulan ; Sebenarnya, Hang Jebat boleh bunuh Hang Tuah walaupun Hang Tuah menggunakan tipu muslihatnya.


Rujukan :

A. Samad Ahmad. 2008. Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.



Tuesday 7 July 2015

Sekilas Pandang II : Pegawai Kanan Kerajaan Direman

ALOR SETAR, 15 November 2014 - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini untuk menahan reman seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta habuan berupa layanan seks.
  
Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan oleh pegawai SPRM di sebuah hotel di Jalan Putra di sini, pada kira-kira 2 petang semalam.
  
Perintah itu dikeluarkan Majistret Umzarul An-Nur Umar bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
  
Dia dipercayai meminta layanan seks daripada ibu-ibu tunggal sebagai habuan untuk membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kedah.
  
Tangkapan berkenaan dibuat selepas SPRM menjalankan intipan sejak beberapa bulan lalu dan difahamkan antara yang menjadi mangsa ialah ibu tunggal berusia 20-an. - Bernama 



Monday 6 July 2015

Sekilas Pandang Tahun 2008 : Kisah Presiden Pakistan Enggan Letak jawatan


Pada suatu ketika dulu, Presiden Pakistan Pervez Musharraf menyatakan bahawa beliau tidak akan sekali-kali meletak jawatan walaupun diberi tekanan hebat. Pengkaji memetik kisah itu melalui Utusan Online pada 11 Ogos 2008. Berikut adalah laporan akhbar berkenaan :

ISLAMABAD 11 Ogos 2008 : – Presiden Pakistan, Pervez Musharraf tidak akan meletak jawatan, kata jurucakapnya, Rashid Qureshi.

Ketika ini, kerajaan campuran di peringkat akhir untuk melancarkan prosiding bagi mendakwa sekutu Amerika Syarikat (AS) itu di Parlimen.

Dewan Perhimpunan Kebangsaan Pakistan dijadual akan bersidang bagi memberikan tekanan kepada bekas jeneral itu, walaupun ia dijangka tidak akan memulakan prosiding pendakwaan sehingga hujung minggu ini.

“Tiada sebab untuk beliau meletakkan jawatan. Apa yang mereka katakan adalah salah, jadi kenapa perlu beliau meletakkan jawatan,” kata Rashid kepada AFP.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai rancangan Pervez bagi menghadapi kemungkinan prosiding itu.

Pervez mempunyai pilihan bagi mengelak prosiding itu antaranya membubarkan Parlimen atau mengisytiharkan darurat.

Kenyataan Rashid itu adalah yang pertama daripada pihak Pervez sejak kerajaan campuran mengumumkan akan memulakan prosiding pendakwaan bagi menyingkirkan beliau selepas sembilan tahun berkuasa.

Sementara itu, seorang anggota Parti Rakyat Pakistan (PPP), Farzana Raja berkata, jawatankuasa pendakwaan hampir menyelesaikan tugas mereka.

Apa akan terjadi dengan Pervez selepas itu ?


Rujukan : 

Utusan Online 2008. Presiden Pakistan Enggan Letak Jawatan.



Filem IV : Songlap


Filem Songlap mengisahkan kehidupan penuh pancaroba dua orang adik beradik yang sememangnya dilahirkan di dalam dunia gelap atau anak jalanan. Kisah Am dan Ad yang mempunyai kehendak dan juga personaliti yang berbeza namun disatukan atas satu tujuan yang sama. Mereka berdua telah bekerja dan bersekongkol dengan sindiket menjual bayi yang dikendalikan oleh Mama dan juga kuncu-kuncunya. 

Namun keperluan dan juga kehendak mereka sangat berlainan. Si abang sibuk mengumpul duit untuk melangsaikan hutang-hutangnya dan dalam masa yang sama masih lagi terlibat di dalam kancah perjudian. Manakala, si adik pula yang baru kehilangan rakan baiknya Razak yang bergelumang dengan najis dadah telah menanam semangat baru ketika dia melalui dua penolakan yang major di dalam hidupnya. Satu, ketika dia berjumpa dengan wanita yang disangka ibunya, [yang juga merupakan seorang pelacur] tidak tahu bahawa Ad adalah anaknya. Kedua, ketika dia tidak berjaya memenangi wang hadiah dari pertandingan menari.

Namun, perjumpaan mereka dengan Hawa, adik kepada Razak yang sedang melarikan diri daripada ayahnya sendiri telah mengubah perjalanan hidup mereka. Ad sememangnya tidak setuju dan simpati dengan nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Sehingga Ad sedar bahawa dia perlu menyelamatkan Hawa dari dijual bersama dengan anak luar nikah yang dikandung Hawa. Ad dengan niat dan tekad membawa Hawa keluar dari klinik tersebut dan telah meletakkan nyawa Am juga di dalam bahaya. 

Setelah Am menyaksikan pembunuhan kejam Abang Mat oleh Keong yang juga telah meletakkan Am di dalam satu ancaman lain. Namun, pergolakan antara dua beradik ini menjadi semakin hebat apabila Ad ingin membawa Hawa dan anaknya keluar dari kancah pemerdangan manusia itu. Akibatnya, Ad dan Am diancam oleh kuncu-kuncu Mama yang mengarahkan agar mereka semua dibunuh. Mampukah dua beradik ini berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan berjayakah mereka berdua melarikan diri? Apa pula akan terjadi kepada kehidupan dua beradik ini dan Hawa ? 

Nilai dan pengajaran :
  1. Jauhilah jenayah kerana ia boleh meroasakkan akhlak dan iman.
  2. Jauhilah hutang dan jika berhutang, perlulah langsaikan secepat mungkin.
  3. Jauhilah dadah kerana boleh merosakkan masa depan.



Hiburan XIII : Dari Kacamata


Dari kacamata aku melihat
Berbagai watak yang dilakonkan
Oleh manusia yang berperanan
Di pentas dunia sandiwara

Ada yang sungguh gembira
Ada yang memilukan

Dari kacamata aku melihat
Setiap insan di dunia
Meniti kisahnya dengan perasaan
Dalam arena penghidupan

Berbagai dugaannya
Di dunia yang fana

Walau apa dilakonkan
Oleh setiap manusia
Pasti mendapat balasan
Dari yang maha ESA


Lagu : MAY
Lirik : Mus [May]


Sunday 5 July 2015

Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu

Alexis Sanchez dilahirkan pada 19 Disember 1988 di Tocopilla, Chile. Beliau memulakan kariernya sebagai bola sepak professional di Kelab Cobreloa FC pada tahun 2005. Setahun kemudian, beliau berhijrah ke Seri A di kelab Udinise FC. Pada tahun 2006, beliau berhijrah ke River Plate FC [Argentina]. Pada bulan Julai 2013, beliau berhijrah ke La Liga kelab gergasi Sepanyol iaitu Barcelona FC dengan nilai perpidahan 25 juta pound. Semusim dengan Barcelona, akhirnya pada tahun 2014 beliau berhijrah ke BPL. Arsene Wenger berjaya memikat Alexis Sanchez dengan nilai perpindahan 30 juta pound. Baru 2 musim kariernya bersama Arsenal, banyak kejayaan yang beliau kecapi antaranya :

                                 Piala Community Shield 2014 [Arsenal 3 - M. City 0]


                                        FA Cup 2014 [Arsenal 3 - Hull City 2]

                                            FA Cup 2015 [Arsenal 4 - Aston Villa 0]
                                                 
                         Copa America 2015 [ Chile 4 - Argentina 1, Sepakan Penalti]

Seperti pepatah Melayu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.


Fan Club Arsenal.