Monday 16 June 2014

Isu Semasa : Salah Seorang Anggota TLDM Pengkhianat Negara

Harian Metro - 16 Jun : Menurut Mohd Razlan Mat Salleh atau nama penanya Rukut-Rukut seorang wartawan, penahanan salah seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkat laskar kanan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan di Sandakan, Jumaat lalu, cukup mengejutkan.

Tambahnya lagi, betapa tidak, ketika kerajaan berhabis jutaan wang ringgit untuk rakyat bagi membentuk satu pasukan keselamatan khas di Pantai Timur Sabah yang dikenali sebagai ESSCOM, masih ada lagi rakyat yang menongkah arus seperti mencabar Kerajaan.

Menurutnya, apa sebenarnya yang diinginkan oleh anggota tentera laut itu hingga sanggup mencabar kedaulatan negara ? Adakah kerana wang ringgit, harta atau pangkat ? Tambahan pula, beliau turut berkhidmat di bawah ESSCOM. Kini, hanya padah yang menanti kerana polis mengesahkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1), Akta Kesalahan keselamatan.

Terdahulu, operasi khas itu dilakukan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman sebelum berjaya menahan mereka di sebuah rumah. Isu itu turut mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang meminta pihak berkuasa khususnya polis meneruskan usaha mencegah kegiatan militan daripada berleluasa di negara ini bagi mengelak kejadian pencerobohan di Lahad Datu itu berulang.

Katanya, kerajaan tidak memandang ringan terhadap usaha mana-mana pihak yang cuba mencabar kedaulatan dan keselamatan negara. 


Rujukan :

Harian Metro. 16 Jun 2014. Tiada Maaf Untuk Pengkhianat. Halaman 8.



No comments:

Post a Comment