Monday 4 August 2014

Bahagian III : Bagaimanakah Osama Laden Dijinakkan Oleh Amerika Syarikat & Yahudi ?

Sejarahnya bermula apabila Osama Laden pulang ke negaranya sendiri iaitu di Arab Saudi. Sebelum itu, Osama Laden berjaya mengundurkan Rejim Komunis di Afghanistan. Pada tahun 1989, Soviet Union (Rejim Komunis) menyerah kalah di Afghanistan hasil bantuan Osama Laden. Kekuatan tentera rejim Komunis yang menjadi salah sebuah kuasa besar dunia rupa-rupanya tidak mampu menyaingi pejuang-pejuang Afghanistan [Taliban] dan Osama [Al-Qaeda] (Mohd Aidid Mohammad, 2001). 

Apabila Osama Laden kembali ke Arab Saudi, Iraq yang tak diduga telah menyerang Kuwait pada tahun 1990. Susulan daripada itu, Iraq turut mengancam akan menyerang Arab Saudi. Osama Laden yang kembali ke Arab Saudi ketika itu, telah menawarkan kepada keluarga diraja Arab Saudi bahawa beliau akan mempertahankan Arab Saudi daripada serangan bala tentera Saddam Hussien (Mohd Aidid Mohammad, 2001). Tawaran itu ditolak oleh Arab Saudi sebaliknya Arab Saudi menjemput Amerika Syarikat bagi melaksanakan tugas mempertahankan bumi bersejarah itu sehingga sekarang. Tawaran seumpama itu merupakan yang pertama kali berlaku dalam sejarah hubungan Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Tindakan itu telah mengguris perasaan Osama Laden. Reaksi Osama terhadap keputusan pemerintah itu memang dapat diduga. Osama telah menulis surat mengecam tindakan keluarga diraja Arab Saudi. Osama juga kemudiannya dilaporkan memutuskan jalinan dengan Arab Saudi. Menyedari bahawa tindakan itu boleh mendatangkan ancaman baru kepada kerajaan, pemerintah Arab Saudi mula mengekori pergerakan Osama Laden (Mohd Aidid Mohammad, 2001).

Osama Laden berjaya menghidu tindakan itu lalu Osama telah meninggalkan Arab Saudi dan segera ke Pakistan. Pemergian Osama ke Pakistan diketahui oleh saudara-maranya melalui suratnya bahawa beliau tidak akan pulang lagi ke Arab Saudi. Inilah kesilapan Osama iaitu menulis surat kepada keluarganya yang telah diketahui oleh perisikan Amerika Syarikat bersama-sama dengan Arab Saudi.

Setelah hampir 10 tahun Osama tidak pulang ke Arab Saudi, akhirnya pada 11 September 2001 dunia dikejutkan dengan serangan WTC di New York. Menara berkembar Pusat Dagangan Dunia New York telah runtuh akibat dilanggar oleh 2 buah pesawat. Dalam masa 2 jam sahaja, kedua-dua bangunan yang menjadi mercu tanda New York tersebut runtuh dan musnah (Shafie Abdul Rahman, 2014). 

Peristiwa itu dikenali sebagai 9/11 adalah suatu peristiwa yang menggemparkan dunia. Amerika Syarikat tanpa usul-periksa telah menuding jari ke arah Osama Laden dan rangkaiannya Al-qaeda. Ketika itu, Arab Saudi, Iraq dan Osama Laden telah memutuskan jalinan. Inilah kesempatan yang diambil oleh Amerika Syarikat dan Yahudi. Menurut maklumat yang dihebahkan oleh pihak-pihak keselamatan Amerika Syarikat, seramai 19 Al-qaeda kesemuanya beragama Islam telah merampas 4 buah kapal terbang komersial dan kemudiannya bertindak menghempaskan 2 daripada  pesawat berkenaan ke Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia, New York. 

Zionis Yahudi yang sudah menguasai PBB dengan menunggangi kuasa-kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat, Perancis dan Britain dengan mudah membuat keputusan untuk menyerang Afghanistan pada tahun 2001. Pada ketika itu, Arab Saudi dan Iraq berdiam diri. Akhirnya, bumi Afghnistan diserang bertubi-tubi dengan bom yang menghujani kawasan-kawasan pergunungan. Puluan ribu tentera dari pelbagai negara dihantar ke bumi Afghanistan bagi memburu Osama Laden dan anggotanya Al-Qaeda yang diketuai oleh Mullah Omar. Mengikut Laporan The Guardian, dianggarkan sehingga 20 000 orang penduduk awam Afghanistan terbunuh akibat serangan tersebut. 

Oleh kerana Osama Laden pergi ke Pakistan melalui suratnya ketika beliau meninggalkan Arab Saudi, pemergian Osama itu berjaya diketahui oleh perisikan Amerika Syarikat. Akibatnya, Pakistan dituduh pula melindungi Osama Laden. Pertubuhan Hak Asasi manusia juga turut melaporkan pembunuhan ribuan rakyat awam Pakistan pada tahun 2001 akibat pengeboman oleh pasukan tentera NATO yang diketuai oleh Amerika Syarikat melalui serangan darat dan udara.

Kesannya, Osama Laden dituduh sebagai pengganas Islam. Kedua, menurut laporan dan kajian yang dilakukan berhubung Perang Afghanistan-Amerika, ia adalah satu konspirasi dan tipu muslihat Amerika Syarikat-Yahudi bagi menguasai rizab minyak-gas asli di Afghanistan. Dianggarkan terdapat rizab minyak berjumlah lebih 60 billion tong di dasar Laut Kaspia dan gas asli yang  berjumlah lebih 100 trillion kaki padu. Dipercayai anggaran jumlah hasil daripada medan minyak dan gas asli di Afghanistan ini bernilai lebih daripada $2 trillion dolar Amerika (Shafie Abdul Rahman, 2014).

Lihatlah bertapa jahatnya Yahudi dan Amerika. Demi kepentingan ekonomi dan ketamakan kuasa serta bagi meluaskan dendam dan niat jahatnya terhadap umat Islam, mereka sanggup berkonspirasi dan mewujudkan Peristiwa 911.


Rujukan :

Mohd Aidid Mohammad. (2001). Osama Laden : Hidup atau Mati ?. Kuala Lumpur : Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Shafie Abdul Rahman. (2014). Darah Yahudi :  Muslihat Yahudi Menguasai Dunia. Kuala Lumpur : Darul Taklim.



No comments:

Post a Comment