Sunday 23 March 2014

Isu Semasa II : Syiah Pemesong Akidah



Hari ini, pengkaji terus menelaah mengenai isu Syiah. Sekiranya dilihat daripada segi makna dalam Bahasa Arab, Syiah bermaksud cabang, pecahan ataupun sebahagian daripada sesuatu. Dalam Al-Quran pula iaitu surah Al-Hijr, Al-An'am, Al-Qasas, As-Saffat dan Surah Maryam, terdapat beberapa ayat yang menyatakan perkataan Syiatihi (kaum), Syiyai (umat) dan Syia-a (berpuak-puak). Dari segi bahasa pula, Syiah bermaksud kumpulan yang berasal daripada pecahan penyokong Saidina Ali bin Abi Talib r.a. yang tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis At-Tahkim bagi menamatkan Perang Siffin (Sabaruddin Hussein, 2014).

Bagi memahami dengan lebih jelas asal-usul kumpulan ini, gerakan ini sebenarnya sudah bermula sejak kepimpinan khilafah Islamiah diserahkan kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Ini kerana, Abu Bakar As-Siddiq r.a. difitnah sebagai perampas jawatan itu daripada Saidina Ali. Namun, gelaran Syiah hanya timbul selepas pertelingkahan Saidina Ali dan Muawiyah memuncak pada sekitar tahun 35 Hijrah.

Gerakan Syiah ini menjadi semakin membara pada zaman Saidina Uthman bin Affan r.a. apabila dipimpin oleh seorang Yahudi yang dilahirkan di Sanaa, Yaman bernama Abdullah bin Saba'. Beliau merupakan seorang yang berkulit hitam sehingga dipanggil sebagai Ibnu Sauda. Beliau berpura-pura memeluk Islam pada zaman Saidina Uthman untuk memecah-belahkan perpaduan umat Islam sejak dari zaman Khalifah Uthman bin Affan lagi. Selepas peristiwa Tahkim, lahir sebuah kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai pembela Ahlul Bait dan pejuang. Mereka mencela sesiapa sahaja yang tidak bersama-sama membela ataupun dirasakan mengkhianati Saidina Ali malah kumpulan ini turut menghukum sesiapa sahaja yang tidak menyatakan Saidina Ali r.a. sebagai Imam. Mereka juga melaknat para sahabat Rasulullah s.a.w dan Ummahtul Mukminin (Sabaruddin Hussein, 2014).

Berikut adalah ajaran-ajaran Syiah :
  1. Golongan Syiah percaya Al-quran yang ada pada hari ini telah diubah, ditambah, dikurangkan dan hanya sepertiga daripada Al-Quran asli yang diwahyukan dan diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  2. Syiah percaya imam-imam mereka kononnya maksum dan mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
  3. Syiah menyanjung dan memuliakan Saidina Ali dan menganggap Saidina Umar, Abu Bakar dan Uthman adalah perampas (qiadah).
  4. Syiah mencela sunnah dan hadith-hadith Rasulullah s.a.w dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
  5. Syiah percaya kepada akidah Ar-Raj'ah iaitu roh-roh akan kembali kepada jasad masing-masing di dunia ini lagi sebelum kiamat.
  6. Syiah menolak Al-quran, memperolok-olok Al-quran, menghina Rasulullah s.a.w dan berpegang dengan pelbagai perkara syirik, khurafat serta mempersendakan hukum Islam.
  7. Syiah menghalalkan nikah mut'ah dan mengamalkan taqiyah. Taqiyah bermaksud menyembunyikan sesuatu kepercayaan sedangkan dalam hati mereka berpegang kuat dengan kepercayaan mereka.
Demikianlah serba sedikit mengenai ajaran syiah. Pihak berwajib perlu mengambil langkah segera bagi membasmi gerakan tersebut daripada menular dan merosakkan akidah masyarakat sehingga menggugat keharmonian dan kehidupan masyarakat negara kita.


Rujukan :

Sabaruddin Hussein. 2014. Yahudi, Syiah dan Dajal, Penyebar Fitnah dan Pemesong Akidah. Kuala Lumpur : PTS Islamika  Sdn. Bhd.



No comments:

Post a Comment