Friday 20 November 2015

Filem : Keris Sempena Riau


Sinopsis.

Filem Melayu Klasik 'Keris Sempena Riau' arahan L. Krishnan pada tahun 1961 yang dibintangi oleh Salmah Ahmad dan Mustapha Maarof merupakan kisah sejarah yang berlaku pada masa silam. Dalam filem tersebut, Salmah Ahmad memegang watak sebagai Tun Zaleha dan Mustapha Maarof sebagai Engku Muda. Ayah Tun Zaleha yang memegang watak sebagai Laksmana Ali telah memfitnah ayah Engku Muda yang menyebabkan Laksmana Perwira Jiwa telah dipenjara oleh Sultan Riau kerana telah mencuri Keris Riau yang dimiliki oleh Laksmana Ali padahal Laksamana Ali telah merancangnya dengan tersusun iaitu Keris itu telah diletakkannya di tempat tinggal Laksamana Perwira Jiwa agar dituduh. Rancangannya itu telah berhasil.

Selepas pemenjaraan Laksmana Perwira Jiwa, Laksmana Ali membuat rancangan seterusnya iaitu ingin membunuh pula isteri Laksmana Perwira Jiwa dan rumah ibu Engku Muda telah dibakar. Akhirnya anak Laksmana Perwira Jiwa iaitu Engku Muda telah berjaya menangkap orang suruhan Laksmana Ali yang ingin membunuh ibunya. 

Selepas kejadian itu, Laksmana Ali telah membawa Engku Muda mengadap Sultan Riau yang akhirnya dibuat pertandingan pertikaman di antara Laksmana Ali dan Engku Muda. Pertikaman itu terhenti kerana ibu Engku Muda tiba di arena dengan membawa orang suruhan Laksmana Ali yang ditangkap oleh Engku Muda. Akhirnya Sultan murka dengan tindakan Laksmana Ali yang menyebabkan beliau dipenjara seumur hidup manakala Engku Muda dilantik oleh Sultan Riau sebagai Laksmana Engku Muda menggantikan ayahnya yang sudah uzur sejurus dilepaskan dari penjara. Manakala Tun Zaleha pula anak Laksmana Ali akhirnya berkahwin dengan Laksmana Engku Muda.

Pengajaran dari filem tersebut :
  1. Jangan membuat fitnah atau menganiaya orang lain.
  2. Jauhi sifat dengki dan tamak. Contoh Laksmana Ali inginkan jawatan Laksmana sanggup menabur fitnah.
  3. Bersifat sabar dan memohonlah pertolongan dari Allah s.w.t. Contoh ibu Engku Muda bersifat sabar walaupun rumahnya dibakar dan suaminya dipenjara namun imannya tetap teguh iaitu memohon doa agar beliau terselamat dari ancaman rancangan Laksmana Ali.
  4. Perbuatan jahat pasti ada balasannya dan sifat sabar juga pasti ada balasannya dari Allah s.w.t.



No comments:

Post a Comment