Thursday 10 April 2014

Sukan II : Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN)


Hari ini pengkaji melihat pula Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, semalam. Dalam perasmian itu, beliau telah menyentuh mengenai ranking FIFA Malaysia sekarang ini yang berada pada kedudukan ke-142, turun satu tangga berbanding tahun lalu berada pada ranking ke-141. Berikut adalah sedikit mengenai info Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang dilancarkan semalam :

Visi Pelan
Melahirkan ramai pemain bola sepak bertaraf dunia secara konsisten

Misi PPBN
Mewujudkan satu ekosistem pembangunan bola sepak yang sistematik dan menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti dan kualiti pemain

Teras Strategik PPBN
- Membentuk gaya, meningkatkan kualiti dan membina kendiri dengan DNA bola sepak negara
- Mengenal pasti dan membentuk wira bola sepak negara
- Menyediakan kemudahan yang menepati piawaian kepada semua
- Meningkatkan pembangunan kejurulatihan
- Mengukuhkan struktur pertandingan di pelbagai peringkat

Dalam negara Asia Tenggara, Malaysia berada di ranking dibelakang Filipina, Vietnam dan Thailand. Di peringkat Asia pula, Malaysia terus berada pada kedudukan ke-22 daripada 46 buah negara di Asia. Berjayakah pelan pembangunan ini dalam jangka masa 6 tahun (2014-2020) ?


Rujukan :

Berita Harian 2014. PPBN Projek Nasional. Halaman 39.



No comments:

Post a Comment