Monday 4 August 2014

Bahagian II : Bagaimanakah Amerika & Yahudi Mengucarkacirkan Dunia Arab ?

Sebelum Iraq, Kuwait dan Iran berjaya dilagakan oleh Yahudi dan Amerika Syarikat, terlebih dahulu Yahudi dan Amerika berjaya menghidu pemimpin Mesir yang cuba membentuk satu blok pakatan politik dengan Syria dan Libya dalam usaha menentang negara Israel. Walau bagaimanapun, akhirnya mereka berjaya menghalang usaha-usaha tersebut dan Mesir berjaya dijinakkan oleh mereka melalui Perjanjian Kem David. Apabila al-Malik Faisal  berusaha untuk menjadikan minyak sebagai senjata dalam usaha menentang Israel, agen-agen Mosad yang dibantu oleh agen CIA berjaya merancang pembunuhan beliau. Akhirnya beliau berjaya dibunuh melalui anak saudaranya sendiri.

Tidak cukup dengan itu, para pemimpin Yahudi dan Amerika Syarikat berusaha pula untuk melunakkan perjuangan rakyat Palestin yang dipimpin oleh Yasser Arafat melalui Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Kematian Yasser Arafat pada 11 November 2004 dikatakan adalah konspirasi Yahudi melalui agensi Mosad dan Shin Beit (Shafie Abdul Rahman, 2014). Beliau dipercayai diracun dengan sejenis kimia polonium 201 yang pernah digunakan oleh agensi perisikan Russia KGB bagi membunuh musuh-musuh mereka. Mereka meracun Yasser Arafat kerana telah mengetahui bahawa Yasser Arafat telah mengarahkan kumpulan Al-Fatah untuk menentang Israel melalui penubuhan Briged Syuhada yang berjuang bersama-sama Briged Izzedin al-Qassam, sayap tentera HAMAS. Yahudi melihat prospek PLO bila-bila masa boleh bergabung dengan HAMAS sekiranya Yasser Arafat terus dibiarkan hidup. Oleh sebab itulah secara sulit, Yasser berjaya diracun melalui agen Mosad dan Shin Beit.

Selain itu, Libya pula diperangkap oleh agen Mosad dengan peristiwa lockhead yang menyebabkan negara tersebut dikenakan sekatan ekonomi oleh dunia yang telah berjaya melumpuhkan kekuatan angkatan tenteranya. Akibatnya, satu kebangkitan rakyat telah berlaku yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi yang berakhir dengan kematian Muammar Ghadafi, antara pemimpin Islam yang lantang bersuara mengecam Amerika Syarikat yang banyak melindungi kegiatan ganas rejim Yahudi di Israel.

Begitulah serba sedikit rencana Yahudi dan Amerika Syarikat yang berjaya mengucarkacirkan dunia Arab. Satu demi satu negara Arab dijinakkan oleh mereka dengan rencana yang sistematik dengan tujuan untuk menghancurkan umat Islam dan ingin menguasai dunia. Oleh yang demikian, kita perlu menyedari hakikat ini dan perlu mengambil iktibar daripada peristiwa di atas. Kita harus ingat juga bahawa sesungguhnya peristiwa yang berlaku itu adalah izin Allah s.w.t jua. Jika Allah kata kun fayakun, maka jadilah ia. Wallah hualam.




No comments:

Post a Comment