Saturday 4 July 2015

Copa America 2015 : "Viral" Jadi Juara [Chile Cipta Sejarah]


5 Julai : Copa America 2015 sudah pun melabuhkan tirainya di mana Chile muncul juara edisi kali ini dengan menewaskan pilihan juara iaitu Argentina dengan sepakan penalti [4-1]. Dalam perlawanan semalam, Chile dan Argentina terikat tanpa jaringan sehinggalah berlanjutan ke sepakan penalti.

Gonzalo Higuain gagal menyempurnakan sepakannya manakala Ever Banega pula sepakannya dapat diselamatkan oleh penjaga gol Chile iaitu Bravo. Penendang terakhir Chile iaitu Alexis Sanchez tidak mensia-siakan peluang yang terhidang sekali gus muncul juara Copa America 2015. Dengan kemenangan itu, Chile melakar sejarah buat pertama kalinya muncul juara Copa America sejak 1920 Copa America diperkenalkan.



Thursday 2 July 2015

Piala Sumbangsih [Community Shield 2015] : Arsenal vs Chelsea

                          2014 : Santiago Cazorla, Mikel Arteta & Alexis Sanchez

2 Ogos 2015 merupakan perlawanan pembukaan BPL bagi musim 2015/2016. Dalam perlawanan pembukaan itu, ia menyaksikan juara BPL 2014/2015 bakal bertemu dengan juara FA Cup 2015. Juara bertahan Arsenal bakal beraksi dengan Chelsea pada 2 ogos ini di Stadium Wembley. Dengan perpindahan penjaga gol Chelsea iaitu Petr Cech ke Arsenal sedikit memberi tamparan hebat buat Chelsea. Mampukah the gunners mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih musim ini ?


Fan Club Arsenal ...


Wednesday 1 July 2015

Final : Chile vs Argentina - Analisis & Viral


Jika pengkaji di beri pilihan samaada Chile atau Argentina bakal juara, maka pengkaji akan memilih 50-50. Dari segi pattern, ia memihak kepada Argentina. Cuba anda lihat pattern negara-negara yang memenangi Copa America sebelum ini.

1920 - Uruguay
1921 - Argentina

1924 - Uruguay
1925 - Argentina

1926 - Uruguay
1927 - Argentina

1935 - Uruguay
1937 - Argentina

1942 - Uruguay
1945 - Argentina

1956 - Uruguay
1957 - Argentina

2011 - Uruguay
2015 - Adakah Argentina ?

Dari segi viral pula, ia memihak kepada Chile. Cuba anda lihat gambar di bawah ini.


Dalam gambar tersebut, Alexis Sanchez telah membawa bendera negaranya ketika kelab Arsenal memenangi FA Cup ke atas Aston Villa. Alexis Sanchez seolah-olah menunjukkan sesuatu yang tersirat sebelum berlangsungnya Copa America. Pengibaran bendera Chile tersebut seolah-olah memberi petanda bahawa Chile bakal menjuarai Copa America lebih-lebih lagi Chile adalah tuan rumah. Walau bagaimanapun, itu hanyalah viral sahaja.

Kesimpulan I  : Pengkaji Optimis Argentina bakal juara Copa America 2015
Kesimpulan II : Pengkaji Optimis Chile bakal juara jika penentuan sepakan penalti.


Tuesday 30 June 2015

Final : [Chile vs Argentina] Di atas Kertas, Argentina & Chile Mampu Buat Kejutan


Yeezza! Final pilihan pengkaji iaitu Chile vs Argentina menjadi kenyataan. Tak kiralah siapa menang yang penting kedua-dua pasukan pengkaji mara ke final. Pada 5 Julai 2015 bakal menyaksikan pertemuan di antara tuan rumah, Chile dengan Argentina. Mengikut ranking FIFA, Argentina berada di ranking ke-2 dunia manakala Chile berada di ranking ke-12 dunia. Di atas kertas, Argentina mampu menjuarai edisi Copa America 2015 kali ini, tetapi jika perlawanan itu berlanjutan ke sepakan penalti maka Chile mampu buat kejutan.

Jika strategi mereka berjaya mengheret ke sepakan penalti, maka Argentina bukan lagi pilihan sebagai juara kerana dalam sepakan penalti macam-macam boleh terjadi. Oleh itu, Chile berpeluang dan mampu buat kejutan ke atas Argentina.