Saturday 2 August 2014

Sejarah : Pada Tahun 1935, Jerman Melanggar Perjanjian Versailles

Akibat daripada Perjanjian Versailles, rakyat Jerman menghadapi kemelaratan hidup akibat perjanjian tersebut. Seramai 250 000 orang rakyat Jerman mati akibat kebuluran. Negara Jerman terpaksa menggunakan sebahagian besar daripada pendapatannya untuk membayar ganti rugi yang besar jumlahnya ketika Perang Dunia Pertama. Hal ini menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati rakyat Jerman. Mengikut perjanjian tersebut, Jerman dikehendaki membayar sejumlah US$32 billion termasuk faedah. Mengikut perkiraan, Jerman perlu membayar sejumlah US$500 juta setahun dan memerlukan tempoh selama 64 tahun barulah dapat menjelaskan hutangnya akibat Perjanjian Versailles. Rakyat Jerman berpendapat apa yang menimpa negara mereka adalah berpunca daripada ketidakadilan Negara-Negara yang menang [British, Amerika Syarikat dan Perancis] serta adanya penglibatan pembiaya Yahudi yang berlindung di belakang para pemimpin negara tersebut (Shafie Abdul Rahman, 2014). Manakala sekutu Jerman di Asia pula iaitu Jepun telah tewas setelah Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki. Akibatnya, Jepun telah menyerah kalah kepada British dan sekutunya Amerika Syarikat.

Hitler dan para pemimpin angkatan perang Nazi Jerman menyedari tentang penglibatan para pembiaya atau tokoh-tokoh kewangan antarabangsa Yahudi yang bertujuan mengenakan hukuman terhadap Jerman. Pada 16 Mac 1935, Hitler telah bertindak mencabuli Perjanjian Versailles yang dianggap tidak adil dan berat sebelah serta sengaja hendak menganiaya Jerman. Hitler telah mengarahkan agar kekuatan angkatan tenteranya dibina semula walau pun bertentangan dengan Perjanjian Versailles.

Majlis Tertinggi Nazi Jerman kemudian telah meluluskan penggubalan undang-undang yang dikenali sebagai Undang-Undang Nuremberg. Berikutan undang-undang itu, semua rakyat di Jerman yang berbangsa Yahudi telah dilucutkan kerakyatannya. Ramai daripada orang Yahudi yang telah ditahan dan kemudiannya mati di kem-kem tahanan. Dalam jangka masa beberapa tahun selepas undang-undang Nuremberg ini dikuatkuasakan, kira-kira 250 000 orang Yahudi telah diusir dari negara Jerman. Pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi ini dilakukan sebagai perbuatan membalas dendam rakyat Jerman akibat daripada Perjanjian Versailles yang dibiayai oleh Yahudi.

Akibat serangan ini, maka tercetusnya Perang Dunia Kedua dan Jerman telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam terhadap orang Yahudi di eropah. Hitler berpandangan untuk menyelesaikan habis-habisan masalah yang berbangkit dengan orang Yahudi di eropah. Kesannya, pembunuhan secara sistematik ini dilakukan hampir di semua negara yang dikuasai oleh Nazi Jerman yang membabitkan sebanyak 35 buah negara di eropah. Pembunuhan beramai-ramai ini digelar sebagai pembersihan etnik. Seramai 3 juta Yahudi dibunuh di Poland, 1 juta rakyat Yahudi dibunuh di Soviet Union dan beratus-ratus ribu rakyat Yahudi dibunuh di Belgium, Itali, Yugoslavia, Perancis dan Belanda.

Menurut Raul Hilberg, beliau mengesahkan pendapat bahawa Hitler menganggap pembunuhan orang Yahudi adalah satu langkah penyelesaian terakhir terhadap masalah yang ditimbulkan mereka di eropah.


Rujukan :

Shafie Abdul Rahman. (2014). Darah Yahudi : Muslihat Yahudi Mnguasai Dunia. Kuala Lumpur : Darul Taklim.



No comments:

Post a Comment