Monday 4 August 2014

Bahagian I : Bagaimanakah Amerika & Yahudi Mengucarkacirkan Dunia Arab ?

Setelah Empayar Turki Uthmaniah berjaya digulingkan oleh Yahudi melalui Mustafa Kamal Ataturk dan berjaya menubuhkan negara Israel di bumi Palaestin, Yahudi meneruskan agendanya untuk mengucarkacirkan dunia arab dengan tujuan menghancurkan umat Islam dan ingin menguasai dunia.

Apabila Resolusi 181 dibentangkan di PBB, antara negara terawal yang mengiktiraf penubuhan negara Israel ialah Amerika Syarikat. Kemudiannya diikuti oleh negara Iran yang ketika itu diperintah oleh Shah Mohammad Reza Pehlavi. Beliau adalah pengkhianat kepada umat Islam di Palestin. Ketika itu, beliau sendiri adalah boneka Amerika Syarikat (Shafie Abdul Rahman, 2014).

Berikutan pengisytiharan negara Israel di bumi Palestin pada tahun 1948, Mesir, Iraq, Lubnan dan Syria melancarkan serangan. Satu gencatan senjata dipersetujui pada 11 Jun 1948, tetapi pertempuran meletus semula pada pertengahan bulan Oktober. Peperangan Arab-Israel tersebut berakhir pada 24 Julai 1949 berikutan termeterainya Perjanjian Armistice 1949 antara Israel dengan Syria. Melalui perjanjian itu, Israel mengekalkan wilayahnya di Palestin (Shafie Abdul Rahman, 2014).

Apabila Iran menyokong penubuhan negara Yahudi di bumi Palestin, akhirnya Amerika Syarikat sendiri berjaya menggulingkan dan mengkhianati pula Shah Reza Mohammad melalui serangan Syiah. Kini, Amerika Syarikat pula berjaya mempengaruhi Saddam Hussien untuk melancarkan perang ke atas Iran pada tahun 1980. Pada satu peringkat, angkatan tentera Iraq berjaya menewaskan Iran yang tidak stabil akibat Revolusi Islam. Iran walau bagaimanapun berjaya bangkit melalui tentera Revolusinya dan berjaya mengusir keluar tentera Iraq dari Iran.

Setelah berakhirnya Perang Iraq-Iran pada tahun 1988, tentera Iraq muncul sebagai angkatan pertahanan negara Islam yang kuat serta memiliki senjata yang canggih. Ini semua adalah hasil daripada bantuan Amerika Syarikat sendiri yang dikuasai oleh para pelobi Yahudi yang mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan daripada penjualan senjata dan peralatan ketenteraan. Akibatnya, Iraq mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk dan terpaksa menanggung hutang yang banyak akibat perang dengan Iran. Berikutan itu pula, Iraq mempunyai pertelingkahan dengan Kuwait, akhirnya Iraq tak semena-mena menyerang Kuwait pada tahun 1990 dan berjaya menawan Kuwait dalam tempoh seminggu. Semuanya ini berlaku di bawah pengawasan Amerika Syarikat yang sebenarnya memang merancang agar peristiwa penaklukan tersebut berlaku kerana mempunyai perancangan yang cukup besar (Shafie Abdul Rahman, 2014).

Tanpa diduga, Amerika Syarikat dengan dibantu oleh 48 buah negara lain, akhirnya melancarkan perang terhadap Iraq dalam peristiwa yang dikenali sebagai Perang Teluk I pada tahun 1991. Tidak cukup dengan itu, pada tahun 2003 sekali lagi Amerika Syarikat, Britain dan Israel dengan mandat PBB telah menyerang Iraq atas dakwaan Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran dan nuklear semasa Iraq menyerang Iran-Kuwait pada tahun 1988 dan 1990. Pada hal senjata-senjata canggih itu datangnya dari Amerika Syarikat sendiri dan dakwaan bahawa Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran dan nuklear tiada sebarang bukti ditemui sehingga ke hari ini. Itulah permainan mereka dan taktik yang dirancang begitu rapi serta melaga-lagakan dunia Arab agar musnah. Itulah sebenarnya matlamat mereka.

Akibatnya, Sadam Hussien dituduh sebagai pengganas dan zalim serta tidak berperi kemanusiaan. Iraq terjerumus dalam kancah perang saudara dan pertelingkahan kaum yang menyebabkan ribuan rakyatnya terbunuh. Sadam Husssien pula dibicarakan di Mahkamah Antarabangsa dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

"Pengisytiharan penubuhan negara Israel berlaku dalam keadaan para pemimpin negara-negara Islam dalam keadaan leka dan lalai. Para pemimpin mereka pada ketika itu tidak menjadikan Islam dan al-quran sebagai panduan hidup, yang ada ketika itu hanyalah semangat dan emosi yang tidak berpaksikan iman dan akal," [Shafie Abdul Rahman, 2014].


Rujukan :

Shafie Abdul Rahman. (2014). Darah Yahudi : Muslihat Yahudi Menguasai Dunia. Kuala Lumpur : Darul Taklim.




No comments:

Post a Comment