Saturday 12 April 2014

Info : 394 Buah Pulau Terdapat Di Sabah


Tahukah ada bahawa negeri Sabah ini mempunyai 394 buah pulau yang dikenal pasti. Antara pulau yang menjadi tumpuan pelancongan di Sabah ialah :
  1. Pulau Ligitan - Pulau ini tidak jauh dari Pulau Kalimantan. Pulau kecil ini terletak di Tawau dan di Laut Sulawesi. Suatu ketika dulu, pulau ini dituntut oleh Indonesia dan akhirnya Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memutuskan bahawa Pulau Ligitan merupakan wilayah Malaysia pada tahun 2003.
  2. Pulau Kapalai - Terletak antara Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit menaiki bot dari Pulau Sipadan dan 40 minit dari Tawau-Semporna dengan menaiki bot laju. Pulau ini dianggap cukup unik kerana tidak mempunyai daratan. Bangunan resort hanya dibina atas beting pasir yang timbul.
  3. Pulau Tiga - Pulau ini pulau yang terbesar di Sabah. Ia terletak kira-kira 48 kilometer dari Kota Kinabalu. Pulau Tiga ini juga dikenali sebagai survivor Island kerana menjadi lokasi utama program TV popular 'survivor' pada tahun 1999. Jarak perjalanan pulau ini mengambil masa 45 minit dari Kota Kinabalu.
  4. Pulau Sipadan - Satu-satuya pulau Samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut.
  5. Pulau Mabul - Terletak dipesisir pantai tenggara. Pulau ini terkenal kerana dekat dengan Pulau Sipadan. Pulau kecil ini melengkung dan terdapat banyak batu karang pelbagai jenis. Dasarnya tidak dalam, sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti selam skuba.
  6. Pulau Layang-Layang - Pulau ini terkenal kerana kecantikan terumbu karang dan terletak di barat laut Sabah yang merupakan destinasi selam skuba terkenal di dunia. Terletak kira-kira 300 km dari Kota Kinabalu, mengambil masa kira-kira sejam menaiki kapal terbang.
  7. Pulau Dinawan - Pulau ini terletak di selatan Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira 25 minit menaiki bot laju melalui jeti Marine Sutera di Kota Kinabalu.
  8. Pulau Lankayan - Terletak di utara barat Laut Sulu, berdekatan dengan bandar Sandakan. Terkenal kerana keunikan hidupan marin seperti ikan yu dan ikan pari serta kawasan pemuliharaan penyu.
  9. Pulau Mataking - Pulau ini terletak di Laut Sulawesi. Perjalanan mengambil masa 40 minit dari bandar Semporna dan 45 minit dari Pulau Sipadan. Pulau Mataking mempunyai rangkaian pulau kecil yang dikenali sebagai Mataking kecil yang mengambil masa 20 minit dari pulau induk. Kawasan menyelam yang paling terkenal ialah Magic Rick, Mantis Reef dan Alice Wall.
  10. Pulau Libaran / Penyu - Terletak 40 km dari bandar Sandakan. Ia terdiri daripada 3 pulau iaitu Pulau Selingan, Pulau Bakungan dan Pulau Gulisan. Pulau ini terkenal dengan tarikan spesies penyu hijau (Green Turtles) dan penyu karah (Hawksbill Turtles) yang datang bertelur di pantai. Jarak perjalanan ke pulau ini dari Sandakan kira-kira sejam.
Pulau-pulau lain yang terdapat di Sabah ialah Pulau Balambangan, Pulau Balabac, Pulau Banggi, Pulau Jambongan, Pulau Sebatik, Pulau Manukan, Pulau Sulug, Pulau Gaya, Pulau Mantanani, Pulau Salakan, Pulau Tabun, Pulau Bum-Bum, Pulau Mamutik, Pulau Serangga, Pulau Billean, Pulau Adal, Pulau Bai, Pulau Bait, Pulau Batik Kulambu, Pulau Tegaipil, Pulau Pababag dan lain-lain.


Rujukan :

Mohd Azam Shah Yaacob. 2014. Sempadan Pantai Di Sabah.________________ .


No comments:

Post a Comment