Sunday 23 March 2014

Isu Semasa : Pengkhianatan Syiah Sepanjang Zaman



Hari ini, pengkaji merungkai pula kisah pengkhianatan syiah sepanjang zaman. Menurut Sabaruddin Hussein (2014), apabila diteliti sejarah Islam, maka sepanjang sejarah itu kita tidak akan bertemu dengan riwayat pembelaan dan kesetiaan mereka terhadap Islam dan kaum muslimin. Tetapi, yang dibuktikan oleh sejarah adalah sebaliknya. Mereka adalah pengkhianat tegar yang tidak pernah berhenti daripada mencetuskan permusuhan dan melakukan pembunuhan yang tidak diketahui punca itu. Mungkin hanya kerana mereka benci kebenaran. Mari kita kaji dengan teliti rentetan penting pengkhianatan mereka sepanjang sejarah.

Pembunuhan terhadap Al-Farooq (Umar Al-Khatab) dilakukan oleh mereka melalui Abu Lu'Lu'ah Al-Majusi yang diberi gelaran oleh Syiah sebagai Baba Syujauddin iaitu pahlawan agama sejati. Di Iran, para penganut Syiah di negara itu mengadakan sambutan khas bersempena menyambut hari pembunuhan itu (Sabaruddin Hussein, 2014).

Kemudian, pembunuhan Khalifah Uthman bin Affan sudah direncanakan dan dilakukan oleh tangan-tangan berdarah mereka iaitu oleh Abdullah bin Saba' dan pengikut mereka (Sabaruddin Hussein, 2014). 

Tegas beliau lagi, khilafah Abbasyiah adalah  khilafah ahlul bait susur galur keturunan al-abbas bin Abdul Mutalib dari Bani Hasyim juga sudah mereka tumbangkan dengan membunuh ratusan ribu kaum muslimin, lelaki dan perempuan, tua dan muda. Ini berikutan pengkhianatan dan persekongkolan beberapa pemimpin mereka seperti Nashiruddin Ath-Thusi dan Ibnu Al-Gami dengan Hulagu Khan serta bala tentera Mongol yang menyerang Baghdad.

Sejarah juga mencatatkan kejahatan dan pembunuhan terhadap 160 000 muslimin dari suku Quraisy iaitu suku Rasulullah s.a.w oleh pembunuh paling ganas mereka iaitu Abu Muslim Al-Khurasani. Selain itu, mereka melakukan perbuatan khianat terhadap kaum muslimin dan bersekongkol dengan bala tentera salib, selain cuba menghalang Salahudin Al-Ayubi agar tidak membebaskan Baitulmuqaddis, Al-Aqsa dan seluruh Palestin daripada cengkaman bala tentera Salib. Itu adalah perancangan jahat mereka melalui Kerajaan Fatimiyah yang bekerjasama dengan tentera Salib.

Kerajaan Syiah Sofawiyah di Iran bersekongkol dengan Yahudi, Nasrani dan Freemason bagi menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah, benteng terakhir Islam dan kaum muslimin pada waktu itu bagi membendung penjajahan barat. Lebih buruk lagi, Syiah juga membatalkan hukum jihad dengan alasan imam ghaib mereka belum keluar dari tempat persembunyian beliau. Ini agar kaum muslimin terus ditindas, dihina dan dizalimi di bawah belenggu penjajahan tanpa menerima bantuan mereka yang mengaku sebagai Ahli Kiblah yang sama (Sabaruddin Hussein, 2014).

Oleh yang demikian, kita harus berhati-hati sekiranya kita tidak mempunyai kelengkapan ilmu yang mencukupi. Mantapkan diri dan teguhkan iman. Insyaallah, kita akan selamat.


Rujukan :

Sabaruddin Hussein. 2014. Yahudi, Syiah dan Dajal. Penyebar Fitnah dan Pemesong Akidah. Kuala Lumpur : PTS Islamika Sdn. Bhd.



No comments:

Post a Comment