Thursday 8 May 2014

BPL : Manchester City Hanya Perlukan Seri Untuk Juara



Semalam, Manchester City telah memanafaatkan perlawanan di mana mereka telah menewaskan Aston Villa dilaman sendiri dengan jaringan 4-0. Pada minit ke-64, Edin Dzeko meletakkan Manchester City didepan. Minit ke-72, sekali lagi Edin Dzeko meledak gol kedua. Jovetic menambah jaringan pada minit ke-89. Pertahanan Manchester City iaitu Yaya Toure telah meledak gol keempat pada masa kecederaan. Dengan kemenangan itu, Manchester City berpeluang besar untuk menjuarai BPL musim ini dan hanya memerlukan seri berhadapan dengan West Ham United dilaman sendiri pada perlawanan akhir BPL hujung minggu ini. Manakala Liverpool pula mengharapkan kekalahan atau kesilapan dari Manchester City. Mereka perlu menang di perlawanan ke-38 BPL sambil mengharapkan kekalahan dari Manchester City. Mampukah Manchester City menjulang BPL musim ini buat kali ke-2 ?


Wednesday 7 May 2014

La Liga : Barcelona, Sebutir Peluru Segenggam Harapan



Semalam, peluang untuk Real Madrid memintas Barcelona dan pendahulu liga Atletico Madrid berkecai apabila sekadar seri 1-1 dengan Real Valladolid. Pada minit ke-35, Real Madrid didepan menerusi jaringan Sergio Ramos. Namun, pada minit ke-85, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan sudut selepas Via Osorio menanduk bola tersebut tepat ke gawang gol Real Madrid. 

Dengan keputusan ini, The Catalan [Barcelona] kembali bernafas dan mempunyai peluang untuk menjuarai La Liga musim ini kerana Barcelona akan melayani Atletico Madrid di laman sendiri pada perlawanan terakhir La Liga. Atletico Madrid hanya memerlukan seri di Nou Camp. Jika seri, Atletico Madrid bakal dinobatkan sebagai juara. Barcelona kini bolehlah diumpamakan " Sebutir peluru, Segenggam Harapan ". Mereka perlu menang dalam perlawanan ini bagi memastikan La Liga musim ini milik Barcelona. Mampukah Barcelona menjadi juara La Liga musim ini ?


Info IV : Ada-Ada Aje II



Hari ini, pengkaji meneruskan penceritaan ruangan info ini. Apa yang anda tahu hari ini ? Ha!, kita mesti tahu apa yang kita tidak tahu supaya kita beritahu kepada orang yang tidak tahu, dan orang yang tidak tahu dapat tahu. Ada-ada aje. Tahukah anda bahawa :
  1. Belut : Seekor belut boleh menghidupkan sebuah peti televisyen.
  2. Burung Hantu : Burung Hantu adalah satu-satunya burung yang boleh menurunkan kelopak mata bahagian atasnya untuk berkedip. Burung-burung yang lain mengangkat kelopak mata di bahagian bawah.
  3. Ulat Sutera : Seekor ulat sutera mampu memintal benang sutera hampir 2 km panjangnya.
  4. Paddy : Perkataan Paddy merupakan salah satu perkataan Bahasa Inggeris yang asalnya dipinjam dari Bahasa Melayu. Paddy diambil dari perkataan padi yang membawa maksud padi juga.
  5. Warga Amerika : Rata-rata setiap warga Amerika menggunakan 53.07 kg kentang, 52.62 kg daging, 46.36 kg sayur-sayuran segar, 32.29 kg buah-buahan dan 286 biji telur per tahun.
  6. Telur Burung Unta : Sebiji telur burung unta bersamaan dengan 24 telur biji ayam.
Ada-Ada Aje


Info III : Ada-Ada Aje



Kehidupan kita ini bukannya selalu mendung, kadang-kadang pelangi. Dalam ruangan info ini, pengkaji cuba menyampaikan info dalam bentuk yang santai. Apa cerita hari ini ? Kalau tak ada cerita, kita ceritakan yang kita tiada cerita. Itu juga merupakan cerita. Ada-ada aje. Oh ya!, percaya atau tidak, inilah realitinya. Tahukah anda bahawa :
  1. Page : Perkataan page pada istilah page rank bukanlah berasal dari perkataan page yang bererti halaman, tetapi berasal dari nama kedua penciptanya iaitu Larry Page.
  2. Stanisiawa Walaseiwlcz : Beliau merupakan anak kelahiran negara Poland yang memenangi acara lumba lari 100 meter di Sukan Olimpik 1932 di Los Angeles, Amerika Syarikat dan menjadi atlet wanita pertama yang melepasi had masa 12 saat.
  3. Arab Saudi : Penduduk Arab Saudi adalah pengguna minyak wangi terbanyak di dunia per kapita, iaitu sekitar 0.95 liter bagi setiap orang, lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
  4. Tibet : Sekitar tahun 1950-an, orang-orang Tibet membawa mayat mereka ke bukit, memotong-motongnya hingga kecil dan memberikannya kepada burung-burung sebagai makanan.
  5. Lintah : Lintah pertama kali digunakan dalam dunia perubatan sekitar 2500 tahun yang lalu. Air liur lintah mengandungi zat yang mencegah pengentalan darah manusia.
  6. Gajah : Seekor gajah dapat menghabiskan sekitar 227 kg rumput dan 227 liter air dalam sehari.
"Ada-ada aje"


Tuesday 6 May 2014

Hiburan VII : Hijau Bumi Tuhan [XPDC]



Sekali ku memandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya Tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Semusim ia datang keindahan ciptaan Tuhan
Hijau yang terbentang makhluk Tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti

Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang ria
Abadikan keindahan ini


Lagu Oleh : Izo XPDC
Lirik Oleh : JS. Kevin
Nyanyian : XPDC


Sukan XII : Perlawanan Paling Magis Di BPL



Semalam 6 Mei 2014, percaya atau tidak Liverpool yang ingin melakar sejarah untuk menjulang BPL musim ini nampak suram apabila mendahului Crystal Palace 3-0 di separuh masa kedua akhirnya berkesudahan seri 3-3. Kredit harus diberikan kepada tuan rumah iaitu Crystal Palace yang berjaya mengikat Liverpool. Pada minit ke-18, J. Allen meletakkan Liverpool didepan. Kemudian pada minit ke-53, Daniel Sturidge menjaringkan gol kedua Liverpool. Luis Suarez menambah jaringan selang 2 minit kemudian menjadikan kedudukan 3-0. Usaha tangga kejayaan, itulah taktik yang digunakan oleh Crsytal Palace. Minit ke-79, Crystal Palace merapatkan jurang jaringan. Selang 2 minit kemudian, Crystal Palace mendapat gol kedua hasil jaringan D. Gayle. Pada minit ke-88 di hujung-hujung perlawanan, D. Gayle muncul wira Crystal Palace telah menjaringkan gol penyamaan [3-3]. Sehinggalah tamat perlawanan, keputusan berkesudahan 3-3. Dengan keputusan ini, Manchester City berpeluang juara BPL buat kali kedua dengan syarat menang perlawanan menentang Aston Villa dan West Ham United. Perlawanan semalam pengkaji menyifatkan adalah perlawanan yang paling magis di BPL musim ini.


Sunday 4 May 2014

Sukan XI : Arsenal Ke Play Off UEFA Champions League 2014/2015



4 Mei 2014, Arsenal telah menewaskan West Bromich 1-0 hasil jaringan Olivier Giroud pada minit ke-14. Dengan kemenangan itu, Arsenal sekali lagi layak ke Play Off dalam kempen UEFA Champions League musim 2014/2015. Arsenal akan diundi bersama-sama dengan kelab yang menamatkan tangga ke-4 dalam liga masing-masing iaitu LA Liga, Bundesliga, Seri A, French League, dan liga eropah yang lain. Sejak 1996. Arsenal tak pernah ketinggalan beraksi dalam UEFA Champions League. Mampukah Arsenal beraksi ke Liga Juara-Juara eropah 2014/2015 ?