Monday 14 April 2014

Sukan III : Barclays Premier League Semakin Sengit


Hari ini, pengkaji memaparkan pula kisah BPL 2013/2014 yang berbaki 4 perlawanan sahaja lagi. Terbaru, Liverpool telah menewaskan Manchester City 3-2 sekaligus menghuni tangga teratas setakat ini iaitu 77 mata. Diikuti oleh pasukan The Blues [Chelsea] dengan 75 mata dan Manchester City 70 mata tetapi kendalian Manuel Luiz Pelligrini ini kurang 2 perlawanan. Jika dicongak, Manchester City berada ditangga kedua dengan 76 mata dengan syarat memenangi 2 perlawanan tersebut.

Kini, liga perdana Inggeris semakin sengit di mana pertempuran 3 penjuru iaitu Liverpool, Manchester City dan Chelsea. Segala-galanya akan terjawab apabila Liverpool vs Chelsea nanti iaitu perlawanan ke-36. Secara matematiknya dengan baki 4 perlawanan :

Liverpool : vs Norwich City, Chelsea, Crystal Palace dan Newcastle
M. City : vs Sunderland, Aston Villa, West Bromich, Crystal Palace, Everton dan West Ham United
Chelsea : vs Sunderland, Liverpool, Norwich City dan Cardif City

Dilihat pertemuan di atas, Manchester City berkelebihan kerana menentang pasukan underdog. Jika Liverpool membuat kejutan di Anfield nanti, maka Brendan Rodgers bolehlah menarik nafas lega kerana kejuaraan hampir milik mereka.


No comments:

Post a Comment