Tuesday 25 March 2014

Sukan I : Sejarah Mike Tyson Memeluk Islam

                                                          Wajah Mike Tyson

Kali ini, pengkaji berbicara pula mengenai kisah seorang peninju yang digeruni suatu masa dahulu iaitu Mike Tyson yang memeluk Islam. Mike Tyson atau nama penuhnya Michael Gerard Tyson dilahirkan di New York City, Amerika pada 30 Jun 1966. Mike Tyson memeluk Islam sewaktu beliau berada dipenjara pada pertengahan tahun 1990-an. Secara rasmi, pada tahun 1995 selepas keluar dari penjara di Indiana, beliau mengumumkan penghijrahannya ke agama Islam yang telah dipelajarinya selama berada di penjara dengan nama Islamnya Malik Abdul Aziz (Media Terkini, 2014).

Beliau yang pernah menjadi juara heavyweight dari 1986 hingga 1990 dan menggigit telinga lawannya telah tiba di Kota Madinah bersama Persatuan Dakwah Kanada bagi menunaikan umrah. Beliau dijangka menziarah Kota Makkah selepas melawat bandar Madinah dan bercadang melawat beberapa bandar lain. Ketika beliau berada di Raudah, beliau kelihatan menangis dan menganggap dirinya bertuah kerana berada satu daripada taman syurga (Media Terkini, 2014).

Kata rakannya iaitu Shahzad, Mike Tyson begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah s.a.w di makam Rasulullah. Hampir 30 minit beliau menangis di hadapan makam Rasulullah s.a.w sambil berdoa. Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat. Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel yang didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambar dan autografi.

Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran Asosiasi Dakwah Kanada (CDA) merupakan Pertubuhan dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam untuk melawat ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan umrah.


Rujukan :

Akhbar Media Terkini. 2014. Sejarah Mike Tyson Memeluk Islam. Halaman 16.


No comments:

Post a Comment