Tuesday 25 March 2014

Novel II : Sukma Angin (Arena Wati)


Hari ini, pengkaji cuba menyingkap kisah novel yang ditulis oleh Arena Wati pada tahun 1999. Apabila kita membaca novel ini, banyak mesej dan pengajaran yang kita dapat dalam novel ini. Berikut adalah ulasan yang dibuat oleh Ibrahim Che Noh mengenai novel ini.

Sukma Angin karya Arena Wati (1999) sebuah karya fotokopi dan nostalgia di kalangan New Historisisme juga memiliki unsur historiografik metafiksyen, menggambarkan kekuasaan politik Melayu masa silam, meski makna semiosisnya ialah kebijaksanaan Melayu menguasai teknologi perkapalan dan pelayaran laut dalam dengan penentangannya terhadap Penjajah Hindia-Belanda dan Jepun ; tetapi makna semiotiknya ialah tentang kekuasaan Melayu dalam pemerintahan dan penentangannya terhadap penjajahan.

Sukma Angin telah ditulis oleh Arena Wati dalam konteks Melayu mula kehilangan jati dirinya atau kehilangan akar sejarahnya yang diremangi oleh ekstasi kehidupan terkini yang cuba memadamkan semangat nasionalisme. Dalam beberapa keadaan ada orang yang berfahaman bahawa nasionalisme itu paralel dengan asabiah dan patriotisme juga menjadi kabur. Dalam perjuangan fundamentalisme, sering dimomokkan bahawa Islam menolak kebangsaan, ini digemakan oleh Imperialisme Barat yang diindoktrinasikan dalam jargon masa. Justeru itu, karya ini kontekstual dan beraroma pascakolonialisme dengan mencari kekuasaan politik dan mengenal jati diri melalui susuran sejarah.

Arena Wati ingin menunjukkan akibat daripada orbit perubahan kehidupan yang begitu cepat pada zaman ini demi mencari kekuatan ekonomi, Orang Melayu sering melupakan sejarah, bahkan menjadi satu bangsa yang cepat lupa diri. Mungkin kita pun sedar tentang lupa diri ini tidak hanya milik Orang Melayu, juga seperti yang dinyatakan dalam gerakan politik sastera sejarah baru, Stephen Green Blatt berbangsa eropah sering melupai sejarah masa lampau lalu mereka digesa membaca semula teks sejarah zaman Renassaince, kerana di dalamnya diceriterakan kebangkitan tamadun baru di era klasik baru 1994. Menyedari situasi ini, beliau dalam kebanyakan novelnya seperti Citra, Panrita dan Saudagar menghidupkan semula sejarah kebesaran Empayar Melayu.

Sukma Angin merupakan sebuah bricolage sejarah untuk menjadi mirror image kepada bangsa Melayu, agar mereka sedar bahawa Melayu sesungguhnya adalah bangsa yang besar, memiliki bahasa yang besar dan mempunyai kuasa politik yang besar. Sukma Angin tidak hanya sebuah kapal agama tetapi sebuah kerajaan yang tersergam. Mengendalikan kapal ditengah lautan yang ganas yang ditakdirkan oleh angin lautan, memerlukan kecekapan dan kepintaran, juga sebagai nakhoda harus adil kepada orang bawahannya. Di sinilah sebenar imej politik kapal itu. Lagipun sesiapa yang durjana, pendosa, penzina dan penzalim tidak akan diterima oleh Sukma Angin. Hanya yang soleh sahaja boleh menjadi nakhoda Sukma Angin menurut Arena Wati. Segala-galanya harus kembali kepada Islam. Islamlah yang mendasari sejarah perjalanan dan pelayaran Sukma Angin.



Rujukan :

Ibrahim Che Noh. 2005. Dakwah dan Etika Politik Di Malaysia. Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Arena Wati. 1999. Sukma Angin. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.



Agama IV : Kifarah


Hari ini, pengkaji membicarakan pula tentang kifarah yang ditulis oleh Tuan Guru Dr. Haron Din. Menurutnya, kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyakit, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') Ilahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia jelas di.sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha untuk menyembuhkannya telah dilakukan. Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba, Allah s.w.t akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (Az-Zumar: 10). 

Allah s.w.t. menetapkan martabat seseorang pada maqam-maqam tertentu. Namun amalan-amalan yang dilakukan olehnya tidak membolehkannya mencapai martabat yang ditetapkan. Untuk membolehkan hamba berkenaan mencapai martabat tadi, Allah akan mengujinya, mungkin dengan menurunkan bala ke atasnya, seperti sakit, kehilangan pancaindera dan sebagainya. Apabila diberi ujian maka Allah akan memberi kesabaran. Dengan ini hamba berkenaan akan mencapai martabat tersebut. Demikianlah kehendak Allah terhadap hambanya yang dikasihi. 

Sayyidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri, ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa. (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn).

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud : Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya, daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat. 

Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab, dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada' dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia. 

Jelas disini membuktikan bahawa setiap pihak itu perlu memainkan peranan masing-masing. Rasulullah s.a.w. menyeru orang yang sakit agar berubat. Pakar-pakar perubatan perlu berusaha, menyelidik dan mencari penemuan-penemuan baru untuk menangani penyakit berdasarkan latar belakang dan kepakaran masing-masing. Masalah kesembuhan adalah urusan Tuhan. Semakin banyak dan mendalam penyelidikan dilakukan, seseorang itu akan lebih insaf dan menyedari bahawa terlalu banyak ilmu yang tidak diketahui olehnya, menyedarikan betapa terhadnya ilmu yang dimiliki berbanding dengan ilmu Allah. Dari pengalaman seperti ini dan pengalaman harian menangani penderitaan, akan lahir golongan manusia yang berupaya bersyukur kepada Allah dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki untuk menolong manusia, bukan untuk kepentingan diri yang terlalu mengutamakan keuntungan, atau pun untuk mengagungkan diri.


Rujukan :

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din. Pusat Perubatan Darussyifa', Kifarah.



Isu Semasa V : Pusat Rawatan Bomoh 1 Malaysia


Hari ini, pengkaji merungkai pula Pusat Rawatan Bomoh 1 Malaysia yang diterajui oleh Raja Bomoh Sedunia iaitu Ibrahim Mat Zin. Menurut akhbar Media Terkini 1 Mac 2014, sejarah lagenda masa silam, Raja Bomoh Sedunia (Ibrahim Mat Zin) sering ke Kampung Durian Sebatang Lubuk Pusing untuk mengambil air di sana dengan tujuan perubatan. Mahaguru (Ibrahim Mat Zin) mempunyai cara tersendiri iaitu mengambil air dengan menggunakan gigi bersertakan bacaan ayat suci al-quran dan cara tradisonal. 

Menurut akhbar Media Terkini lagi, kaedah tersebut digunakan sejak turun-temurun dari zaman nenek moyang Ibrahim Mat Zin lagi. Cara ini digunakan oleh Nenek Uteh, Opah Hindun, Tuan Haji Uda dan Pak Ndak Odek. Ibrahim Mat Zin sebelum ini pernah membantu dalam peristiwa besar seperti Tragedi Bendera Merah (Jepun), Highlands Tower, perbicaraan Mona Fendy, menangkap buaya Puchong dan memasung puaka di Villa Nabila. Semuanya menggunakan kaedah mengambil air di Lubuk Pusing. Kini kaedah itu diperturunkan pula kepada anak-anak murid Ibrahim Mat Zin yang telah 40 tahun bersamanya belajar ilmu perubatan. Menurut mereka, mereka berikrar akan membantu sesiapa sahaja yang bermasalah di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, panel JAKIM pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.

Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlu berhati-hati dalam hal ini agar amalan kita akan diterima oleh Allah s.w.t. Setiap penyakit dan masalah ada penawarnya melainkan mati. Namun demikian, ia perlu berlandaskan syariat-syariat Islam.


Rujukan :

Akhbar Media Terkini. 2014. Pusat Rawatan Bomoh 1 Malaysia. Halaman 35.

Laporan Panel JAKIM 2004.



Sukan I : Sejarah Mike Tyson Memeluk Islam

                                                          Wajah Mike Tyson

Kali ini, pengkaji berbicara pula mengenai kisah seorang peninju yang digeruni suatu masa dahulu iaitu Mike Tyson yang memeluk Islam. Mike Tyson atau nama penuhnya Michael Gerard Tyson dilahirkan di New York City, Amerika pada 30 Jun 1966. Mike Tyson memeluk Islam sewaktu beliau berada dipenjara pada pertengahan tahun 1990-an. Secara rasmi, pada tahun 1995 selepas keluar dari penjara di Indiana, beliau mengumumkan penghijrahannya ke agama Islam yang telah dipelajarinya selama berada di penjara dengan nama Islamnya Malik Abdul Aziz (Media Terkini, 2014).

Beliau yang pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990 dan menggigit telinga lawannya telah tiba di Kota Madinah bersama Persatuan Dakwah Kanada bagi menunaikan umrah. Beliau dijangka menziarah Kota Makkah selepas melawat bandar Madinah dan bercadang melawat beberapa bandar lain. Ketika beliau berada di Raudah, beliau kelihatan menangis dan menganggap dirinya bertuah kerana berada satu daripada taman syurga (Media Terkini, 2014).

Kata rakannya iaitu Shahzad, Mike Tyson begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w di makam Rasulullah. Hampir 30 minit beliau menangis di hadapan makam Rasulullah s.a.w sambil berdoa. Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat. Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel yang didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambar dan autografi.

Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran Asosiasi Dakwah Kanada (CDA) merupakan Pertubuhan dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam untuk melawat ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan umrah.


Rujukan :

Akhbar Media Terkini. 2014. Sejarah Mike Tyson Memeluk Islam. Halaman 16.


Monday 24 March 2014

Isu Semasa IV : MH370 Goes Down In Indian Ocean

 MH370 Goes Down In Indian Ocean

Kuala Lumpur - 25/3/2014 : All 239 passengers and crew on board MH370 are feared dead after it was determined that the Malaysia Airlines Boeing 777-200 went down in the Indian Ocean. After 17 days of waiting in agony, Prime Minister Datuk Seri Tun Razak last night announced live over TV that the flight path of the missing plane ended in the southern Indian Ocean.

"Flight MH370 flew into the southern Indian Ocean," the Prime Minister said here last night. The national airline sent a text message to families expressing deep regret and said the flight is lost "beyond reasonable doubt,". We deeply regret that we have to assume beyond any reasonable doubt that MH370 has been lost and that none of those on board have survived. We must now accept all evidence suggests the plane went down in the Southern Indian Ocean.

Najib made the announcement following the never before used analysis by the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB) and Inmarsat, the UK company which provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors. Using a type of analysis never before used in a investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370 flight path. 

French investigators said Monday it was too soon to consider launching undersea searchers for the remains of the Malaysia Airlines jet that officials said went down in the Indian Ocean. France's BEA accident investigation service, which had sent three investigators to Kuala Lumpur, said the "extremely vast areas (involved) do not make it possible at this stage to consider undersea searches - AFP.

Takziah dan Al-Fatihah 


Rujukan :

The Borneo Post. 2014. MH370 Goes Down In Indian Ocean. Halaman 1.



Sunday 23 March 2014

Isu Semasa III : Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin

                                                                                                                                               
Baru-baru ini, Raja Bomoh iaitu Ibrahim Mat Zin telah memalukan negara di mana beliau mengadakan upacara yang bercanggah dengan Islam di KLIA kononnya membantu mencari misteri kehilangan Kapal Boeing MH370. Pelik tapi benar. Itulah yang dilakukan oleh beliau.


Mesyuarat Panel Kajian Akidah JAKIM pada 22 hingga 23 /11/ 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan. Baru-baru ini juga, beliau ingin mencabar dan menampar Menteri Belia dan Sukan iaitu Khairy Jamaluddin kerana diminta oleh Khairy agar beliau ditangkap. Namun, sejak 2 atau 3 hari ini, isu tersebut kembali senyap dan tiada tindakan dibuat. 


Rujukan :

Laporan Mesyuarat Panel Kajian Akidah JAKIM, 2004.




Isu Semasa II : Syiah Pemesong Akidah



Hari ini, pengkaji terus menelaah mengenai isu Syiah. Sekiranya dilihat daripada segi makna dalam Bahasa Arab, Syiah bermaksud cabang, pecahan ataupun sebahagian daripada sesuatu. Dalam Al-Quran pula iaitu surah Al-Hijr, Al-An'am, Al-Qasas, As-Saffat dan Surah Maryam, terdapat beberapa ayat yang menyatakan perkataan Syiatihi (kaum), Syiyai (umat) dan Syia-a (berpuak-puak). Dari segi bahasa pula, Syiah bermaksud kumpulan yang berasal daripada pecahan penyokong Saidina Ali bin Abi Talib r.a. yang tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis At-Tahkim bagi menamatkan Perang Siffin (Sabaruddin Hussein, 2014).

Bagi memahami dengan lebih jelas asal-usul kumpulan ini, gerakan ini sebenarnya sudah bermula sejak kepimpinan khilafah Islamiah diserahkan kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Ini kerana, Abu Bakar As-Siddiq r.a. difitnah sebagai perampas jawatan itu daripada Saidina Ali. Namun, gelaran Syiah hanya timbul selepas pertelingkahan Saidina Ali dan Muawiyah memuncak pada sekitar tahun 35 Hijrah.

Gerakan Syiah ini menjadi semakin membara pada zaman Saidina Uthman bin Affan r.a. apabila dipimpin oleh seorang Yahudi yang dilahirkan di Sanaa, Yaman bernama Abdullah bin Saba'. Beliau merupakan seorang yang berkulit hitam sehingga dipanggil sebagai Ibnu Sauda. Beliau berpura-pura memeluk Islam pada zaman Saidina Uthman untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam sejak dari zaman Khalifah Uthman bin Affan lagi. Selepas peristiwa Tahkim, lahir sebuah kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai pembela Ahlul Bait dan pejuang. Mereka mencela sesiapa sahaja yang tidak bersama-sama membela ataupun dirasakan mengkhianati Saidina Ali malah kumpulan ini turut menghukum sesiapa sahaja yang tidak menyatakan Saidina Ali r.a. sebagai Imam. Mereka juga melaknat para sahabat Rasulullah s.a.w dan Ummahtul Mukminin (Sabaruddin Hussein, 2014).

Berikut adalah ajaran-ajaran Syiah :
  1. Golongan Syiah percaya Al-quran yang ada pada hari ini telah diubah, ditambah, dikurangkan dan hanya sepertiga daripada Al-Quran asli yang diwahyukan dan diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Syiah percaya imam-imam mereka kononnya maksum dan mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
  3. Syiah menyanjung dan memuliakan Saidina Ali dan menganggap Saidina Umar, Abu Bakar dan Uthman adalah perampas (qiadah).
  4. Syiah mencela sunnah dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
  5. Syiah percaya kepada akidah Ar-Raj'ah iaitu roh-roh akan kembali kepada jasad masing-masing di dunia ini lagi sebelum kiamat.
  6. Syiah menolak Al-quran, memperolok-olok Al-quran, menghina Rasulullah s.a.w dan berpegang dengan pelbagai perkara syirik, khurafat serta mempersendakan hukum Islam.
  7. Syiah menghalalkan nikah mut'ah dan mengamalkan taqiyah. Taqiyah bermaksud menyembunyikan sesuatu kepercayaan sedangkan dalam hati mereka berpegang kuat dengan kepercayaan mereka.
Demikianlah serba sedikit mengenai ajaran syiah. Pihak berwajib perlu mengambil langkah segera bagi membasmi gerakan tersebut daripada menular dan merosakkan akidah masyarakat sehingga menggugat keharmonian dan kehidupan masyarakat negara kita.


Rujukan :

Sabaruddin Hussein. 2014. Yahudi, Syiah dan Dajal, Penyebar Fitnah dan Pemesong Akidah. Kuala Lumpur : PTS Islamika  Sdn. Bhd.



Isu Semasa : Pengkhianatan Syiah Sepanjang Zaman



Hari ini, pengkaji merungkai pula kisah pengkhianatan syiah sepanjang zaman. Menurut Sabaruddin Hussein (2014), apabila diteliti sejarah Islam, maka sepanjang sejarah itu kita tidak akan bertemu dengan riwayat pembelaan dan kesetiaan mereka terhadap Islam dan kaum muslimin. Tetapi, yang dibuktikan oleh sejarah adalah sebaliknya. Mereka adalah pengkhianat tegar yang tidak pernah berhenti daripada mencetuskan permusuhan dan melakukan pembunuhan yang tidak diketahui punca itu. Mungkin hanya kerana mereka benci kebenaran. Mari kita kaji dengan teliti rentetan penting pengkhianatan mereka sepanjang sejarah.

Pembunuhan terhadap Al-Farooq (Umar Al-Khatab) dilakukan oleh mereka melalui Abu Lu'Lu'ah Al-Majusi yang diberi gelaran oleh Syiah sebagai Baba Syujauddin iaitu pahlawan agama sejati. Di Iran, para penganut Syiah di negara itu mengadakan sambutan khas bersempena menyambut hari pembunuhan itu (Sabaruddin Hussein, 2014).

Kemudian, pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan sudah direncanakan dan dilakukan oleh tangan-tangan berdarah mereka iaitu oleh Abdullah bin Saba' dan pengikut mereka (Sabaruddin Hussein, 2014). 

Tegas beliau lagi, khilafah Abbasyiah adalah  khilafah ahlul bait susur galur keturunan al-abbas bin Abdul Mutalib dari Bani Hasyim juga sudah mereka tumbangkan dengan membunuh ratusan ribu kaum muslimin, lelaki dan perempuan, tua dan muda. Ini berikutan pengkhianatan dan persekongkolan beberapa pemimpin mereka seperti Nashiruddin Ath-Thusi dan Ibnu Al-Gami dengan Hulagu Khan serta bala tentera Mongol yang menyerang Baghdad.

Sejarah juga mencatatkan kejahatan dan pembunuhan terhadap 160 000 muslimin dari suku Quraisy iaitu suku Rasulullah s.a.w oleh pembunuh paling ganas mereka iaitu Abu Muslim Al-Khurasani. Selain itu, mereka melakukan perbuatan khianat terhadap kaum muslimin dan bersekongkol dengan bala tentera salib, selain cuba menghalang Salahudin Al-Ayubi agar tidak membebaskan Baitulmuqaddis, Al-Aqsa dan seluruh Palestin daripada cengkaman bala tentera Salib. Itu adalah perancangan jahat mereka melalui Kerajaan Fatimiyah yang bekerjasama dengan tentera Salib.

Kerajaan Syiah Sofawiyah di Iran bersekongkol dengan Yahudi, Nasrani dan Freemason bagi menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah, benteng terakhir Islam dan kaum muslimin pada waktu itu bagi membendung penjajahan barat. Lebih buruk lagi, Syiah juga membatalkan hukum jihad dengan alasan imam ghaib mereka belum keluar dari tempat persembunyian beliau. Ini agar kaum muslimin terus ditindas, dihina dan dizalimi di bawah belenggu penjajahan tanpa menerima bantuan mereka yang mengaku sebagai Ahli Kiblah yang sama (Sabaruddin Hussein, 2014).

Oleh yang demikian, kita harus berhati-hati sekiranya kita tidak mempunyai kelengkapan ilmu yang mencukupi. Mantapkan diri dan teguhkan iman. Insyaallah, kita akan selamat.


Rujukan :

Sabaruddin Hussein. 2014. Yahudi, Syiah dan Dajal. Penyebar Fitnah dan Pemesong Akidah. Kuala Lumpur : PTS Islamika Sdn. Bhd.



Agama III : Ulasan Dr. Harun Din Tentang MH370 Dan Bomoh



Hari ini, pengkaji memetik ulasan Dr. Harun Din tentang kejadian misteri MH370 dan bomoh dari BERITA SEMASA dan dari Blog-blog yang berunsurkan Islam. Berikut adalah sebahagian kenyataan beliau :
  1. Semua orang Islam (masyarakat yang beragama Islam) perlu kembali kepada cara hidup Islam dan sistem Islam.
  2. Allah s.w.t  sebenarnya telah menguji kita sejauhmana keimanan kita.
  3. Air di empangan semakin berkurang. 3/4 negeri di Malaysia berjerebu dan yang terbaru ialah misteri kehilangan kapal boeing MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts telah mencari MH370 namun tiada jawapan. Allah s.w.t sebenarnya menyedarkan kita bahawa ilmu yang kita ada sedikit berbanding dengan ilmu Allah s.w.t. Kalaupun diambil seluruh lautan dan seluruh pokok (tumbuh-tumbuhan) hingga habis untuk dijadikan tinta, masih lagi kita tidak mampu untuk menulis kalimah Allah s.w.t. Apatah lagi ilmu-Nya.
  4. Beliau juga telah membacakan ayat suci al-quran. Beliau telah mengulas isinya antaranya ialah jangan makan dan minum benda-benda yang haram. Jika kita langgar, maka Allah s.w.t akan turunkan bala.
  5. Peristiwa MH370 telah menjadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah s.w.t malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi mengatakan bahawa, kita membiarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya. Jadi, Allah s.w.t murka negara kita Malaysia dengan peristiwa seperti ini.
  6. Menurut pengalaman beliau lagi, hanya Arab Saudi airline dan Brunei sahaja mengamalkan pembacaan doa sebelum Kapal Terbang berlepas.
  7. Mengapa kita tidak berserah kepada Allah s.w.t ketika memulakan sesuatu perjalanan ? Di Malaysia, banyak orang Islam percaya perkara-perkara khurafat dan kesyirikan seperti bomoh hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam menghalang.

Rujukan :

Blog BERITA SEMASA.