Tuesday 25 March 2014

Isu Semasa V : Pusat Rawatan Bomoh 1 Malaysia


Hari ini, pengkaji merungkai pula Pusat Rawatan Bomoh 1 Malaysia yang diterajui oleh Raja Bomoh Sedunia iaitu Ibrahim Mat Zin. Menurut akhbar Media Terkini 1 Mac 2014, sejarah lagenda masa silam, Raja Bomoh Sedunia (Ibrahim Mat Zin) sering ke Kampung Durian Sebatang Lubuk Pusing untuk mengambil air di sana dengan tujuan perubatan. Mahaguru (Ibrahim Mat Zin) mempunyai cara tersendiri iaitu mengambil air dengan menggunakan gigi bersertakan bacaan ayat suci al-quran dan cara tradisonal. 

Menurut akhbar Media Terkini lagi, kaedah tersebut digunakan sejak turun-temurun dari zaman nenek moyang Ibrahim Mat Zin lagi. Cara ini digunakan oleh Nenek Uteh, Opah Hindun, Tuan Haji Uda dan Pak Ndak Odek. Ibrahim Mat Zin sebelum ini pernah membantu dalam peristiwa besar seperti Tragedi Bendera Merah (Jepun), Highlands Tower, perbicaraan Mona Fendy, menangkap buaya Puchong dan memasung puaka di Villa Nabila. Semuanya menggunakan kaedah mengambil air di Lubuk Pusing. Kini kaedah itu diperturunkan pula kepada anak-anak murid Ibrahim Mat Zin yang telah 40 tahun bersamanya belajar ilmu perubatan. Menurut mereka, mereka berikrar akan membantu sesiapa sahaja yang bermasalah di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, panel JAKIM pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin bercanggah dengan akidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan.

Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlu berhati-hati dalam hal ini agar amalan kita akan diterima oleh Allah s.w.t. Setiap penyakit dan masalah ada penawarnya melainkan mati. Namun demikian, ia perlu berlandaskan syariat-syariat Islam.


Rujukan :

Akhbar Media Terkini. 2014. Pusat Rawatan Bomoh 1 Malaysia. Halaman 35.

Laporan Panel JAKIM 2004.



1 comment:

  1. #cinta #selingkuh #bercerai #berpisah #sihir #santau #pelindungdiri #gay #keluarga #penang #kelantang #selangor #kekasih #pakcik #minyakpenunduk #ilmupenunduk #pelarisniaga

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 822 4631 1483

    ReplyDelete