Friday 11 April 2014

Agama V : Musibah


12 April 2014 - Sabtu. Menurut Professor Madya Dr. Muhd Najib Abdul Kadir, dalam rancangan TV yang berjudul Tanyalah Ustaz yang disiarkan di TV9, Musibah terdiri daripada 3 jenis iaitu :
  1. Kafarah / Kifarah - Ia membawa maksud penebus dosa. Kifarah bermaksud balasan Allah s.w.t terhadap orang-orang baik yang telah melakukan kejahatan ataupun terlanjur melakukan kejahatan atau kezaliman. Maka Allah s.w.t akan membalasnya di dunia. Di akhirat pula mereka ini terlepas dari azab Allah s.w.t.
  2. Bala' - Bala' bermaksud balasan Allah s.w.t terhadap orang-orang jahat yang melakukan kejahatan atau kezaliman. Golongan ini akan menerima azab di dunia dan di akhirat. Contohnya, kaum Nabi Luth, Qarun dan Raja Namrud telah menerima bala' dari Allah s.w.t.
  3. Ibtila' - Ibtila' pula bermaksud balasan Allah s.w.t terhadap orang-orang baik yang melakukan kebaikan. Mereka ini juga diuji oleh Allah s.w.t. Misalnya, Nabi Muhammad s.a.w, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Nuh. Mereka ini menerima ujian yang berat dari Allah s.w.t dan mereka juga digelar sebagai ulul azmi. Akhirnya  mereka ini mendapat ganjaran tertinggi dari Allah s.w.t di atas kesabaran dan ketabahan mereka mengharungi ujian dari Allah s.w.t.
Oleh yang demikian. apabila kita menerima sesuatu musibah, maka kita hendaklah bersabar dan meningkatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya, setiap yang berlaku itu, pasti ada hikmahnya.


No comments:

Post a Comment