Saturday 2 August 2014

Sejarah : Bagaimana Penubuhan Negara Israel Terjadi ?

Sejarahnya bermula apabila Perang Dunia Pertama meletus (1914-1918). Dalam peperangan tersebut, Kerajaan Turki Uthmaniah yang menguasai dan memerintah sejumlah besar negara Islam termasuk di Timur Tengah dan Afrika Utara telah menyebelahi Jerman. Tokoh-tokoh zionis segera melihat kesempatan yang terbuka luas untuk mereka (Shafie Abdul Rahman, 2014).

Akibat daripada itu dan tewasnya Jerman dalam Perang Dunia Pertama, Chaim Weizmann segera menulis surat kepada Parlimen British pada tahun 1917. Dalam suratnya itu, beliau memohon sokongan serta persetujuan daripada Kerajaan British agar sebuah negara Yahudi ditubuhkan di Palestin. Pada 2 November 1917, Menteri Luar British iaitu Lord Balfour telah menulis surat kepada Parlimen British.

Sebaik sahaja menerima surat daripada Lord Balfour itu, Parlimen British segera menyatakan persetujuannya dan menerima cadangan tersebut. Lord Balfour kemudiannya menulis surat kepada jutawan Yahudi iaitu Baron Rothschilds menyatakan bahawa Kerajaan British yang berada di bawah naungan Ratu Inggeris dengan segala senang hati merestui pembentukan sebuah negara Yahudi di Palestin. Dalam surat tersebut. Lord Balfour menyatakan bahawa Kerajaan British akan menggunakan segala kuasa, pengaruh dan kekuatannya bagi menjamin kejayaan usaha-usaha penubuhan negara Yahudi tersebut di bumi Palestin (Shafie Abdul Rahman, 2014).

Menurut Sabaruddin Hussien (2014), keturunan Rothschild merupakan pakar strategi Yahudi bagi menguasai kekayaan seluruh dunia. Pelbagai sistem yang merosakkan dikuatkasakan oleh mereka ke atas penduduk dunia yang bertujuan untuk mengaut keuntungan dan menguasai dunia.

Akhirnya, pada tahun 1936 sebuah Suruhanjaya yang dipanggil sebagai Suruhanjaya Peel telah mencadangkan agar Palestin dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu satu bahagian untuk orang Yahudi dan satu lagi untuk orang Arab-Palestin. Walau bagaimanapun, cadangan itu telah ditolak oleh British atas alasan akan tercetusnya pemberontakan Arab-Palestin. Sebaliknya British telah menyerahkan kepada PBB untuk menyelesaikan hal tersebut. Sebenarnya itulah taktik yang dilakukan oleh Yahudi dan British yang telah bersekongkol.

Kesan daripada itu, Resolusi 181 telah membuat keputusan bahawa Palestin akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu antara orang Yahudi dan Arab. Orang Yahudi menerima 56% daripada bumi Palestin yang ketika itu terletak di bawah mandat British. Jerusalem dan Baitulmuqaddis akan ditadbir oleh PBB, sementara kawasan-kawasan lain diserahkan kepada orang Arab-Palestin. Resolusi ini diterima oleh majoriti masyarakat Yahudi dan ditentang oleh Arab.

Pada tahun 1947, cadangan ini telah diundi dalam perhimpunan Agung PBB. Hasil daripada itu, sebanyak 33 buah negara telah menyokong, 13 buah negara menentang dan 10 buah negara berkecuali. Resolusi ini ditolak oleh semua negara Arab, yang kemudian bercadang membawanya ke Mahkamah Antarabangsa. Walau bagaimanapun, usaha tersebut tidak mendapat sokongan. Akhirnya, pada 15 Mei 1948, Kerajaan British telah mengundurkan askar-askarnya daripada wilayah Palestin dan negara Israel tertubuh di bumi Palestin.


Rujukan :

Sabaruddin Hussein. (2014). Yahudi, Syiah dan Dajal : Penyebar Fitnah, pemesong Akidah. Kuala Lumpur : PTS Islamika Sdn. Bhd.

Shafie Abdul Rahman. (2014). Darah Yahudi : Muslihat Yahudi Menguasai Dunia. Kuala Lumpur : Darul Taklim.




No comments:

Post a Comment