Saturday 2 August 2014

Penglibatan Kerajaan Uthmaniah [Turki] Satu Kesilapan Besar ?

Apabila Perang Dunia Pertama meletus, Kerajaan Uthmaniah di Turki turut terlibat dalam peperangan ini. Turki tidak mempunyai banyak pilihan selain menyebelahi pakatan kuasa-kuasa pusat iaitu Jerman, Austria dan Hungray. Agen-agen gerakan zionis yang sememangnya mempunyai rangkaian mereka di Istanbul, sengaja mencetuskan keadaan yang mendorong Turki terlibat. Turki sememangnya menentang Gerakan Zionis yang mendapat sokongan daripada Perancis dan Britain. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Uthmaniah Turki telah menyertai Jerman dengan harapan dapat menewaskan British dan Perancis serta dapat menewaskan gerakan zionis (Shafie Abdul Raman, 2014).

Ternyata penglibatan Empayar Uthmaniah Turki itu adalah satu kesilapan besar yang dilakukan oleh mereka. Jerman yang menerima beberapa kekalahan demi kekalahan di barisan hadapan medan peperangan, telah membuat keputusan untuk meminta gencatan senjata diadakan bagi mengelakkan tenteranya berterusan mengalami kekalahan serta negara mereka ditawan tentera Bersekutu [Amerika, Perancis dan British]. Akibatnya, Jerman menandatangani Perjanjian Versailles 1918.

Empayar Uthmaniah pada masa itu dipimpin oleh Syeikh Amin al-Husseini yang bertugas di Jerusalem sebagai mufti Palestin pada tahun 1922-1937. Beliau dapat menghidu gerakan zionis yang cuba untuk berusaha menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Oleh itu, beliau telah memberi sokongan kepada Adolf Hitler dan menyertai Jerman dalam Perang Dunia Kedua. Sebelum itu, ramai juga pemimpin Islam telah menyertai Jerman dalam Perang Dunia Pertama.

Syeikh Amin memberikan kata-kata semangat kepada tentera Jerman yang beragama Islam dan Hitler. Bahkan, Syeikh Amin mewar-warkan dan melakukan siaran-siaran di Radio menyatakan pendiriannya yang menyokong Jerman dalam Perang Dunia Kedua. Sebenarnya, beliau sama sekali tidak menyangka bahawa gerakan zionis juga berada di belakang Jerman dan Hitler, yang sengaja mencetuskan Perang Dunia Kedua demi untuk mencapai politik mereka serta menguasai ekonomi dunia. Hitler sendiri merupakan seorang yang minat berfalsafah dan tertarik dengan Islam. Pada masa yang sama juga, Hitler bertanyakan kepada Syeikh Amin tentang sikap-sikap Yahudi di dalam Al-quran. Sebagai pemimpin agama, Syeikh Amin dihormati oleh Hitler. Sebab itulah beliau dibenarkan untuk berceramah dan memberi kata-kata semangat kepada pasukan tentera Jerman. Tidak ada agenda lain selain mahu melihat kejayaan Jerman dan negara-negara yang bersekutu dengannya dalam menentang pasukan [Amerika, Perancis dan British] yang dikuasai oleh gerakan zionis, Yahudi (Shafie Abdul Rahman, 2014).

Akhirnya, salah seorang anggota keluarga Syeikh Amin iaitu Abdul Qadir telah menubuhkan pasukan Islam Palestin yang dikenali sebagai Munathamat al-Jihad al-Muqaddas. Beliau dan anggota-anggota pasukan pejuang jihad diasaskannya bersama-sama dengan Hasan Salama. Abdul Qadir telah gugur ketika menentang tentera Israel dalam pertempuran al-Qastal pada tahun 1948 bersama-sama 18 orang tenteranya (Shafie Abdul Rahman, 2014).

Apa yang terjadi dengan Turki setelah sekutunya Jerman tewas ? Sultan Hamid II adalah pemimpin Islam yang terakhir dalam Empayar Uthmaniah. Gerakan zionis Yahudi dengan rangkaian pertubuhan sulitnya Freemason, telah berusaha menghancurkan Kerajaan Uthmaniah dan cuba memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Gerakan Freemason ini sebenarnya berada dibelakang Mustafa Kamal Atartuk yang akhirnya berjaya menggulingkan Sultan Hamid II. Kemudiannya, Mustafa Kamal Atartuk mendirikan negara Turki moden serta menamatkan sistem pemerintahan Islam yang terakhir di Turki.

Oleh itu, kita perlu mengambil iktibar daripada kisah sejarah ini. Sejarah tidak pernah menipu. Apa yang pasti, itu merupakan rencana Yahudi bagi menguasai dunia. Wallah hualam.


Rujukan :

Shafie Abdul Rahman. (2014). Darah Yahudi : Muslihat Yahudi Menguasai Dunia. Kuala Lumpur : Darul Taklim.



No comments:

Post a Comment