Monday 16 June 2014

Anggota PGA Tembak Diri Sendiri Selepas Hubungan Sulitnya Diketahui

Harian Metro - 16 Jun 2014 : Akibat berang apabila ditampar seorang pengawal keselamatan warga emas selepas hubungan sulitnya dengan anak saudara perempuan mangsa terbongkar, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, nekad melepaskan tembakan hingga menyebabkan kematian lelaki berkenaan sebelum menembak diri sendiri menggunakan sepucuk pistol dalam kejadian di kawasan tapak pembinaan Casa San Uno, Batu 4 Sandakan, semalam.

Dalam kejadian itu, anggota polis berpangkat Koperal yang bertugas di Batalion 15 PGA Sandakan dikenali sebagai Madaini Awang, 40 dipercayai mati ditempat kejadian akibat parah di kepala manakala pengawal keselamatan berkenaan Ibni Hasyim  65, turut meninggal dunia ditempat kejadian akibat tembakan tersebut.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui oleh beberapa orang pekerja di tapak pembinaan berkenaan sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan jam 11:50 am memaklumkan kejadian itu. Sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian menemui sepucuk pistol jenis 999 Walther berhampiran mayat anggota PGA terbabit.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pasukan Polis Daerah Sandakan Supritendan Fadzil Mohd Ali berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan dua mayat berkenaan pada jam 11:50 pagi semalam. "Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh diri. Mayat kedua-dua lelaki itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat," katanya.


Rujukan :

Harian Metro. 16 Jun 2014. Anggota PGA Tembak Diri Sendiri Selepas Hubungan Sulitnya Diketahui. Halaman 5.


No comments:

Post a Comment